Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2936 articles
Browse latest View live

Kempen 'Ibu Sejati' Lady Choice

$
0
0
Tidak dinafikan peranan sebagai seorang ibu bukan mudah, apatah lagi jika mahu menjadi seorang ibu yang sempurna. Masyarakat pada zaman ini memandang tinggi peranan seorang ibu, ditambah pula dengan bagaimana keazaman kebiasaannya seorang ibu untuk memberikan yang terbaik bagi anak-anak mereka.
Jenama mayonis terkemuka Malaysia, Lady’s Choice telah mengumumkan pelancaran 'Ibu Sejati', iaitu kempen kesedaran di seluruh negara untuk mengatasi stereotaip ibu sempurna. Mesej "Tiada ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati" yang ditonjolkan bukan sahaja sekadar perkataan, tetapi juga merupakan cara jenama Lady’s Choice menegaskan bahawa kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan.

'Ibu Sejati' menampilkan kisah sebenar penuh inspirasi tiga orang ibu dan bagaimana mereka menangani masalah dalam peranan harian mereka. Disampaikan melalui sebuah siri video, kisah-kisah penuh emosi yang menarik menggambarkan peranan unik ibu-ibu ini dan pendekatan berbeza yang diambil dalam mendahulukan anak-anak mereka. Bagaikan wira yang tidak didendangkan untuk insan yang tersayang, barisan ibu-ibu ini merangkumi Wan Musfirah Aimi yang merupakan seorang ibu berkerjaya, ibu tunggal Natalie Hussin, dan suri rumah sepenuh masa, Normani Isa, yang masing-masing mempunyai tiga orang anak.

"Peranan seorang ibu telah berubah dengan tanggungjawab yang lebih besar dalam persekitaran yang pantas hari ini – terutamanya bagi mereka yang perlu mencari keseimbangan antara kerjaya, menjadi isteri yang bertanggungjawab di samping membesarkan anak-anak, dan juga meluangkan masa untuk diri sendiri. Walaupun berguna, sumber inspirasi yang boleh didapati di Internet kadang-kala boleh meningkatkan tekanan dalam kalangan ibu bapa. Ini boleh menimbulkan keresahan di mana mereka merasakan bahawa mereka masih tidak melakukan yang secukupnya untuk anak-anak mereka,"
                                       Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Ringan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Kajian menunjukkan bahawa 84 peratus daripada ibu-ibu di Asia sering menggunakan Internet sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Mereka juga percaya bahawa Internet adalah sumber yang boleh membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik untuk keluarga mereka 1 . Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mendedahkan ibu-ibu kepada tekanan sosial apabila kemahiran keibubapaan dan pilihan mereka sering dipertikaikan.


Jelas Shiv, "Sebagai jenama mayonis No. 1 yang dipercayai oleh berjuta-juta rakyat Malaysia, kami berada di kedudukan yang sesuai untuk mendorong perbualan ini. 'Ibu Sejati' menggalakkan para ibu untuk menerima hakikat bahawa ibu yang sempurna tidak wujud, malah lebih penting untuk menjalani kehidupan sebenar dan menunjukkan kasih sayang mereka, walaupun hanya melalui sarapan mudah yang lazat dan berkhasiat. Kami di Lady’s Choice mahu memainkan peranan proaktif untuk memberi inspirasi dan menyediakan penyelesaian kepada semua ibu."

Wajah baru dengan kebaikan yang sama Kempen 'Ibu Sejati' adalah inisiatif yang tepat pada masanya seiring dengan pengenalan pembungkusan baharu untuk mayonis Lady's Choice. Dengan penampilan baharu dalam botol cantik dan mudah, mayonis Lady's Choice mengekalkan kebaikannya sebagai
penyelesaian yang mudah dan serba sesuai bagi menyediakan sandwic yang enak dan berkhasiat dengan mudah sekali.

Diperbuat dengan 100% ramuan sebenar dan kaya dengan Omega-3, iaitu asid lemak penting bagi perkembangan kanak-kanak, mayonis Lady's Choice adalah teman yang paling baik untuk meringankan beban ibu semasa menyediakan sarapan berkhasiat untuk anak mereka.
Untuk membawa kempen 'Ibu Sejati' ke seluruh Malaysia, Lady's Choice telah menjalin kerjasama kandungan yang unik dengan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk meluaskan jangkauannya dan melibatkan berjuta-juta ibu menerusi platform televisyen terkemuka. Kerjasama itu juga menggunakan sumber kreatif rangkaian tersebut untuk menghidupkan kisah 'Ibu Sejati', sambil memberikan kandungan yang bermutu tinggi.

Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, "Daripada semua usaha sama kami dengan jenama Unilever sejak bertahun-tahun, kerjasama kali ini memberikan salah satu hasil yang paling memuaskan daripada segi kreatif. Kempen 'Ibu Sejati' membawa mesej yang bermakna dan patut dihayati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh negara. Kami bersama dengan Lady’s Choice sepenuhnya dalam usaha untuk membantu ibu-ibu dengan perjuangan mereka terutamanya pada waktu pagi."


Sebagai lanjutan kempen ini, Lady's Choice akan melaksanakan pengaktifan seluruh negara untuk berhubung dengan para ibu Malaysia, di samping memberi pendidikan pemakanan berkhasiat yang berterusan dari bulan April hingga September 2018. Sempena menyambut Hari Ibu, Lady's Choice juga akan memberi ganjaran kepada ibu-ibu dengan baucar spa eksklusif pada bulan Mei. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/LadysChoiceMalaysia. Mayonis Lady's Choice dalam bungkusan baru kini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.

CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

$
0
0
Kenalkan Carrie Junior Funtime Wipes, tisu yang sangat berguna terutama kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan aktiviti setiap hari. Amalan-amalan seperti lap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas aktiviti seperti makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi sekaligus dapat memastikan tangan anak bersih dan bebas kuman.

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik.
Didatangkan pek yang dikedap kemas tetapi mudah dibuka. Pek ini juga agak kompak dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja setiap hari.

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.

Produk ini telah diuji secara dermatologi dan disahkan HALAL serta mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Jadi untuk Ameer dan yara sangat sesuai. 

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helai dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST

derma365 Mampu Memelihara Kulit Sepanjang Hari Sehingga 365 Hari

$
0
0
Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu pelancaran produk yang mampu memelihara kulit yang sensitif dalam masa 365 hari. Sepertimana yang kita ketahui kulit sememangnya sangat sensitif terutama dalam keadaan sekarang yang terlalu banyak dengan masalah pencemaran, hidrasi, cuaca terlalu kring dan pelbagai lagi.

Menyedari tentang permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat kita hari ini, Guardian telah memperkenalkan produk derma365 yang mana telah diuji secara klinikal yang mana ianya sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Untuk pengetahuan semua produk ini dibangunkan oleh Baxter Laboratories dari Australia. Dihasilkan daripada kombinasi dari alam semulajadi dan sains Sensium 2. Kehebatan multi kompleks ini mampu memberi kelegaan dan memelihara kulit berminyak dan kering. Selain itu dengan adanya kandungan Colloidal Oatmeal dan trimethylglycine menggandakan perlindungan pada kulit dan memberi keseimbangan pH (kelembapan) pada kulit kita juga.

Terdapat 2 jenis produk yang ditawarkan iaitu derma365 gentle cleanser dan juga derma365 lotion. Kedua produk ini mempunyai kesimbangan pH dan hypoallergenik. Paling menarik produk ini boleh melembutkan kulit dan juga memelihara kulit dari persekitaran luar yang boleh menyebabkan kerengsaan.

Saya juga telah diberi peluang untuk menguji sendiri kandungan derma365 dan juga membuat perbandingan produk kebersihan diri yang lain. Dan didapati derma365 ini bebas dari sabun, pewarna, pewangi, MIT, paraben, lanolin, lemak haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.


Ini adalah contoh kandungan dalam sabun yang sangat tinggi kandungana asidnya. Dan ianya tidak sesuai untuk kulit kita.

Begitu juga dengan sesetengah kandungan didalam pencuci badan yang mempunyai sedikit asid yang secara tidak langsung boleh memberi efek pada kulit untuk jangka masa panjang.

Review dari saya setelah mencubanya sendiri :

Produk ini tidak mempunyai bau. Untuk losyen ianya tidak meninggalkan gris di atas permukaan tangan, ianya agak mudah disapu dan cepat meresap. Untuk pencuci pula, tidak ada banyak buih dikeluarkan. Namun selepas menggunakan kulit terasa lebih lembut.

So, kalau korang nak dapatkan produk derma365 ni bolehlah terjah mana-mana Guardian tau. Demi menjaga dan memelihara kesejahteraan kulit, gitewwww.

Restoran Just Seafood Menawarkan Pelbagai Pilihan Hidangan Shell-Out Yang Ohsem

$
0
0

Restoran Just Seafood Menawarkan Pelbagai Pilihan Hidangan Shell-Out Yang Ohsem | Just Seafood sememangnya cukup popular dikalangan masyarakat Lembah Klang tentang kehebatannya dalam menyediakan pelbagai jenis hidangan shell out. Terletak di dalam Sunway Giza Mall Kota Damasara, lokasi yang cukup strategik untuk mereka yang datang samada sendirian ataupun berteman mahupun berkeluarga. Ini kerana terdapatnya kemudahan letak kereta di bahagian premis mall tersebut. 

Tarikan utama dalam hidangan yang ditawarkan di sini bukan hanya disebabkan pelbagai pilihan jenis masakan semata bahkan hidupan laut segar (seafood) yang dihidangkan tidak pernah mengecewakan. Antaranya seperti ketam, udang, sotong, lala, kepah, kupang dan pelbagai lagi.

Terdapat 3 jenis masakan makanan laut yang sering mendapat perhatian dan pujian pelanggan tetapnya iaitu masakan stail cajun, susu mentega (buttermilk) dan krim kacang istimewa. Dan yang terkini terdapat 2 jenis masakan yang diperkenalkan di Restoran Just Seafood iaitu Nasi Lemak Cajun dan Creamy Durian Special.

Namun kedatangan saya dan keluarga ke Restoran Just Seafood baru-baru ini telah mencuba 3 menu hebat yang memang sangat rekomen oleh peminat seaffod yang pernah menikmati hidangan di sini - Nasi Lemak Cajun, Golden Salted Egg dan Original Louisiana Cajun.

Original Louisiana Cajun - Saya bagi 👍👍👍👍👍👍👍👍👍 . Sedap giler! Paling best sebab hidangan ini menggunakan semua hidupan laut (seafood) yang benar-benar segar dan besar. Saiz L ke atas semuanya. Dikatakan ianya adalah inspirasi masakan gaya Vietnam.

Hidangan ini pula kesukaan suami. Menurut suami, gabungan rasa peda sambal nasi lemak memang mantap- cukup rasa dan kepekatannya. Di gabung pula dengan hidupan laut segar bugar. Sinonim dengan persembahan nasi lemak diatas hidangan ini telah ditaburkan dengan kacang tanah dan ikan bilis yang digoreng ranggup. Dan pastinya menikmati dengan nasi lemak memang padu rasanya. Cenggini rasanya 👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌

Ini pula gaya masakan Golden Salted Egg. Untuk anak-anak memang mereka sukakan gaya masakan seperti ini 💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓. Terasa lemak-lemak manis dan masin cukup sesuai bagi mereka yang tidak sukakan rasa pedas.

Selain adanya pilihan nasi putih dan nasi lemak untuk dinikmati bersama hidangan shell-out. Kita juga boleh mencuba menikmatinya bersama Deep Fried Man Tou. Paling best kalau nikmati Man Tau ini bersama dengan hidangan Golden Salted Egg. Memang confirm susah nak  berhenti makan, hakhak. Sedap oii!

Bayangkan kalau dapat makan beramai-ramai bersama rakan dan keluarga di sini. Mesti bertambah meriah.

Seronoknya apabila menikmati hidangan di sini, kita boleh bebas menikmatinya tanpa rasa terbatas kerana perlu menikmatinya atas pinggan. Kita punyai pilihan untuk menikmatinya secara terus dari meja santapan. Suasana yang cukup membahagiakan sukar digambarkan.

Licin. Nasib baik kulit kupang tu tak ditelannya sekalikan. Bukti betapa enaknya hidangan yang ditawarkan di Restoran Just Seafood :-)

Antara peminat hidupan laut yang agak ekstrem. Yana, Afiq dan Akid memang teruja apabila berpeluang merasai sendiri hidangan enak dari Just Seafood. Menurut mereka gabungan rasa pedas yang tidak keterlaluan (just nice) serta percikan rasa sour untuk hidangan Original Louisiana Cajun benar-benar memikat. Digabungkan pula dengan Golden Salted Egg yang mempunyai rasa lemak-lemak manis dan juga Nasi lemak Cajun yang mempertaruhkan rasa sambal ikan bilis memang terbaik. Btw berapa kali entah anak-anak ini repeat nasi dan Man Tau.

Antara penulisan daripada pengamal media yang lain, digantung sempurna sebagai kenang-kenangan dan penghargaan kepada penulis yang pernah membuat review di Restoran Just Seafood satu masa dulu.

Terdapat beberapa arca yang dijadikan dekorasi hiasan dalaman turut menarik minat pelanggan untuk bergambar.

Suasana restoran agak luas, boelh meuatkan sehingga 80 orang untuk kegunaan sepenuhnya ruang  bawah. Terutama jika kita datang ramai, bolehlah membuat tempahan terus daripada pihak restoran.

Di bahagian ruang atas akan dibuka sekiranya ruang makan di bahagian bawah sudah penuh atau dari permintaan pelanggan itu sendiri . Dan untuk ruang makan di atas agak lebih esklusif dan privasi.

Kemas dan cantik susunan meja di sini bukan. Walaupun dekorasi dalamannya 'simple' tetapi bagi saya ianya tetap kelihatan menarik.

Antara sudut diatas yang menarik perhatian saya. Cukup kemas pemandangan dengan hiasan dinding yang tersusun cantik.

Saya bersama pemilik Restoran Just Seafood iaitu Mr Terence Ham. Saya kagum dengan Mr Terence yang begitu komited dan bersungguh-sungguh memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan yang ditawarkan mengikut selera mereka. Selain itu kualiti hidupan segar yang terbaik sememangnya sentiasa dijadikan faktor utama bagi memastikan hidangan yang dihasilkan begitu sempurna. Nah! Tidak hairanlah Restoran Just Seafood ini bukan sahaja dikunjungi masyarakat tempatan bahkan ada dikalangan pelanggannya juga datangnya dari luar negara.

Jadi kalau korang nak cuba sendiri bolehlah terjah di lokasi:

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall, 
Jalan PJU 5/14, 
Dataran Sunway, 
Kota Damansara, 
Petaling Jaya, Selangor.


Waktu operasi: 12PM-10.30PM setiap hari
Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366 (RSVP)

Nak datang naik MRT pun boleh ya. Berhenti di stesen Surian. Jalan kaki sahaja ke Sunway Giza sebab ianya begitu dekat dengan stesen MRT. Nak lagi senang naik servis GRAB car. Tidakpun datang terus dengan kenderaan sendiri :-)

STARBUCKS MEMPERKENALKAN DUA PERISA FRAPPUCCINO® EDISI TERHAD

$
0
0


Setiap tahun pada musim panas Starbucks akan memperkenalkan minuman Frappuccino yang terbaru untuk waktu yang terhad. Dan untuk tahun ini Starbucks telah memperkenalkan Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®.

Apa yang menarik tentang kedua perisa baru Frappuccino® ini? Meh saya kongsikan...


Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino®:
Ramuan utama adalah koko sebenar bersama kopi Starbucks dan  diadun bersama cip kopi dan paling penting ianya dilapisi krim putar yang gebu. Minuman monokromatik ini ditaburi sedikit serbuk koko hitam di atas untuk menggandakan keseronokan ketika menikmatinya.


Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®: 
Kelainannya adalah melalui sentuhan  pencuci mulut ‘Tiramisu’ yang termasyhur, minuman adunan istimewa ini menggabungkan rasa enak krim kek keju dengan rasa pahit manis matcha (teh hijau) Jepun. Tea-ramisu membawakan tekstur unik dan rasa Frappuccino terbaharu Starbucks dengan adunan asas susu berperisa kek keju dan sos teh hijau yang ditambah krim putar dan taburan biskut teh hijau hancur.



Turut diperkenalkan dua sajian ringan bercoklat terbaru dari Starbucks iaitu Oreo Matcha Oreo Cheese Cake (Kek Keju Oreo Teh Hijau) dan Salted Corn Chocolate Puff (Paf Coklat Jagung Masin).

Oreo Matcha Oreo Cheese Cake dibuat daripada biskut Oreo sebagai lapisan dasar dengan mousse keju teh hijau berkrim di atasnya dan ditaburi cebisan biskut Oreo. Manakala Salted Corn Chocolate Puff dibuat daripada pastri Danish dengan perisa emping coklat berinti jagung masin berkrim yang menyelerakan.



Istimewa untuk semua penggemar kopi, Starbucks memperkenalkan koleksi pek biji kopi yang dipanggang menggunakan kepakaran tersendiri, mengandungi Kati Kati Blend, adunan kopi yang dipanggang secara sederhana untuk memberikan sentuhan perisa sitrus dan rempah ratus dari Kenya dan aroma bunga dari Ethiopia, dan kopi tempal asal tunggal (single origin) baharu yang penuh berperisa dengan keasidan jus dan kemanisan coklat susu – Colombia Huila.

Untuk musim ini, terdapat juga barangan cenderahati baharu bertema Musim Panas dan kad istimewa Starbucks bersempena dengan Hari Ibu, yang sesuai dijadikan sebagai hadiah buat ibu tersayang.

 b 

Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino® ditawarkan pada harga RM18.60 ke atas. Semua minuman untuk Musim Panas ini boleh didapati di semua cawangan Starbucks bermula dari 17 April 2018, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.

Bersempena dengan Ulangtahun ke 18, Grand BlueWave Hotel Menganjurkan Zumba Fitness Healthy Lifestyle

$
0
0

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-18 Grand BlueWave Hotel telah menganjurkan Zumba Fitness Healthy Lifestyle khas untuk kaum wanita. Tujuan program Zumba ini diadakan adalah untuk mengubah kehidupan masyarakat hari ini melalui kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan secara keseluruhan.

Bagi saya sendiri aktiviti zumba ini memang lain daripada yang lain. Apatah lagi ianya merupakan aktiviti yang bukan sahaja dapat membantu membakar lemak badan bahkan dapat mengurangkan rasa tekanan dalam diri. Apatah lagi aktiviti ini dilakukan bersama rakan-rakan memang menyeronokkan, 

Bertempat di Dewan Serunai, Aras 4, Grand BlueWave Hotel Shah Alam bermula dari 7.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.  Kami telah melakukan pelbagai aktiviti yang berkait dengan penjagaan kesihatan,

Untuk aktiviti pertama adalah ber-Zumba yang telah diberi tunjuk ajar oleh Cik Hida dan Cik Bella. Sebanyak 24 lagu telah dimainkan dan pelbagai pergerakan tarian zukma telah diajarkan kepada para peserta. Serius memang terasa seronok dengan badan yang memang berpeluh banyak. Ini benar-benar  secara intensif saya melakukan aktiviti zumba. *Serius tak tipu, hakhak




Selama hampir 2 jam kami melakukan aktiviiti zumba dengan 24 lagu non-stop.

Seterusnya turut diadakan aktiviti memotong kek bersempena dengan sambutan ulangtahun Grand BlueWave yang ke- 18 tahun.


Memang meriah apabila ke semua peserta menyertai sama acara memotong kek ini :-) Turut hadir di acara orang kuat di dalam pentadbiran Grand BlueWave Hotel Shah Alam.


Peserta juga berpeluang untuk mempelajari beberapa petua dan tips untuk meningkatkan personaliti diri terutama teknik solekan wajah melalui tunjuk ajar dari MUA Bayu Spa.


Kesihatan yang baik adalah sesuatu anugerah yang tidak ternilai dalam hidup. Pepatah ada mengatakan yang 'Kesihatan adalah Kekayaan' menyoroti betapa kepentingan kesihatan yang baik dalam kehidupan kita. Berkolaborasi bersama Hospital Pakar KPJ Selangor, peserta boleh membuat pemriksaan kesihatan secara PERCUMA disini. 

Kami juga sempat menikmati hidangan yang enak dan berkhasiat yang disediakan oleh chef -chef hebat dari Grand BlueWave Hotel. Pengalaman menikmati waktu 'brunch' yang ohsem setelah berhempas pulas berzumba hehehe.

Hampir 100 peserta telah menyertai acara anjuran GBWSA. Memang meriah! Dan tahniah juga  GBWSA di atas 18 tahun kecemerlangan didalam industri hotel dan pelancongan Malaysia.

5 Sebab Kenapa Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Untuk Tahun 2018 Pilihan Terbaik

$
0
0


Untuk kali ketiga saya datang ke Bangi Golf Resort atas undangan untuk menikmati sendiri hidangan juadah berbuka puasa yang bakal ditawarkan di Buffet Ramadhan untuk tahun 2018. Untuk kali ini saya ringkaskan 5 sebab kenapa Berbuka Puasa di BGR ini adalah antara pilihan yang terbaik.


1. Sebanyak 200 dan Lebih Seleksi Makanan Yang Ditawarkan

Terdapat banyak pilihan menu yang ditawarkan daripada hidangan selera melayu tradisi sehinggalah yang moden boleh kita mencubanya di sini. Selain itu beberapa gerai juga dibuka bagi menawarkan hidangan panas-panas yang dimasak secara 'live' untuk semua tetamu yang hadir di sini.

Antara hidangan melayu tradisi yang ditawarkan seperti Nasi Kerabu, Nasi Ayam Hainan dan Laksa Sarawak . Saya juga difahamkan kebanyakan sayur-sayur yang dimasuk dalam hidangan adalah hasil tanaman sendiri dari pihak BGR Restoran di “Kebun dalam Bandar” . Kebun ini terletak berhampiran dengan b Bangi Golf Resort. Jadi sayuran seperti ulaman nasi kerabu sememangnya 'segar' dari kebun.

Tidak dilupakan sate ayam dan daging, kuey teow goreng dan mee goreng mamak ada ditawarkan. Ini memang dibakar dan dimasak panas-panas di gerai yang disediakan. Bagi peminat masakan barat, bolehlah mencuba Sous Vide Eggs (antara signature hidangan dari BGR) dengan Cendawan Espuma, Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara.

Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta pudding, agar-agar dan buah-buahan antara menu pencuci mulut yang menjadi pilihan. Kesimpulannya kalau korang teringin hendak menikmati Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse, ahaaah silalah datang ke BGR menikmati sendiri buffet ramadhan di sini.





















2. Terdapat juga DURIAN yang ditawarkan!

Untuk mereka peminat durian, boleh juga menikmati durian segar dari ladang. Pengunjung boleh membuat tempahan durian dari pihak BGR :-)

Saya sempat melihat sendiri kebun di BGR yang sedang diusahakan. Menariknya pokok durian antara tanaman yang ditanam di kawasan kebun tersebut.

3. Kambing bakar dan sup kambing daebak in da house!



Antara tarikan utama di sini adalah kambing bakar yang dipanggang atas bara api  (secara live, boleh heheheh). Selain itu antara feveret hidangan di sini adalah sup kambing. Antara yang tersedap yang patut korang cuba.

4. Menyediakan Kemudahan/Fasiliti Yang Terbaik

Disini disediakan tandas (agak banyak), ruang solat yang cukup selesa dan terdapat juga tempat letak parkir yang agak banyak serta betul-betul bersebelahan dengan tempat berbuka puasa. Jadi sekiranya kita membawa emak atau ayah yang sudah berusia kita tidak perlu perlu risau mahupun anak kecil sebabnya untuk ke tempat makan kita tidak perlu berjalan terlalu jauh dari tempat meletak kenderaan.

5. Harga Yang Ditawarkan Cukup Berbaloi

Dewasa : RM59.00 nett
Kanak-kanak : RM29.50 nett


Untuk Penempahan, boleh hubungi :

Dial : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com
Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial

GUARDIAN MOST VOTED BRANDS 2018

$
0
0


Setiap tahun GUARDIAN MALAYSIA, akan  menganjurkan GUARDIAN MOST VOTED BRANDS yang mana setiap pelanggan berpeluang untuk mengundi jenama kecantikan dan kesihatan kegemaran mereka dan memenangi pelbagai hadiah menarik!

Anugerah apresiasi tahunan telahpun bermula dan bakal berakhir pada14 Mei 2018. Untuk tahun ini, lebih 150 jenama bersaing dalam 64 kategori untuk anugerah yang ditawarkan.

Ms Shirley Ham, Pengurus Kanan, Pemasaran Digital (E-Dagang) Guardian Malaysia berkata: “Ketika Guardian Malaysia mengkongsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan- rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengundi jenama kegemaran mereka.”

“Kami melihat anugerah tahunan ini sebagai cara kami menyumbang kepada pengukuhan hubungan di antara pemilik jenama dan pelanggan kami. Ia turut memberi penilaian yang tidak berat sebelah kepada pemilik jenama, kerana undian adalah daripada pelanggan yang benar-benar membeli dan menggunakan produk mereka.”

“Kini, 18 tahun kemudian, keperluan untuk terus berhubung dengan pelanggan dan memahami keperluan mereka adalah lebih penting daripada sebelumnya,”
tambah beliau.

Dikenali sebagai Most Voted Brands (MVB) Award, format undian tahun ini juga direka untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan pengguna, gaya hidup dan trend berbelanja mereka yang pantas berubah! Mencerminkan gaya hidup digital majoriti pelanggan hari ini, proses undian masih dikendalikan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan secara atas talian.
Soalan yang diberikan adalah bertujuan membolehkan Guardian dan pemilik jenama untuk memahami tingkah laku keutamaan jenama dengan lebih baik, serta memberi gambaran kepada demografik dan segmentasi pelanggan.



Hanya 3 langkah mudah untuk mengundi. 

  • Belanja
  • Undi 
  • Hantar beserta kod pada resit.

Semua pelanggan yang menghantar undian dengan kod resit yang sah berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 hadiah menarik yang ditawarkan, berupa baucar percutian dan baucar Guardian berjumlah RM40,000.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

- Satu (1) hadiah utama iaitu baucar percutian bernilai RM10,000 dan baucar Guardian bernilai RM2,000

- Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar percutian bernilai RM5,000 dan baucar Guardian bernilai RM500

- Lima (5) hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000

- Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.
Untuk melayakkan mengundi, pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM10 di mana-mana stor Guardian atau stor atas talian. Seterusnya layari https://mvb.guardian.com.my

Pengundian boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh yang bermula 19 April sehingga 14 Mei 2018.

Peraduan ini dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan mesti menyimpan resit Guardian yang asli yang mengandungi nombor invois cukai, kod stor, tarikh dan amaun pembelian.

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat lengkap mengenai anugerah dan pengundian, sila layari https://mvb.guardian.com.my/#/term.

Keseronokan Saya, Ameer dan Yara Bermain Serta Belajar di Bengkel Fisher Price Learning Revolutionised di The Little Gym Malaysia

$
0
0
Cabaran seorang ibu hari ini bukan hanya untuk membesar dan mendidik anak dengan baik semata bahkan sebagai ibu kita kena benar-benar faham keperluan si manja. Terutama alatan mainannya yang boleh membantu perkembangan tumbesarannya.

Berpeluang menghadiri Bengkel "Learning Revolutionised" bersama Fisher Price tidak saya lepaskan. Apatah lagi untuk mengutip pelbagai tips yang berguna daripada Dr. Deborah Weber (Director of Early Childhood Developement Fisher Price) dan juga wakil dari The Little Gym Malaysia bagi membincangkan bagaimana membantu perkembangan anak-anak ketika waktu bermain.

Seperti yang kita ketahui, anak-anak kecil mereka mempunyai milestone tersendiri dari usia newborn (0 bulan) sehinggalah tahap pra taadika itu 5 tahun. Perkembangan fizikal mereka akan berubah begitu juga kebolehan mereka akan meningkat setiap tahun (mengikuti peningkatan usia). 

Fisher-Price telah memperkenalkan permainan Think N Play yang mana dibangunkan untuk menyokong konsep STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) untuk tumbesaran anak-anak sejak dari kecil lagi. Ini menurut kata Dr. Deborah Weber pemilihan permainan yang betul mampu merangsang otak dan fizikal anak sekaligus menjadikan anak-anak lebih semangat menyertai aktiviti bermain sambil belajar dan bereksplorasi dengan dunia keliling mereka.

Permainan dari Fisher Price sememangnya direka dan dibangunkan dengan teliti menerusi kajian dan penyelidikan yang dibuat dari pasukan penyelidik mereka yang berdedikasi.

Paling penting segala permainan dari Fisher Price selamat digunakan dan dimain oleh anak-anak kecil. Saya sendiri cukup sukakan permainan ini kerana kebanyakannya didatangkan dengan warna-warna yang ceria.

Si manja Yara memang sangat sukakan produk COV42 Dance and Move ini. Permainan yang mampu memberi rangsangan melaluyi pergerakan dan bunyi suara yang cukup menarik. Bagi saya ianya seumpama robot comel yang pandai menari dan juga berinteraksi.

Walaupun Yara tidak lagi menggunakan walker tetapi permainan comel yang didatangkan bersama Rainforest Jumperoo ini benar-benar menarik minat beliau untuk bermain dengannya.

Ini adalah pertama kali saya saya membawa naka-naka ke The Little Gym yang bertempat di Subang Parade. Keluasannya agak besar dan luas. Menariknyaterdapat pelbagai perlatan yang disediakan sesuai mengikut umur dan juga aktiviti yang diperkenalkan kepada anak-anak kecil.

Paling penting segala aktiviti di The Little Gym juga diawasi, diajar dan dimonitor oleh pelatih gym yang terlatih. Ini terutama untuk anak-anak kecil, mereka memang perlu banyak diberi perhatian ketika membuat aktiviti di sini.

Agak seronok juga kerana terdapat aktiviti gym dapat dilakuakn dengan sokongan produk dari Fisher Price.

Antara yang menjadi feveret anak-anak disini ialah bermain dengan block. Selain daripada mereka dilatih untuk bermain dalam kumpulan, anak-anak ini juga didedahkan dengan ciri/amalan yang baik seperti berkongsi, bertoleransi dan banyak lagi.

Anak-anak juga boleh berlari bebas dan menggunakan peralatan gym yang disediakan. Ini erana suasanan didalam The Little Gym ini adalah selamat dan selesa.

So cute hakhak. Beria tau mak dan ayah yang membawa anak-anak bermain disini merakamkan setiap detik indah si comel mereka beraktiviti.

Begitu juga dengan si comel ini. Keterujaan menggunakan permainan Rainforest Jumperoo yang direka khas untuk bayi. Saya sangat suka dengan warna-warna ceria yang permainan yang didatangkan bersamanya. Ianya satu tarikan sebenarnya.

My Yara bersama produk Fisher Price Musical Lion Walker. Sebenarnya kami ada mempunyai permainan ini di rumah. Untuk pengetahuan semua permainan ini sangat membantu untuk anak-anak yang mahu belajar berjalan - pre-walker. Selain itu dengan adanya butang-butang dan permainan yang didatangkan bersamanya menjadikan anak-anak akan suka bereksploratasi permainan ini. Kadang-kala mereka boleh bermain dengan permainan Musical Lion Walker hampir 1 jam lamanya. Bermain dengan bersemangat pulak tu, heheh.

Seronok dan puas. Sebab dapat bermain di The Little Gym dan untuk saya sendiri sebagai ibu banyak yang saya belajar tentang dunia anak dan permainan mereka. Terima kasih kepada penganjur atas jemputan. Moga berjumpa lagi di acara yang banyak memberi manfaat seperti ini :-)

Balik Kampung Buffet Fiesta di Restoran Seri Nyonya Peranakan Hotel Equatorial Melaka

$
0
0
Melaka Bandar Bersejarah sememangnya cukup terkenal dengan budaya dan hidangan tradisi. Seperti saya jika singgah di Melaka memang akan mencari hidangan tradisi terutama masakan selera kampung yang sentiasa menjadi pilihan hati.

Menyentuh mengenai 'Selera Kampung' , Hotel Equatorial Melaka ada menawarkan Balik Kampung Buffet Fiesta di sepanjang bulan ramadhan tahun 2018 ini. Yang menariknya sebayak 200 seleksi hidangan tempatan dan barat ditawarkan dari hidangan berat, ringkas dan sehinggalah pencuci mulut. Semuanya sedap dan menyelerakan.

Buffet ramadhan ini akan diadakan di Restoran Seri Nyonya Peranakan Tingkat 3 Hotel Equatorial Melaka. Pertama kali melangkah ke sini, hati saya sudah mula tertarik dengan konsep dekorasi hiasan dalaman restoran yang sangat cantik.


Lihat sahaja kepada susun atur meja serta hiasannya yang mempertengahkan konsep hiasan dalaman rumah baba dan nyonya. Ini terutama warna-warna dan corak yang digunakan untuk menaikkan ciri-ciri klasiknya dekorasi yang dipertengahkan.

Terdapat 2 jenis pilihan tempat duduk untuk menikmati hidangan. Iaitu samada meja makan bersama kerusi ataupun anda boleh memilih gaya duduk dengan cara lebih santai iaitu meja jepun. Bagi saya yang mempunyai anak kecil tentunya meja jepun menjadi pilihan. Ini bagi memudahkan saya untuk memantau dan menyuapkan anak makan. Lebih terurus rasanya, hiks.

Dan kalau korang sendiri suka menikmati hidangan dengan cara  yang lebih santai boleh juga memilih untuk menikmati hidangan di meja jepun. Namun bilangan ianya agak terhad ya!

Pemandangan yang cukup indah dengan susunan kemas dekorasi di dalam Restoran Seri Nyonya Peranakan :-)

Sepanjang menikmati hidangan kita juga bakal dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian lagu ghazal. Sungguh mengasyikkan terutama apabila lagu lama yang evergreen diperdendangkan semula dengan rentak muzik ghazal.

Antara lagu yang menjadi feveret saya :-)

Semestinya jika diberi pilihan menikmati hidangan buffet, ianya terlalu banyak untuk dirasa. Istimewa di Restoran Seri Nyonya Peranakan Hotel Equatorial Melaka hidangan hebat seperti "Bukhara Lamb Carcass" antara yang menjadi tumpuan.

Apatah lagi ianya dinikmati bersama Nasi Tomato Berempah, sos lada hitam dan sos pudina. Untuk pengetahuan semua, hidangan yang cukup popular (setiap hari mendapat permintaan) di hotel ini adalah nasi ayam yang bakal juga disajikan sepanjang bulan ramadhan.

Selain itu terdapat juga Ikan Siakap Masam Manis (ni feveret), Sup Ekor Kambing (ini saya bagi 10 bintang!), Ayam Pelembang, Kambing Kuzi, Sotong Acar Rempah, Bubur Lambuk, Daging Kurma dan banyak lagi sajian melayu yang menambah hati.

Ini adalah ketam masak cili padi yang dimasak menggunakan ketam yang cukup segar dan agak besar saiznya. Menikmatinya pula bersama dengan nasi putih panas kombinasi bersama Telur Masak Acar Rampai dan Kailan Ikan Masin. Memang terbaik!

Terdapat juga gerai-gerai masakan panas yang dibuka yang menawarkan hidangan seperti Sate, Roti Canai, Murtabak. Mee Rebus, Yong Tau Foo, Goreng Pisang, Goreng Keledek dan banyak lagi.
Sate daging yang cukup lembut walaupun pejal isi dagingnya.

Sate ayam yang cukup segala rempah yang memikat jiwa.

Di sini juga terdapat pilihan mee dan laksa seperti mee bandung, laksa penang, laksa nyonya dan banyak lagi. Feveret saya tentulah Yong Tau Foo yang turut diberi pilihan untuk menikmati bersama sup ataupun sos kicap dan cili.

Di bulan ramadhan antara yang menjadi tarikan tentulah masakan panas seperti murtabak. Di gerai ini juga dihidangkan roti canai dan roti john. Boleh dinikmati bersama kuah sayur dal dan bawang jeruk merah.

Peminat salad dan kerabu jangan lupa cuba di Buffet Kampung Buffet Fiesta ada menawarkan Salad Bawang Sambola (Onion Salad), Salad Belimbing Dan Tang Hoon, Salad Daging Thai (ni sedap), Salad Hati Ayam, Salad Ikan Bilis dan Mangga, Salad Jantung Pisang, Salad Kentang Berinti Daging, Salad Ubi Kayu dan Udang Kering, Tauhu Bakar Sumbat bersama Sos, Salad Epal dan Coleslaw.

Tauhu Bakar Sumbat bersama Sos - Saya paling suka sos dia agak unik dan sedap!

Salad Kentang Berinti Daging - Feveret anak saya ni :-) Walaupun pertama kali mencubanya ..

Salad Epal - Ni memang makan meratah macam tu jer. Rasa manis-manis buah memang umphhhh

Salad Daging Thai - Antara salad tersedap yang pernah saya cuba.



Di bahagian Nyonya Corner, terdapat hidangan sperti Pie Tie dan Popiah.
Pie Tie- kena makan dengan sos istimewa dia barulah terangkat!

Popiah - Padat isi didalamnya :-)

Roti lembut ini juga menjadi perhatian pengunjung untuk dinikmati bersama sup ekor panas-panas.

Untuk hidangan antarabangsa, anda bolehlah mencuba Ayam Shawarma- Roti pita yang didalamnya terdapat isi ayam, timun, mayonis, tomato dan sos cili.

Teringin hendak menikmati lemang biarpun belum sambutan Raya. Bolehlah mencubanya di sini. Terdapat lemang yang boleh dinikmati bersama serunding daging ataupun ayam.




Biasanya selepas saya menikmati hidangan berat, saya juga suka menikmati hidangan bergoreng (yang panas-panas) seperti goreng pisang dan keledek.

Untuk pencuci mulut terdapat banyak sangat pilihan yang ditawarkan. Selain daripada kek, jeli dan puding. Kuih tradisi melayu seperti Kuih Seri Muka, Apam Gula Hangus, Kuih Bakar, Kuih Nyonya, Kuih Cara, Kuih Kasui dan banyak lagi kita boleh dapatkan di sini.






Terdapat juga tapai, Kuih Lidah Buaya, Kuih Cincin, Kuih Ros, Kuih Penderam, MAsala Vade, Popiah dan banyak lagi semuanya yang kudapan terbaik ditawarkan di Balik Kampung Buffet Fiesta di Restoran Seri Nyonya Peranakan Hotel Equatorial Melaka.

Buahan-buahan tempatan turut dijamukan buat pengunjung buffet ramadhan di sini.

Disediakan juga minuman panas dan sejuk. Ada air mangga, oren, bandung dan jagung. Bagi mereka yang sukakan minuman panas bolehlan mencuba teh tarik ataupun kopi. Untuk lebih rasa santai, pengunjung juga boleh menikmati cendol dan ais batu campur (ABC) yang cukup istimewa di sini.

Sebenarnya terlalu banyak untuk disenaraikan nama masakan dan juga gambar hidangan yang semuanya bagi saya sangat sedap dan menarik.

Jadi jangan risau jika anda ke sini untuk berbuka telah disediakan juga tempat untuk solat yang cukup selesa dan tandas bagi mereka yang memerlukan di saat kecemasan. Ini semua bagi memberikan keselesaan buat pengunjung/tetamu yang datang berbuka di sini samada secara sendiri, famili ataupun bersama rakan-rakan.



Jangan lupa untuk mencuba sendiri buffet ramadhan di sini:-

Restoran Seri Nyonya Peranakan Hotel Equatorial Melaka
Level 3
6.30pm - 10.00pm
Bermula dari 17 May - 15 June 2018


Harga yang ditawarkan:-
RM90 nett (Dewasa), RM45 nett (Kanak-Kanak, 4 - 12 years)

Jika anda beli 10 voucher akan diberikan lagi 2 voucher tambahan (complimentary voucher) .

Untuk tempahan boleh hubungi (06) 282 8333, ext 3380 / 3331 atau klik pautan https://bit.ly/2otESUI


Kempen GROW Mendidik Generasi Muda Untuk Lebih Sayangkan Alam Sekitar Melalui Bercucuk Tanam

$
0
0
Baru-baru ini saya dan anak-anak berkesempatan meyertai satu kempen menarik iaitu kempen GROW yang telah diadakan di Tropicana City Mall. Untuk pengetahuan semua Kempen GROW ini telah dilancarkan oleh Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall (The Mines).

Tujuan kempen GROW ini adalah untuk mendidik generasi muda hari ini bagaimana memelihara bumi melalui penanaman sayuran secara hydroponik. Apa yang lebih menarik kanak-kanak yang hadir turut diberi peluang untuk mencuba sendiri menanam sayuran secara organik didalam rumah hijau.

Penerangan tentang cara penanaman sayuran organik telah disampaikan oleh Professor Kajendiran Latchamanan. Menurut Prof., setiap anak benih yang sama disemai dengan baik perlulah diberikan segala nutrisi yang diperlukan oleh tumbesaran tumbuhan. Ini termasuklah cahaya, udara, air dan baja.

Menurut Cik Paulin Lim (Pengurus Pemasaran dan Komunikasi), "Ini adalah kolaborasi jangka masa panjang di antara The Mines Shopping Mall dan Tropicana City Mall bersama Oliver Gourmet (local grocer). Di mana kempen ini mensasarkan generasi muda untuk lebih memahami tentang kebaikan yang bakal diperolehi jika kita berbudi kepada tanah (bercucuk tanam) dan punyai sikap terhadap sayang alam-semulajadi"

Lihat sahaja bagaimana anak-anak ini belajar untuk meletakkan benih didalam bekas hydroponik yang disediakan. Sesuatu yang cukup seronok apabila melihat anak kecil kita bersungguh-sungguh menyertai aktiviti bercucuk tanam ini. 

Selain itu, anak-anak juga berpeluang memetik hasil tanaman  yang sudah sedia besar. Kehijauan sungguh warna sayur bayam yang ditanam.

Sebenarnya aktiviti bercucuk tanam di 'Mall' agak unik. Biasanya kita bercucuk tanam di halaman rumah atau kebun di kampung tetapi kini sudah ada Mall yang menjalankan tanaman hydroponiknya yang tersendiri. Bukankan ianya sesuatu yang hebat?

Dengan adanya Kempen GROW anak-anak (khasnya memang membesar di bandar), boleh melibatkan diri sambil belajar cara menanam. Sekaligus aktiviti ini mampu menyerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka seperti sayangi hidupan, kasih pada alam sekitar, bertanggungjawab dan pelbagai lagi.

Hasil tanaman ini juga akan dijual di Gourmet Oliver yang mana pelanggan boleh mendapatkannya secara"segar dari kebun rumah hijau". Hasil jualan ini akan disalurkan ke organisasi kebajikan yang dipilih.

Bermula sekarang sehingga 31 Disember 2018, setiap ahli CapitaStar akan diberikan 500 STAR$ dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM30 mana-mana produk GROW dari Oliver Gourmet di Tropicana City Mall dan juga The Mines.

Keterangan lanjut boleh layari:-

Jom sama sertai Kempen GROW!

Kempen #YOUCANDUIT Untuk Kita Yang Ingin Menjana Lebih Pendapatan!

$
0
0
Tak ada kerja..
Susah nak cari kerja...
Penganggur sekian lama...
Demand dunia pekerjaan dah tak ada..

Sebenarnya sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu seperti yang diluahkan diatas sering diperkatakan dikalangan masyarakat kita. Biarpun dikatakan di pasaran luar ada terdapat banyaknya peluang pekerjaan tetapi tidak dinafikan mereka yang mencari pekerjaan sememangnya berganda-ganda ramainya berbanding dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Jadi hidup didalam dunia serba digital ini, apa yang kita boleh lakukan bagi membolehkan kita mencari rezeki yang halal tanpa menunggu sampai jemu untuk memperolehi pekerjaan yang diidamkan...

Satu persoalan yang perlu kita fikirkan...

Ok, korang pernah tak dengar mengenai kempen #YOUCANDUIT ???


Untuk pengetahuan korang #YOUCANDUIT adalah satu kempen untuk menjana pendapatan digital yang diperkenalkan oleh MDEC. Yang mana seperti yang kita ketahui zaman dunia tanpa batasan hari ini membolehkan Teknologi Digital meningkatkan semangat daya saing dikalangan masyarakat untuk memperbaiki kehidupan mereka di Malaysia.

Bahkan tidak dinafikan Ekonomi Digital kini telahpun menjadi fenomena di seluruh negara yang menjadikan kehidupan masyarakat yang terlibat ke arah taraf hidup yang lebih baik. 

Untuk sepanjang tahun 2016 dan 2017, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkatan aktiviti Ekonomi Digital dikalangan rakyat dengan memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YOUCANDUIT. Kempen ini memperkenalkan dan melatih mereka dan golongan isi rumah berpendapatan rendah kepada peluang pendapatan digital melalui tugas yang mudah dan sesuai dengan kemahiran mereka di eRezeki untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing. Kempen ini juga menggalakkan dan mendidik pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro tentang keusahawanan digital dengan menyediakan cara-cara untuk mewujudkan perniagaan atas talian yang boleh memberi pendapatan tambahan.


e-Usahawan:

Program eUsahawan ini dibuka kepada mereka yang sudah mempunyai perniagaan sendiri. TETAPI masih memasarkan dengan cara tradisional seperti berniaga di pasar malam, jualan pintu ke pintu, jual di gerai atau di kedai dan sebagainya. Rasional adakalanya agak sukar untuk usahawan itu sendiri untuk memasarkan produk/barangan mereka dengan lebih luas lagi.



Contohnya penjualan kek dan biskut. Di mana kita tidak nafikan golongan wanita Malaysia hari ini cukup gemar memasak dan membakar biskut dan kek. Dari hanya bermula sebagai hidangan keluarga tetapi kini mereka boleh niagakan hasil masakan mereka menerusi hebahan di Teknologi Digital. Isunya di sini adakah usahawan ini benar-benar tahu bagaimana hendak memperluaskan dunia pasaran mereka di dunia Teknologi Digital. Nah! Di sinilah peranan MDEC yang memperkenalkan eUsahawan yang mana telah disediakan modul, kelas dan kursus yang perlu mereka ikuti bagi memantapkan pengetahuan mereka terutama bagaimana cara terbaik untuk mereka pasarkan produk mereka melaui Teknologi Ditital. Antaranya seperti penggunaan FB ads, pemasarana di Instagram, penulisan "copy writing" dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja MDEC juga akan memantau prestasi setiap peserta yang mengikuti program eUsahawan untuk tempoh masa tertentu. Peserta yang sering menunjukkan kemajuan yang berterusan akan ditawarkan program latihan lanjutan keusahawanan digital. Selain insentif tersebut, peserta berpeluang untuk menyertai sesi mentor secara peribadi bersama ahli perniagaan online yang berjaya serta menimba ilmu dalam pengurusan wang yang konsisten. Peserta juga akan diberi bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta terus kekal maju dalam perniagaan digital. 

Secara kesimpulannya program eUsahawan ini membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada masyarakat kita. Paling penting untuk pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah percuma. Secara personal, eUsahawan ini mampu menambah baik taraf kehidupan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital. Bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital..gitewww..


Impak hasil program eUsahawan seluruh negara sejak bermula pada Julai 2015 hingga Disember 2017:-

o Seramai 156,580 pelajar TVET dan usahawan mikro telah dilatih;

o Seramai 44,466 telah melapor jualan;

o Menjana RM227.14 juta jualan atas talian

Hebat bukan.....

Untuk setakat Disember 2017, sebanyak 778 pusat eUsahawan termasuk TVET, IPT, PI1M, PIC, RTC dan UTC telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini antaranya seperti:-

o UUM
o UiTM
o UMK
o UniKL
o Kolej Universiti Poly-Tech
o MARA
o Kolej Poly-Tech MARA
o German Malaysian Institute
o Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
o Institut Latihan Perindustrian
o Jabatan Pendidikan Politeknik
o Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
o Koleh Kemahiran Tinggi MARA
o Institut Kemahiran MARA
o Instititut Kemahiran Belia Negara
o Kolej Professional MARA
o Giatmara


Di bawah program eUsahawan Marketplace, MDEC telah kerjasama rakan kongsi program platform e-dagang terkemuka seperti MyBazar, AVANA, 11th Street, Shopee, dan Lelong.my. Ke semua platform e-dagang ini mampu menyediakan platform dagangan online untuk membantu usahawan mikro menjangkau pasaran yang lebih luas. 

MDEC juga bekerjasama dengan agensi-agensi pembangunan serta NGO untuk menyalurkan ahli-ahli yang merupakan usahawan mikro ke dalam kursus ini. Setakat ini, agensi-agensi berikut telah mula menyalurkan senarai nama usahawan mikro:

· Persatuan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
· Universiti Malaysia Kelantan
· East Coast Economic Region (ECER)
· Majlis Amanah Rakyat (MARA)
· Kedah Industrial Skills and Management Development Centre
· Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
· Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)
· FELDA
· Universiti Malaysia Kelantan
· Jabatan Tenaga Kerja
· Secretariat for Empowerment of Indian Entrepreneurs (SEED)
· Perbadanan Usahawan Johor
· Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
· FAMA
· Felcra Berhad
· UITM Sri Iskandar
· UITM Technology Centre Sdn Bhd
· Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
· CQ Bryers College
· Amanah Ikhtiar Malaysia
· Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
· Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
· Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)
· Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
· Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
· Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu
· Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita (PPUW)
· Pertubuhan Wanita Bekerja Sendiri Malaysia
· Pusat Khidmat DUN Manjoi
· Kerajaan Negeri Kedah
· Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
· Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
· UMNO Johor
· Yayasan Bina Upaya
· MyWin Academy
· Satu Daerah Satu Agensi
· Parlimen Kota Belud, Sabah
· Telekom Malaysia

Untuk rekod pada tahun 2017, MDEC telah melatih lebih 102 ribu orang peserta dan lebih 25 ribu daripada mereka telah menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang telah dijana pula adalah lebih RM175 juta.

Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015 sehingga Disember 2017, lebih 156 ribu peserta telah dilatih dan lebih 44 ribu orang telah berjaya menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang dilaporkan adalah lebih RM227 juta.

So kalau korang nak menyertai Usahawan mikro di seluruh negara boleh mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/ atau  dapatkan maklumat dengan lebih jelas di www.youcanduit.mdec.my

Korang juga boleh dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eUsahawan di laman Facebook  @eUsahawanMY


e-Rezeki:

eRezeki merupakan sebuah program di bawah kempen #YOUCANDUIT yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan secara digital. Program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi

Secara mudah eRezeki ini adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa perniagaan (tidak mengusahakan apa-apa produk) tetapi dilatih untuk mendapatkan skil tertentu yang boleh menjanakan pendapatan. Contohnya sebagai penterjemah, penulis sub-title dan banyak lagi sebenarnya.


Antara inisiatif yang dilakukan oleh MDEC agar peserta eRezeki yang cemerlang untuk terus menggandakan pendapatan mereka, contohnya menawarkan program eRezeki Global High Income (eGHI) bagi peserta eRezeki yang terpilih. Di mana melalui program ini, peserta yang layak akan boleh menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa melalui sumber digital menerusi kaedah crowdsourcing.

Dengan kerjasama HRDF, program eGHI kini ditawarkan kepada golongan B40 (golongan isirumah berpendapatan rendah) dan M40 (golongan isirumah berpendapatan sederhana- middle class, termasuk mereka yang telah diberhentikan kerja yang berkemahiran tinggi.

Secara mudahnya, pendapatan isi rumah di Malaysia dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu T20, M40 dan B40. T20 ni adalah kumpulan yang berpendapatan RM8319 dan ke atas. M40 pula kumpulan yang berpendapatan antara RM3860 ke RM8319 manakala B40 berpendapatan dibawah RM3860. Maksudnya kat sini, 80% dari rakyat Malaysia berpendapatan isi rumah RM8319 dan ke bawah. Ingat pendapatan isi rumah ya, bukan gaji individu.Jadi kalau kau dan isteri masing-masing bergaji RM2000 sebulan kau dah berada di kategori pertengahan M40. Orang putih cakap golongan middle class
Sumber: http://apemazing.com/beza-pendapatan-t20-m40-b40-di-malaysia/



eRezeki adalah langkah strategik di mana penyertaan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 ke dalam platform-platform crowdsourcing, diselia bagi memastikan kapasiti dan kualiti pekerja digital dari Malaysia adalah menepati kehendak industri antarabangsa. Secara langsung, ini akan menjadikan pekerja digital dari Malaysia sebagai pilihan pemain industri dan seterusnya menyumbang kepada penjanaan pendapatan serta membantu kearah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi.

Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut:

a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.

Sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam program eRezeki, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan seperti Beautiful Gate Foundation for the Disabled, sebuah persatuan khusus untuk golongan OKU yang menyediakan kemudahan tempat tinggal dan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuk latihan kemahiran pekerjaan kepada 900 OKU yang berdaftar di pusat-pusat kemudahan mereka di seluruh negara.


Selain itu, Beautiful Gate Foundation for the Disabled juga turut menyediakan sebuah platform atas talian, OKUJobs.com.my yang bertujuan untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. Setakat ini, lebih dari 4,000 OKU telah berdaftar di dalam platform tersebut.

Bagi meningkatkan penglibatan wanita di dalam program eRezeki ini, pihak MDEC telah bekerjasama dengan sebuah platform pekerjaan atas talian, HerPortal (sebelum ini dikenali sebagai Moms4Project) yang bertujuan untuk memudahkan golongan wanita khususnya ibu tunggal atau suri rumah yang memerlukan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti kerja-kerja online dan digital daripada rumah.

MDEC juga telah berbincang dengan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bagi mempromosikan program eRezeki kepada ahli-ahli persatuan dan mendedahkan mereka dengan peluang kerjaya digital secara atas talian.

Bagi eRezeki pada tahun 2017, setakat bulan Disember lebih 98,580 orang telah dilatih melebihi sasaran MDEC iaitu sebanyak 197%, dan lebih 62,700 orang telah menjana pendapatan tambahan melebihi sasaran iaitu sebanyak 125%. Jumlah pendapatan yang dilaporkan adalah sebanyak RM83.9 juta, juga melebihi sasaran iaitu RM70 juta.

Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015, lebih 151 ribu peserta dilatih dan seramai 98,888 orang telah dilaporkan menjana pendapatan tambahan. Jumlah pendapatan tambahan secara kumulatif adalah sebanyak RM112.9 juta; dan sebanyak 346 pusat dan wakil eRezeki telah diwujudkan.

Sila layari www.erezeki.my atau www.youcanduit.mdec.my untuk maklumat lanjut dan berdaftar secara online. 

Untuk dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eRezeki di laman media sosial Facebook: @myeRezeki  dan juga Instagram: @erezekimy


Caprice antara selebriti Malaysia yang sangat menyokong usaha MDEC dalam melaksanakan Kempen #YOUCANDUIT :-)

Secara kesimpulannya, program eUsahawan dan eRezeki adalah program-program utama menjana pendapatan sampingan secara digital.

Korang boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau
·       Ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di:


o Facebook: @YouCanDuitMY
o Instagram: @youcanduitmy
o Hashtag: #youcanduit

3H2M Percutian Best di Equatorial Hotel

$
0
0
Bercuti di Melaka bersama keluarga adalah antara impian yang saya inginkan untuk tahun 2018. Siapa sangka biarpun dihambat dengan kesibukan masa, akhirnya perancangan saat akhir membawa saya dan keluarga bercuti di Melaka Lebih istimewa kami telah menginap di Hotel Equatorial yang cukup terkenal di Bandar Bersejarah ini.

Kami menginap di bilik Premier yang betul-betul berhadapan dengan bandar Melaka. Dengan adanya cermin tingkap di ruang balkoni yang diletakkan sofa membuatkan kami lebih teruja untuk bersantai di sudut tersebut sambil menghayati kecantikan bandar ini terutama dengan kehadiran lampu yang menerangi samada di waktu malam mahupun di awal pagi.

Ini adalah suasana di waktu senja. Cantikkan :-)

Ini pula adalah ketika waktu subuh. Suasana yang tenang memang cukup mendamaikan.

2 katil agak besar juga saiznya. Boleh memuatkan 4 orang dewasa (untuk tidur lebih selesa).

Si kecik ni memang tidur lena di sini ya :-)

Keperluan asas untuk setiap bilik penginapan seperti telefon, lampu meja, meja tepi, peti ais, peti besi dan banyak lagi semuanya disediakan. Saya juga sangat suka menginap di bilik hotel yang dilengkapi sepenuhnya ruang dengan karpet. Ini menggandakan lagi keselesaan ketika saya menginap di sini.

Begitu juga barangan mandian seperti sabun, syampu, berus gigi dan pelbagai lagi disediakan untuk memberi keselesaan pengguna. Ini termasuklah sekali tuala mandian dan tuala muka. Di dalam bilik air turut disediakan tab mandi dan air pancuran dari atas. Seperti tipikal masyarakat Malaysia yang lain, saya memang sukakan tandas yang menyediakan sekali hos bagi memudahkan urusan pembersihan.


Sterika dan tempat untuk sterika baju juga disediakan dalam setiap bilik. Kita tidak perlu berkongsi dengan tetamu hotel yang lain. Ianya memang esklusif untuk kegunaan tetamu didalam bilik itu sendiri.

Jubah mandi dan sejadah pun ada ya. Jadi jangan khuatir di setiap bilik juga telah diberi petunjuk arah kiblat. Jadi tetamu muslim tidak ada masalah untuk menunaikan solat didalam bilik yang mereka menginap.

Antara aktiviti yang seronok apabila berada didalam bilik ialah "menonton filem" yang disediakan oleh pihak hotel. Memang banyak gila, filem yang agak baru, popular yang telah disusun dengan kemas mengikut kategori filem itu sendiri.

Antara seleksi filem yang ditawarkan seperti "horror", "action", "comedy", "kids" dan banyak lagi. Selain itu pihak hotel menyediakan pelbagai pilihan menu yang boleh kita order dari bilik, khusus untuk menonton filem yang dipilih. Contohnya seperti popcorn, set burger dan banyak lagi.




Di tingkat 4, terletaknya kolam mandi dan gelanggang tenis. Di hotel ini juga menyediakan sewa alatan tenis yang mana caj yang dikenakan untuk hari biasa adalah RM15 manakala hujung minggu adalah RM20.

Uniknya kolam renang di sini telah disediakan khas untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga wanita. Jarang kita jumpa kolam mandi khas untuk wanita tetapi di Hotel Equatorial Melaka ada disediakan kolam mandi untuk wanita untuk memberikan mereka lebih privasi dan keselesaan.

Untuk kemudahan jakuzi, sauna dan steam, kita boleh dapatkannya di tingkat 3. Sememangnya kemudahan ini ditawarkan untuk lelaki dan perempuan di bilik  yang berasingan. Jadi tidak perlu risau jika hendak berjakuzi dengan lebih rasa selamat dan privasi.

Seriously berada didalam kolam jakuzi ini benar-benar dapat memberi saya ketenangan dan mengurangkan rasa stress dalam diri. Inilah antara saat 'me time' yang benar-benar saya perlukan (heheh).

Fasiliti didalam bilik jakuzi memang superb. Selain daripada tandasnya yang cukup bersih, segala perkakasan untuk berdandan turut disediakan.

Bilik mandi pun ada ya! Sekiranya selepas berendam didalam jakuzi, stimkan diri ataupun bersauna anda rasa kurang selesa (ingin mandi), jadi bolehlah anda membersihkan diri di sini.

Bilik steam..

Bilik sauna. Memang selesa berada didalam bilik ini. Berpeluh habis, heheheh.

Turut disediakan adalah kemudahan gymnasium untuk tetamu hotel. Setiap tetamu yang hendak menggunakan kemudahan ini perlulah memakai pakaian sukan dan kasut sukan yang bersesuaian.

Agak luas gimnasium ini, paling best terdapat banyak alatan senaman yang disediakan dan semuanya berkeadaan elok dan tersusun.

Dekorasi didalam hotel ini agak simple dan kemas. Banyak port yang menarik untuk berselfie sebenarnya :-)    

Pemandangan ruang lobi di tingkat bawah.

Sebab dalam lif ada cermin jadi beria kitaorang berwefie disini...

etc...Coffee Corner, kafe yang sentiasa menjadi pilihan untuk bersantai sambil menikmati secangkir kopi. Terdapat juga kek dan sandwich yang boleh dibeli di sini.

Model rumah Melaka yang menjadi tarikan tetamu yang terletak di hadapan pintu kafe yang biasanya dikunjungi tetamu untuk bersarapan pagi.

Bagi saya pilihan menu sarapan pagi agak bervariasi. Pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa ditawarkan di kafe ini. Antaranya seperti nasi lemak, mee goreng, roti, bubur, omelette, salad dan pelbagai lagi. Kepelbagaian hidangan ini adalah untuk memenuhi citarasa tetamu samada masyarakat tempatan sendiri mahupun antarabangsa.





Ini adalah antara sarapan yang paling digemari saya!

Bilik 1914 menjadi kenangan, setelah 2 malam menjadi tempat penginapan...

Meriahnya warisan di negeri Melaka bandar bersejarah,
Berpeluang menginap di Hotel Equatorial memang pengalaman indah!

Keterangan lanjut mengenai hotel dan penginapan, boleh layari https://melaka.equatorial.com/


Jom cuti-cuti Melaka...

K5 The Street Bistro Melaka

$
0
0
K5 The Street Bistro terletak di kaki lima Hotel Equatorial Melaka ini sering menjadi tarikan pelancong luar negara mahupun penduduk tempatan. Untuk pengetahuan semua, K5 sebutannya ialah "Kaki Lima". Di beri nama K5 The Street Bistro adalah bersesuaian dengan hidangan yang ditawarkan disini yang mana kita boleh dapatkan di kebanyakan yang dijual di kaki -kaki lima. Ahahhh, menarik bukan?

Harganya memang berbaloi dengan portion yang ditawarkan (sangat besar saiz mangkuk/pinggan dan banyak). Paling best! Suasana persekitaran bistro ini cukup tenang dan sangat cantik terutama di waktu malam. 

Oh ya! Bistro ini juga sentiasa menjadi pilihan pengunjung terutama di waktu musim perlawanan bola sepak di peringkat antarabangsa. Akan kelihatan penyokong dengan jersi Manchester United dan Liverpool terutamanya datang ke sini dan menyaksikan perlawanan bola bersama-sama. Akan ada skrin layar besar dipasang, memang puas hati!

K5 The Street Bistro dibuka setiap hari dari pukul 12 tengah hari sehingga 2 pagi. Untuk pilihan menu seperti "Today's Soup", "Classic Hawkers' Favourites", "Specialty PIzzas", "Snack Bite", "Dessert Corner", "Hot and Cold drinks", "Milkshake", "Floats" dan "Ice Blended".

Jadi baru-baru ini saya telah mencuba sendiri sebahagian makanan yang ditawarkan di K5 The Street Bistro, antaranya seperti:-

Classic Pepperoni | RM30

Selain Classic Pepperoni, terdapat juga Spicy Ocean Tuna Pizza, Chicken Tandori Pizza dan Hawaian Pizza. Semuanya sedap-sedap tau.

Mee Rebus : RM15

BBQ Chicken Wanton Noodles | RM28

Mee wanton ada juga yang jenis kering iaitu berkicap.

Prawn Mee | RM22

Laksa Sarawak | RM15

Swee & Sour Chicken | RM22

Nasi putih dimakan bersama ayam masam manis, rempeyek dan acar.

Nasi Goreng Istimewa | RM22

Ada nasi goreng, sate, ayam goreng, telur mata, rempeyek dan acar.

Mee Siam Bungkus | RM6

Mee Siam Bungkus ini memang saya sangat rekomen pada korang semua. Sedap apatah lagi dinikmati bersama sambal tauchu bersama karamel. Akan dibungkus setelah menerima daripada tempahan dari pelanggan ya.

Nasi Lemak Bungkus | RM6

Nasi Lemak yang akan dibungkus apabila mendapat tempahan pelanggan. Memang sedap!

Selection of Finger Sandwich| RM15

Keropok Lekor | RM12

Keropok lekor ni memang diorder khas dari Kelantan. Memang ranggup di luar dan lembut didalam. makan panas-panas bersama dengan sos istimewa memang terbaik.

Ice Kacang | RM6

Traditional Cendol | RM6

Kalau datang Melaka, manisan ini wajib dicuba tau. Cendol, santan dan gula Melaka semestinya.

Coffee Milkshake | RM15

Selain daripada Coffee Milkshake, terdapat juga Strawberi Milkshake, Vanilla Milkshake dan Chocolate Milkshake. Selain daripada milkshake terdapat juga air floats (coke dan sprite) dan ice blended (chocolate, cappucino dan latte).


Personal review:

Memang makan kenyang sampai pagi esoknya. Sebabnya portion untuk setiap hidangan memang besar. Paling best suasana bistro ni memang best. Sebab ianya di kawasan terbuka tapi still tertutup dari kepanasan cahaya matahari, jadi memang pengudaraan yang sangat best. Memberikan rasa mood yang ceria dan bahagia ketika menikmati makanan.

Tidak dinafikan rasa hidangan itu juga memainkan peranan. Serius semua sedap memang hidangan yang punyai cukup rasa. So, kesimpulannya memang berbaloi untuk korang yang inginkan kelaianan dalam menikmati hidangan di tempat yang agak esklusif. Terutama di musim-musim perlawanan bola. Bistro ini selalu full house tau!!


Buffet Ramadhan Tradisi Malaysia di The Venue Shah Alam

$
0
0
Terletak di  No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15, Shah Alam, Malaysia, lokasi yang cukup strategik terutama bagi warga Shah Alam dan sekitarnya datang untuk berbuka di sini. The Venue Shah Alam sememangnya cukup terkenal sebagai lokasi dalam penganjuran pelbagai majlis  seperti Majlis Perkahwinan, Manjlis Pertunangan, Rumah Terbuka, Kenduri Kesyukuran, aktiviti Zumba dan banyak lagi.

Ini kerana di The Venue Shah Alam bukan sahaja boleh menyediakan kemudahan tempat untuk penganjuran majlis. Bahkan turut disediakan servis katering, sewaan baju pengantin dan banyak lagi.

Untuk sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. The Venue Shah Alam telah menyediakan buffet Ramadhan dengan bertemakan Tradisi Malaysia. Pelbagai lauk-pauk dan pemanis mulut yang membuka selera ditawarkan di sini.

Terdapat dewan acara di tingkat atas yang boleh memuatkan sehingga 250 orang pada satu-satu masa. Selain itu Grand Ballroom di tingkat bawah yang memuatkan sehingga 400 orang. Secara tidak langsung memberi lebih keselesaan dan pilihan buat tetamu yang datang berbuka di sini.


Bersih, luas dan kemas itu yang saya dapat gambarkan kita berada di sini. Lebih seronok jika berpeluang membawa keluarga ataupun rakan-rakan untuk datang berbuka di sini.

Segala masakan yang disediakan adalah dibawah selian Chef Nabil Md Saleh yang cukup berpengalaman dalam dunia kulinari terutama dalam penyediaan hidangan tradisi. Paling penting ke semua hidangan yang disediakan akan dijaga dari segi kualiti rasa paling terbaik yang mana bakal memikat selera tetamu buffet yang datang berbuka.

Gaya hidangan makanan juga cukup istimewa. Ini kerana di The Venue Shah Alam menyediakan gaya 'food station' yang lebih sistematik dan teratur jadi setiap tetamu tidak perlulah beratur menunggu lama bagi mendapatkan hidangan yang mereka inginkan.

Antara hidangan yang menjadi pilihan saya seperti daging masak hitam. Paling enak jika kita dapat nikmatinya bersama nasi beriani

Begitu juga dengan daging masak lemak cili padi ini. Cukup rasa dengan kepekatan lemaknya. Daging cukup lembut dan paling penting kepedasannya cukup ketara sepertimana yang biasa kita nikmati hidangan ini dari hasil tangan orang Negeri Sembilan.

Ikan masak masam-manis yang memikat jiwa. Bagi mereka yang gemarkan hidangan ikan jangan lupa untuk merasai sendiri kehebatan hidangan ini.

Ayam masak asam pedas. "Not bad" rasanya. Pada kebiasaannya kita menikmati ikan asam pedas tetapi di buffet ramadhan di sini turut menawarkan versi ayam dalam cara masakan asam pedas. Makan dengan nasi putih memang terbaik.


Ayam masak cabai yang juga boleh dinikmati dengan nasi putih, nasi beriani ataupun nasi syamin. Bercerita mengenai nasi syamin, saya sebenarnya sangat suka dengan kehebatan rasa nasi ini. Ianya adalah hidangan (nasi syamin) yang berasal dari Johor.

Ayam goreng berempah bersama serunding kelapa yang memikat selera.

Ayam Semor yang merupakan rsepi istimewa dari masyarakat Jawa. Ini antara hidangan yang menjadi feveret suami saya. Sedap katanya terutama jika dinikmati bersama Nasi Syamin.

Siapa suka lala yang dimasak gaya seperti ini. ada setengah orang memang suka makan lala tanpa nasi tetapi bagi saya menikmatinya bersama nasi lebih istimewa rasanya, hehe.

Ini adalah kerabu taugeh. Di gaul bersama kelapa kering, udang kering, racikan bawang dan cili untuk sedikit rasa kepedasan.

Kerabu mangga in da house yaww!

Sayur kailan goreng bersama ikan masin.

Sayur goreng campur.


Terdapat juga pilihan mee seperti mee rebus, mee kari dan mee sup.


Selain itu terdapat juga kuew teow goreng, ikan patin masak lemak, ayam tika, assam laksa, sambal belacan dan ulam dan banyak lagi sebenarnya.

Untuk pemanis mulut saya telah mencuba sendiri bubur chacha.

Pengat bubur pisang juga sangat meneyelerakan :-)

Buah-buahan dan kuih tradisi yang sememangnya diminati bergenerasi.

Kuih bakar dan kuih talam..

Begitu juga dengan pulut panggang yang sememangnya menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.

Minuman panas dan sejuk ditawarkan. Jadi bergantung kepada tetamu jenis minuman apa yang ingin mereka nikmati sewaktu berbuka puasa.

Terdapat kemudahan tandas yang cukup bersih dan surau untuk tetamu buffet menunaikan solat maghrib dan isyak. Selain itu, kemudahan parkir juga agak banyak jadi tidak akan ada masalah jika kita datang beramai-ramai untuk berbuka di sini.


Harga buffet yang ditawarkan :-
RM68/pax (dewasa) 
RM40/pax (untuk kanak-kanak 4-12 tahun)
RM60/pax untuk warga tua/mereka yang berumur 55 tahun ke atas

Untuk harga 'early bird' :-
RM58/pax (dewasa)
RM35/pax (untuk kanak-kanak 4-12 tahun) 
RM50/pax untuk warga tua/mereka yang berumur 55 tahun ke atas

Bagi tempahan yang lebih esklusif, harga yang ditawarkan adalah RM50, minimum bilangan tempahan adalah seramai 100 orang.

Buffet ramadhan adalah ditawarkan dari 18 May 2018 - 12 Jun 2018

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 019-8585825 / 019-8585375

Kemeriahan "FOOD TRUCK" Di Wilayah Persekutuan Menjadi Satu Tarikan

$
0
0
Sekali sekala (sekurangnya seminggu sekali) saya memang gemar untuk keluar makan bersama keluarga. Saat "bonding time"kata orang putih. Keluar berjalan terutama di malam minggu memang menyeronokkan. Walaupun begitu seperti saya sendiri yang mempunyai 7 orang anak, tentunya selera pasti tidak akan sama pada satu-satu masa.

Serius! Kadang-kadang memang pening kepala. Bila dah keluar untuk makan malam, masing-masing tidak tahu nak makan dekat mana. Maklumlah masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza. Hmm.
Gambar dari Google

Tetapi bila kehadiran "FOOD TRUCK" di lokasi tertentu di Wilayah Persekutuan sememangnya mampu menyelesaikan konflik yang selalu saya alami ketika keluar makan. Selain daripada pelbagai pilihan makanan, terdapat juga hidangan hipster yang ditawarkan. Paling seronok, jika kita dapat membeli makanan yang memang tengah viral ataupun orang kata ianya benar-benar "in" dengan kehendak pasaran.


Contohnya, satu masa dulu saya betul-betul teringin hendak menikmati kuih keria melaka dan tauhu bergedil. Di mana kuih keria antarabangsa katanya yang paling sedap di Melaka. Dan juga tauhu bergedil, kebanyakan perlu dibeli melalui tempahan atas talian. 

Nah! Dengan adanya jualan di "FOOD TRUCK" ni kita boleh cari lokasi pengusaha mana yang ada menjual kuih atau masakan yang ingin kita inginkan. Contohnya untuk saya sendiri yang akan terjah "FOOD TRUCK" di kawasan Wilayah persekutuan seperti TTDI, Damansara Utama, Ampang dan banyak lagi tempat lain sebenarnya.

Dengan adanya "FOOD TRUCK" ini sebenarnya sangat membantu kita mendapatkan makanan yang kita inginkan dengan mudah dan mampu menjimatkan lebih banyak masa.

Gambar dari Google

Sebenarnya konsep "FOOD TRUCK" ini sama juga seperti penjaja. Apa yang membezakannya untuk "FOOD TRUCK" ianya lebih mudah bergerak (mobile on the go). Paling menarik jika kita lihat sendiri penampilan pada "FOOD TRUCK" lebih esklusif dan menarik. Ini kerana kita akan lihat sendiri setiap "FOOD TRUCK" hadir dengan warna atau trademark mereka sendiri bagui menarik pelanggan mereka.

Saya juga begitu teruja apabila Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 1,000 lesen perniagaan  "FOOD TRUCK" (trak makanan, kendera saji)  bakal dikeluarkan pada akhir tahun ini. Sekaligus ianya memberi lebih banyak peluang kepada pengusaha makanan dan minuman untuk berniaga. Dan ini juga adalah untuk merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020. Secara tidak langsung, bandar Wilayah Persekutuan ini akan tampil lebih cantik dengan kehadiran  warna-warni "FOOD TRUCK" di pelbagai lokasi. Impaknya bukan sahaja mampu menarik masyarakat tempatan, bahkan kepada pelancong dari luar negara juga.
Gambar dari Google

Untuk pengetahuan semua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 220 lesen "FOOD TRUCK" (kendera saji) setakat ini. Biarpun dikatakan untuk membuat tempahan trak ini sebenarnya agak mahal. Namun, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebenarnya telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini melalui perbincangan secara serius dengan pihak pembuat trak bagi membantu peniaga yang berminat untuk mendapatkan trak mereka sendiri. Antara agensi yang boleh membantu pengusaha yang ingin memiliki trak mereka sendiri seperti Majlis Amanah Rakyat danTabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun). Namun pengusaha yang berminat perlulah membuat permohanan dan mealui prosedur seperti yang disyaratkan.


Bagi saya sendiri, selain daripada variasi jenis makanan dan minuman ada ditawarkan oleh pengusaha "FOOD TRUCK". Kemudahan fasiliti seperti pakir kenderaan, tempat pembuangan sampah, punyai elektrik dan air membasuh tangan antara sebab juga mengapa saya dan keluarga gemar melepak dan menikmati makanan dan minuman "FOOD TRUCK" di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan. Paling penting lokasinya yang strategik pada waktu makan tengah hari atau malam menjadikan "FOOD TRUCK" di Wilayah Persekutuan memang meriah!

Untuk karnival tertentu anjuran DBKL, peniaga "FOOD TRUCK"  perlu menyediakan satu menu rakyat yang dijual dengan tawaran harga RM5 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup warga kota. Untungkan jadi warga Wilayah Persekutuan, biarpun hidup di tengah kota tetapi masih lagi berpeluang menikmati makanan serta minuman sedap dan murah atas inisiatif kerajaan.

Thalia Mermaid I Charming dari SofeaRose | Cantik, Selesa dan Mudah Digaya

$
0
0
Jenama SofeaRose cukup dikenali dikalangan wanita yang berhijab di Malaysia. Selain daripada rekaan corak tudung yang dikeluarkan oleh jenama ini selalunya menarik, fabrik yang dipilih juga adalah antara yang terbaik. Setiap pembelian tudung dari SofeaRose didatangkan bersama kotak esklusif. Secara tidak langsung tudung dari jenama SofraRose juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah atau bingkisan istimewa buat orang yang tersayang (ahli keluarga mahupun rakan baik).

Baru-baru ini saya telah mendapatkan shawl dari siri Thalia Mermaid I Charming. Didatangkan dengan 'mermaid' charm yang sungguh cantik.

Memandangkan ianya mempertengahkan konsep 'mermaid (duyung), corak di shawl adalah berkisar kepada hidupan lautan dalam bentuk abstrak. Saya juga sangat sukakan warna pilihan didalam siri ini yang mana kebanyakannya menggunakan warna lembut.

Tudung ini juga mudah digosok dan tidak cepat renyuk. Ianya tetap kekal terletak cantik diatas kepala biarpun kita sudah memakainya untuk tempoh yang agak lama.

Fabrik yang digunakan juga tidak panas dan sangat selesa biarpun dipakai seharian. Paling penting ianya tidak menyerap peluh kepala. Jadi kita tidak akan ada masalah rimas atau gatal-gatal di bahagian rambut di kepala biarpun memakai seharian didalam apa jua keadaan cuaca :-)

Terbaru SofeaRose telah menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga
koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid! Salah satunya adalah tudung adalah Diona yang diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini.

SofeaRose : Puteri Duyung memakai tudung Diona

Salah satu koleksi RTW dari SofeaRose

Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419. 




Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis cara iaitu dengan menghubungi Penasihat Imej di 019 – 6350313 (Teha) atau kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral ataupun menerusi laman sesawang di
www.sofearose.com. Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidupdan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

Pengenalan Produk Gabag Terbaru dan Perkongsian Ilmu Penyusuan di Butik Tateh

$
0
0

Pada hari Ahad lepas 29 April 2018, saya dan Yara telah menyertai satu sesi perkongsian mengenai penyusuan bayi dan juga pelancaran produk dari Grabag di Butik Tateh Bangi. Majlis penuh santai ini adalah anjuran Butik Tateh dan telah dihadiri oleh beberapa ibu/bapa dan mam blogger jemputan.

Selain daripada dapat mengenali kumpulan kecil ibu-ibu lain yang sama-sama menyusu badan, saya juga berpeluang mendapat tips dan nasihat dari Pakar Penyusuan Puan Norhafizah.

 Antara perkongsian yang menarik dari Puan Norhafizah Ishak sendiri ialah teknik penyusuan terbaik buat anak. Menurut Puan Norhafizah memberi susu kepada anak perlulah ikhlas dan kita tidak boleh rasa stress. Pastikan juga ketika menyusu bukan sahaja anak selesa menyusu dari badan kita bahkan kita juga perlu selesa ketika memberi susu. Cara pegangan anak, kedudukan kepala dan posisi badan perlulah dilakuakn dengan lebih santai.

 Katalah anak selesa dengan susu dari bahagian kiri sahaja. Kita kena cuba alihkan anak untuk mengambul susu di bahagian kanan juga. Ini bagi mengelakkan berlakunya bengkak susu. Jadi apa yang harus kita lakukan, adjust kedudukan anak tanpa mengubah posisi baringan dia. Ianya boleh dilakukan dan para ibu perlulah sentiasa berkomunikasi anak bagi membantu proses penyusuan dan sebenarnya ianya juga salah satu waktu 'bonding' ibu dan anak. Peranan ayah juga penting dalam membantu kelancaran proses penyusuan ibu (isteri) secara esklusif kepada bayi. Ini kerana tempoh terbaik pemberian secara esklusif susu ibu adalah sehingga anak itu berumur 2 tahun. Apa yang perlu lakukan? Mereka perlu sentiasa memberi sokongan kepada ibu. Contoh memberi urutan ibu ketika sedang menyusu terutama di bahagian bahu belakang (bahu kadang-kala menjadi stress kerana tempoh menyusu yang agak lama).

Dan sebenarnya banyak lagi tips/teknik yang dikongsikan. Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke FB page Butik Tateh untuk lihat daripada FB LIVE mereka ya.


Selain daripada perkongsian mengenai tips dan teknik penyusuan ibu. Turut hadir ke majlis ini adalah pihak dari Gabag Indonesia. Untuk pengetahuan semua jenama Gabag ini cukup popular dikalangan ibu-ibu terutama yang menyusu anak mereka. Ini kerana jenama Gabag ini mengeluarkan hampir semua barangan keperluan yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusu badan :-)

Di majlis ini juga telah dilancarkan satu produk terbaru dari Gabag iaitu GabaG infinite Double Breast Pump. Apa yang menarik tentang produk ini kita boleh "pump" susu secara terus ke beg simpanan susu jadi ianya benar-benar membantu kita mengekalkan kebersihan (lebih hygience).  Selain itu ianya mempunyai "suction" yang agak unik dan tidak akan menyebabkan rasa sakit ketika proses pam susu dari badan. Alatan ini agak ringan dan ianya sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Paling best ianya mempunyai 16 "level Massage Expression Mode". Dan ianya 'touchscreen' dan didatangkan dengan cahaya LED. Dan pastinya ibu-ibu pasti gembira kerana produk ini tidak mengeluarkan bunyi ketika waktu pam susu.

Beg simpanan susu ini sangat comel hokeh. Bebas bahan kimia dan tidak ada BPA. Punyai tempat seal yang sangat kemas, jadi kita tidak perlu risau jika tertumpah dan sebagainya.

Majlis pelancaran produk Gabag yang cukup meriah!

 Suka saya nak kongsikan satu produk Gabag yang memang saya sedang guna sekarang ini iaitu Big Pop iaitu thermal beg buat ibu-ibu untuk mereka menyimpan susu badan. Untuk pengetahuan semua beg ini didatangkan dengan dua jenis rekaan iaitu Sentani dan Sumba.

Seperti yang saya miliki ini ini adalah rekaan Sentani.

 Apa yang menarik tentang beg ini, ianya menyediakan banyak ruang penyimpanan barang (banyak poket. Jadi kita boleh menyimpan banyak barang seperti pakaian anak (baju spare, pampers dan sebagainya).
 Jangan tidak percaya ianya juga boleh memuatkan sehingga 10 botol didalam beg ini. Termasuklah satu pam susu. Bukaannya sangat lebar dan dilengkapi dengan zip yang sangat kukuh (tidak akan ada masalah kebocoran).

Ruang simpanan susu ini boleh tahan kesejukannya sehingga 20 jam. Dan produk dari Gabag ini semuanya diberi waranti sehingga 6 bulan dari tarikh pembelian!

Beg ini sudah cukup bergaya untuk dibawa ke mana sahaja :-)

Sempat bergambar kenangan dengan semua ibu-ibu yang hadir ke acara ini. Masing-masing begitu teruja apabila dapat berkenalan antara satu sama lain, selain dapat mendekati dengan Puan Norhafizah (pakar penyusuan) dan juga mengenali produk dari Gabag.

Cenderahati buat semua tetamu yang menghadiri :-) terima kasih Grabag dan Butik Tateh...

Sempat juga saya mendapatkan 2 pasang baju raya untuk my Yara di Butik Tateh. Banyak pilihan barangan dan kelengkapan bayi di sini. Semuanya menarik dan cantik.


Untuk keterangan lanjut mengenai Butik Tateh, boleh follow dan layari:-

Keterangan mengenai produk terbaru dari Gabag, boleh follow di:
xoxo,

Dapatkan Tudung Ariani Ekslusif Di Guardian

$
0
0

Bertemakan dengan konsep "MEKAR", Galeri Ariani telah berkalaborasi bersama Guardian Malaysia menampilkan 4 rekaan anggun iaitu Essential Basic Shawl (kosong), Blush Printed Square (tudung empat segi), Blooming Printed Shawl (selendang) dan yang paling istimewa Florescence Premium Shawl.

Sepanjang tempoh promosi dua bulan (dari 1 Mei hingga 27 Jun), shawl/tudung ini boleh dibeli pada separuh harga iaitu antara RM29.90 hingga RM89.90, dimana 54 ke 57 peratus lebih rendah daripada harga pasaran yang disyorkan.

Cara mendapatkan tudung-tudung esklusif Ariani ini sangat mudah sahaja uolls. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan membeli jenama utama yang mengambil bahagian seperti Maybelline, Dermo Expertise, Pantene, Safi dan Thymos. Dalam apa-apa sahaja jumlah pembelian, seterusnya korang boleh membeli tudung ini pada harga yang sangat berpatutan (PWP ).

Paling menarik korang membeli ke semua 4 koleksi ini dan boleh gayakan pada hari lebaran nanti. Bestkan!


Ini adalah rekaan Essential Basic Shawl (kosong). Warna yang lembut dan bagi saya sendiri ianya sesuai untuk semua jenis warna kulit muka.

 Ada logo "A" - Ariani di hujung tuxung bagi menampakkan elemen esklusif.

 Model yang menggayakan tudung Essential Basic Shawl (kosong).

Dan ini adalah Florescence Premium Shawl. Corak abstrak bunga-bunga di shawl ini memang cantik. Apatah lagi gabungan warna shawl ini memang menaukkan seri si pemakainya.

Shawl ini cantik digayakan dengan baju plain tanpa corak. 

 Seterusnya Blooming Printed Shawl (selendang). Corak bunganya akan kelihatan di hujung shawl. Bagi mereka yang suka gaya 'simple' pasti memilih rekaan shawl ini.

Cantikkan apabila digayakan oleh model ini. Nampak sesuai dipadankan dengan baju berwarna lembut seperti putih.

 Seni abstrak "mekar"nya dari bunga.

Siapa yang gemarkan tudung jenis petak (segi empat), pasti akan memilih Blush Printed Square (tudung empat segi). Kelihatan 2 kuntum bunga di bahagian tengah. Sekali lagi pemilihan warna untuk tudung ini juga warna-warna lembut sekaligus mampu menyerlahkan aura si pemakai.

Ke semua shawl dan tudung yang ditawarkan memang menarik terutama dari segi rekaan dan fabrik yang digunakan. Paling penting ianya senang digayakan, mudah digosok dan pasti terletak cantik di kepala.


“Cetakan eksklusif skarf ini hadir dalam empat corak segar dan elegan. Ia dihasilkan daripada material berkualiti yang ringan dan tahan lasak, boleh disuaikan dengan pelbagai gaya, mudah serta selesa dipakai. Kami yakin dengan kualiti seperti ini, para pelanggan kami pasti tertarik untuk mendapatkannya untuk Hari Raya nanti.”

“Walaupun Guardian Malaysia merupakan sebuah jenama kesihatan dan kecantikan, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Dalam perancangan untuk Ramadan dan Hari Raya, kami percaya para pelanggan kami ingin memiliki tudung terbaik; dan yang lebih utama, pada harga yang memberi nilai kepada wang mereka!"
Ms Anna Hull, Pengarah Barangan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd

“Pengertian kecantikan dari dalam melalui penggunaan produk di stor Guardian kini dimantapkan lagi dengan pemakaian tudung ARIANI, yang mana semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung!”

"ARIANI, sebuah anak syarikat Kumpulan JAKEL, telah menghasilkan koleksi skarf ‘Edisi Lebaran’ dengan perincian yang halus dan ia direka bagi memenuhi tiga elemen teras – keeksklusifan, kesopanan dan kontemporari."
Datin Farah Haryani, Pengarah Pemasaran Ariani

So, korang jangan lupa dapatkan tudung ini di cawangan Guardian yang berdekatan :-)

Kempen #PerfectTogether Ramadhan dan Raya Bersama Chef Wan

$
0
0
 
Hidangan pasti menjadi menjadi hebat apabila digabungkan produk Mission Foods dan juga Emborg. Apatah lagi resepi hidangan itu sendiri datangnya dari chef selebriti yang cukup terkenal iaitu Chef Wan. 

Sesuai dengan kempen #PerfectTogether hidangan yang disediakan semuanya mudah dan sememangnya enak, sesuai untuk dihidangkan pada bulan ramadhan dan juga di Hari Raya. Pelbagai tips telah dikongsikan oleh Chef Wan terutama penggunaan produk Mission Foods dan Emborg didalam penyediaan hidangan.


"The #perfecttogether collaborationn of Mission Foods and Emborg combines a melody texture and mixture of quality ingredients, comlimentary to each other. Mission varieties are the perfect canvas to create any sort of Malaysian recipe, from our Naans to Supersoft Wraps and crunchy Tortilla Chips that are bursting with flavour. Simultaneously, Emborg products like Cook & Bake, Cheddar Cheese Topping, Butter and Cooking Cream adds depth of taste to the dishes"
Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods South Asia

"We are always looking for ways to heighten the experience for the consumers to enjoy our products and this #perfecttogether collaboration between Emborg and Mission Foods is definitely a perfect way of showing this. Consumers have been enjoying the best quality Emborg products and now we paired them with Mission Foods products in delicious recipes, in time for the coming Ramadhan month and Hari Raya"
Mr Kennet Paulsen Country Manager, Mission Foods South Asia

  
Chef Wan sememangnya pengguna setia dua jenama produk ini sejak dulu lagi. Pelbagai resepi dan hidangan pernah beliau hasilkan menggunakan dua jenama terbaik ini. Menurut Chef Wan setiap hasil hidangan menggunakan produk ini tidak pernah mengecewakan. Bahkan Chef juga mengesyorkan untuk menghidangkan masakan menggunakan produk ini sewaktu berbuka puasa mahupun sebagai juadah Hari Raya.

 Antara produk Mission yang cukup popular seperti Mission Wraps, Tortilla Chips dan pelbagai lagi. Dan yang terkini telah diperkenalkan Mission Pizza Crust bagi memudahkan untuk mereka yang gemarkan pizza menyediakannya sendiri di rumah. Seperti Mission Wraps, dohnya memang lembut, bagi saya yang gemarkan hidangan ala Asia Barat sering menyediakan hidangan Shawarma menggunakan produk ini untuk keluarga tercinta.

Siapa sangka dengan Mission Wraps juga boleh kita boleh hasilkan murtabak sendiri. Serious sedap. Apatah lagi kulitnya agak garing tetapi tetap lembut jika dibakar mengikut cara yang betul.

Masih teringat-ingat kesedapan Mutton Murtabak Wraps yang disediakan oleh Chef Wan.

Bahan-bahan:
- 4 keping Mission Onion & Chives Wraps
- 125gram Emborg Cheddar Topping
- 4 sudu Emborg Cook & Bake (untuk gorengan)
- 200gram daging kambing yang dicincang
- 1 bawang besar (potong dadu)
- 4 ulas bawang putih (potong dadu)
- 3cm halia (potong halus)
- 4 sudu serbuk kari daging
- 1 sudu kecil garam masala
- 1 sudu kecil serbuk lada
- 3 sudu minyak sapi
- Daun Coriander (racik halus)
- Daun bawang (potong halus)
- 2 biji (dipukul)
- 2 sudu minyak sayur
- garam dan serbuk lada hitam hitam (secukup rasa)

Cara:
1. Api sedehana masukkan bawang, bawang putih, halia didalam minyak sapi dan minyak sayur.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan garam masala. Masak sehingga naik bau. Masukkan daging kambing yang telah dicincang.
3. Seterusnya masukkan daun coriander, daun bawang dan garam serta lada hitam.
4. Sejukkan di tepi seketika. Seterusnya masukkan telur.
5. Letakkan bahan yang telah dimasak di atas Mission Wraps. Dan taburkan dengan Emborg Cheddar. Lipat/bungkus wrap tersebut menjadi lebih kecil.
6. Bakar wrap yang telah dibungkus di atas kuali yang telah diletakkan Emborg Cook & Bake. Untuk lebih enak bakar sehingga ianya menjadi kekuningan di kedua belah wrap (atas dan bawah).

Menurut Chef Wan kelebihan Emborg Cook & Bake ini ialah ianya tidak akan mudah hangus/hangit sepertimana yang biasa lepa mentega apabila dibakar atau dipanas dalam kuali. 

Selain itu Chef Wan juga berkongsi cara menyediakan hidangan Spicy Tuna and Anchovy Pizza yang menggunakan Mission Pizza Crust sebagai rotinya dan paling penting taburan Emborg Pizza Topping yang menjadikan pizza itu begitu enak.

Inilah Spicy Tuna and Anchovy Pizza yang disediakan oleh Chef Wan.

Selain enak, resepi yang disediakan oleh Chef Wan juga kaya dengan segala nutrisi yang diperlukan badan terutama lengkap dari segi protein, karbohidrat dan sayuran.

Saya juga telah mempelajari satu manisan mulut iaitu Coconut and Bananas Cheese Wrap Tarts memang sangat sedap. Dengan hanya menggunakn Mission Wrap dijadikan kulit tart. Digabungkan dengan kelapa parut bersama pisang dan paling penting kehadiran Emborg Cream Cheese, Cook & Bake dan Whipping Cream menjadikan manisan ini cukup membuka selera. Pastinya bukan sahaja golongan dewasa sahaja akan menyukainya bahkan kanak-kanak juga. Yeszaa! Hidangan ini akan saya cuba sediakan untuk tetamu pada Hari Raya!

Kombinasi hidangan yang menggunakan produk Mission dan Emborg bukan sahaja mampu menghasilkan hidangan yang enak dan menarik. Bahkan ianya juga dapat menjimatkan masa kerana kita dapat menyediakan pelbagai hidangan enak dengan mudah. Paling penting produk ini juga mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.

Untuk mengetahui resepi yang menggunakan produk Mission dan Emborg boleh layari:-
IG : @missionfoods.my | @emborgasia | @_chefwan58

Korang cubalah sendiri resepi yang dikongsi. Dan jangan lupa kongsikan hidangan anda di media sosial, letakkan hashtag g#perfecttogether.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-

Viewing all 2936 articles
Browse latest View live