Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Pelancaran Rasmi Pembukaan Robinsons Kuala Lumpur di Four Season Places

$
0
0
Robinsons Kuala Lumpur di Four Season Places terletak bersebelahan KLCC dan berhadapan dengan kompleks membeli-belah Avenue K. Terletak di kawasan begitu strategik, di tengah pusat bandar Kuala Lumpur memberi kemudahan aksesibiliti yang mudah dari segi pengangkutan awam mahupun dengan membawa kenderaan sendiri, memandangkan terdapat banyak parkir yang disediakan.

Menawarkan pelbagai jenama tersohor barangan daripada produk penjagaan diri, fesyen, kelengkapan rumah dan pelbagai lagi sekaligus menjadikan Robinsons di Four Season Places sebagai satu pusat sehenti untuk mereka yang mencari produk-produk esklusif dan berjenama.



Satu majlis pelancaran secara rasmi pembukaan Robinson KL di Four Season Places telah diadakan pada 25 oktober 2018 yang turut dihadiri para VVIP, selebriti tempatan, tetamu jemputan istimewa dan juga rakan media.

Antara VVIP yang hadir seperti Mr Paul Deaoutre (President Retail of Al-Futtaim Group), Christophe Cann (Group Chief Executive Officer- Asia of Al-Futtaim Group), Ashley Tang (Genereal Manager and Director of Robinsons Malaysia), YBhg. Datuk David Ban (Executive Director of Venus Assets) dan Zahir Kelvin Ong Abdullah (Director of Venue Assets).


Majlis dimulakan dengan ucapaan kata-kata aluan daripada Mr Christophe Cann yang merupakan Group Chief Executive Officer- Asia of Al-Futtaim Group.

Majlis turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Dayang Nurfaizah yang menyampaikan 3 buah lagu yang merdu.

Kelihatan kelibat ramai selebriti tempatan yang hadir. Antaranya seperti Nabila Razali, Elfira Loy dan ramai lagi. Begitu juga MUA yang cukup popular seperti Khir Khlid dan Boscoooooo. Memang meriah dengan kehadiran selebriti dan juga VIP yang masing-masing kelihatan teruja melibat pelbagai barangan jenama ada ditawarkan di sini.

Bersempena dengan pelancaran rasmi ini juga Robinsons juga menganjurkan kempen Mercy Malaysia's Palu Relief Fund dengan  membuat bayaran sebanyak RM100 dan berpeluang mendapatkan cabutan #CuratedCollection kotak misteri yang mengandungi pelbagai hadiah menarik yang bernilai diantara RM200-RM2000. Antara hadiah adalah koleksi daripada Les Merveilleuses Laduree, Alexander Wang, Ted Baker dan ramai lagi.

Dan bersempena dengan pelancaran rasmi ini juga, Robinsons Four Season Places telah menganjurkan kempen #curateyourwonderful yang berlangsung selama 4 hari.  Kempen ini bermula daripada 25hb Oktober sehingga 28hb Oktober 2018 dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan juga diskaun yang cukup hebat dalam setiap barangan jualan di sini.

Robinsons Kuala Lumpur Four Season Places mempunyai 3 tingkat. Dan jika dilihat kepada susun aturnya ianya bermula dari level B1 yang menempatkan restoran dan cafe. Untuk level G barangan gadget kecantikan, kosmetik, aksesori premium, kafe dan juga salon. Manakala untuk tingkat 1 khas untuk barangan wanita, tingkat 2 barangan lelaki dan tingkat 3 khas untuk barangan rumah serta gaya hidup.

Antara barangan yang terdapat di Robinsons Kuala Lumpur Four Season Places yang sempat saya abadikan di lensa.









Bestkan! Macam-macam ada :-)

Dengan pembelian sebanyak RM10 disini melayakkan saya untuk mendaftarkan sebagai ahli Robinsons. Banyak manfaat yang diperolehi dengan menjadi ahli tau! Selain daripada tawaran diskaun istimewa, suprises gift dan terdapat lagi pelbagai tawaran menarik.

Senyum gembira masing-masing sebab dapat beli baju berjenama dan paling cantik dengan diskaun yang cukup hebat :-)

Selesa membeli-belah di sini, selain dengan kawasan fitting room yang agak luas dan privasi. Terdapat juga ruang menunggu yang cukup selesa disediakan. Begitu juga dengan hiasan dekorasi dalaman Mall yang memang cantik dan menarik. 

Disediakan juga "Magic Mirror" (photobooth virtual) yang kita boleh rakamkan gambar kita disini sebagai kenangan ketika berkunjung di Robinsons Kuala Lumpur di Four Season Places.

Tadaaaaaaaa!

Berita baik kepada semua pengunjung Robinsons Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan voucher RM50 dengan memuat turun passport digital daripada laman web www.curateyourwonderful.com. Terdapat personal QR yang perlu di scan yang boleh kita dapati di tempat tertentu  di Robinsons Kuala Lumpur.

Saya bergambar di salah satu salon yang terdapat di sini. Cantik dan unik :-)

So korang jom terjah Robinsons Kuala Lumpur Four Season Places yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi-10 malam. Untuk keterangan mengenai mall dan aktiviti boleh layari www.robinsons.com.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933