Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

SYARIKAT TERKEMUKA MALAYSIA SYNERGY MARINE MEMBINA KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA

$
0
0
Malaysia bakal mencatatkan satu detik penting dalam industri maritim apabila Synergy Marine (M) Sdn Bhd, jenama terkemuka pengurusan kapal bersepadu telah mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat tempatan, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad (menerusi anak syarikatnya Shin Yang Shipyards Sdn Bhd) bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan Pembinaan Kapal Berkuasa LNG pertama di Malaysia, yang akan merevolusikan sektor maritim di negara ini.


Kapal berkenaan bukan sahaja kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia, ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Dan lebih membanggakan lagi Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru, lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan.

Synergy Marine akan menggunakan kapal berkenaan bagi memberikan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat Minyak dan Gas global yang bakal mendapat manfaat daripada kapal yang terkenal ini yang bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi Minyak dan Gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi Minyak dan Gas.

Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad berkata penggunaan sistem enjin gas asli cecair atau LNG dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan zarah terampai dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

“Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir,” kata Dato’ Roslan. MTCMS Design Sdn Bhd

“Selepas kemelesetan ekonomi yang panjang dan kemerosotan harga minyak sejak 2016, ketika ini kami dapat melihat kebanyakan syarikat Minyak dan Gas telah memulakan semula kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran di seluruh dunia. Ini adalah petanda bagus kerana ia menunjukkan bahawa industri maritim dan perkapalan telah berkembang semula. Sehubungan itu, kami telah mengambil langkah seterusnya di dalam perjalanan ini untuk menjadi penyedia Kapal Sokongan Luar Pesisir pilihan bagi menyokong kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran Minyak dan Gas dengan etika perniagaan yang tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan kami.”

Dengan adanya kapal baru berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter
persegi, dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel, kerjasama ini terbukti
menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping
Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalampembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta  kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.”

“Rekod prestasi yang cemerlang di dalam profil mereka itu digabungkan dengan sejarah kami yang
mantap di dalam sektor perkapalan maritim, perjanjian perintis ini membuka peluang yang besar ke
arah revolusi pembangunan kapal berkuasa LNG,” kata Dato’ Roslan.

Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut
kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di
dalam pasaran global.

Tidak sabar untuk saya melihat kapal berkuasa LNG pertama di Malaysia :-)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932