Hidup kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari sememangnya menjadi impian semua orang. Apatah lagi bebanan tugasan setiap hari memerlukan kita untuk sentiasa cergas dan bersedia menyelesaikan pelbagai tugasan dengan segera.
Bagi saya sendiri untuk mengekalkan gaya hidup sihat ianya perlulah dimulakan dengan pemakanan yang berkhasiat. Dan Yeo's Yeogurt adalah pilihan saya dan keluarga sebagai minuman kultur 'on-the-go' yang dipercayai mengandungi khasiat yang diperlukan badan setiap hari. Sepertimana yang kita ketahui Yeo's Yeogurt kaya dengan khasiat susu dan asid laktik. Sekaligus ianya sangat membantu dalam proses penghadaman terutama mengelakkan dari mengalami masalah sembelit.
Terdapat 6 varian Yeo's Yeogurt iaitu Mangga, Laici. Anggur, Epal Hijau, Oren dan Asli (tiada perisa). Ke semuanya varian ini sememangnya sedap dan sentiasa menjadi pilihan keluarga saya. Selain boleh dinikmati secara sejuk, Yeo's Yeogurt juga enak dinikmati pada suhu bilik. Menariknya ianya tetap segar dan rasanya masih kekal sama biarpun dibiarkan pada suhu bilik yang lama.
Sebagai ibu, saya akan memastikan setiap hari ahli keluarga saya mendapat khasiat sepenuhnya dalam setiap hidangan yang dinikmati. Jadi saya perlu menjadi lebih kreatif dalam penyediaan hidangan terutama yang menjadi kegemaran seisi keluarga.
Antara hidangan pencuci mulut yang sangat ringkas dan mudah penyediaannya ialah Puding Trifle Yeo's Yeogurt Laici.
Bahan yang diperlukan:-
Yeo's Yeogurt Laici 250ml (2 kotak)
Kek gulung (boleh guna apa sahaja perisa)
Kristal Jelly
Tepung kastard (1 cawan)
1 tin buahan koktel (asingkan buah dan air)
Gula pasir (1/2 cawan)
Air (2 cawan)
Kaedah:-
- Potong kek gulung lebih kurang dalam setebal 1cm.
- Susun kek bagi memenuhi keseluruhan ruang di dalam bekas (Say aguna bekas kaca untuk nampak lebih menarik).
- Tekan sehingga padat, masukkan/renjiskan sedikit dengan air dari buahan koktel yang telah diasingkan.
- Ketepikan seketika.
- Untuk bahagian lapisan kastard. Masukkan tepung kastard.
- Seterusnya campurkan dengan air minuman Yeo's Yeogurt Laici
- Seterusnya masukkan gula dan air.
- Kacau rata.
- Seterusnya panaskan di atas api dapur sederhana.
- Masak sehingga likat dan berkilat.
- Tuangkan kastard di atas kek gulung yang telah disusun dalam bekas.
- Taburkan buahan koktel di atas lapisan kastard.
- Letakkan sekejap didalam peti ais.
- Bancuh serbuk kristal jelly bersama 400ml air.
- Masak sehingga ianya menggelegak dengan api perlahan.
- Tuang jelly ke dalam bekas puding yang telah disejukkan.
- Siap boleh dimakan!
- Lebih enak jika dimasukkan dalam peti sejuk seketika. Ini kerana Puding Koktel Yeo's Yeogurt Laici ini enak dinikmati ketika berada didalam keadaan sejuk.
- Gambar puding dari tepi :-)
Nom nom nom...sekejap jer licin kalau dihidangkan untuk keluarga.
Untuk lebih jelas, boleh tonton video cara penyediaan Puding Trifle Yeo's Yeogurt Laici.
Memang seronok apabila boleh menikmati pencuci mulut ini sebagai hidangan minum petang atau di majlis keraian. Dengan rasa enak dan khasiat terbaik dari produk Yeo's Yeogurt yang digunakan sebagai salah satu ramuan menjadikan ianya sajian yang begitu istimewa.
#yeosyeogurt
#resepimudah
