Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2981

Antara 6 Usahawan Terbaik di MAHA 2018, Jom Dapatkan Produk Mereka!

$
0
0

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) bermula dari 22 November sehingga 2 Disember 2018 telahmenampilkan kelainan dengan mempamerkan inovasi terkini dalam industri pertanian.

Untuk MAHA 2018 ianya terbahagi kepada enam kluster pameran iaitu agro kulinari, agro pelancongan, agro belia, agro teknologi, produk asas tani dan jualan serta agro makanan. Terdapat tujuh laman disediakan iaitu Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur, Laman Florikultur dan Laman Mekanisasi, Automasi dan teknologi. Turut disediakan 13 pavilion negeri yang telah menampilkan reka bentuk unikmenampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan mereka tersendiri untuk dinikmati pengunjung.

Rentetan daripada kejayaan MAHA 2016 sebelum ini, pihak pelaksana telah menampilkan tarikan terbaru di MAHA 2018, antaranya seperti Kulinari, Sumber Rezeki Baharu, Teknologi Terkini, Jualan Industri Asas Tani Berkonsep Hypermarket, Miracle Garden, Kampung Digital Mok Cun dan Festival Kanak-kanak Terbesar LolaBaba.

Yerppp korang semua!  Adalah wajib jika ke MAHA 2018  untuk singgah di Agro Trade 2 - Agrobazaar Online Platform. Terdapat banyak aktiviti menarik dan hebat yang boleh korang sertai. Paling best ada macam-macam tawaran terbaik dari pengusaha tempatan yang berdaftar di bawah platform  https://www.agrobazaar.com.my/web/ tau!

Rambang mata ketika membeli di sini. Ini kerana terdapat begitu banyak produk tempatan yang ditawarkan dan juga ada yang diberikan diskaun sehingga 50%. Paling best! Jika korang berbelanja RM50 ke atas berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Banyak hadiah lumayan yang ditawarkan seperti televisyen serta pelbagai barangan elektrik yang lain.

Dan kalau dah datang jangan lupa untuk berselfie, mana tahu boleh dapat barang free, hihihi.

Oh ya! Berbicara mengenai produk tempatan @ lokal. Suka saya nak memperkenalkan serta mewar-warkan 6 usahawan tempatan dengan produk mereka yang ada dijual di Agrobazaar Online dan sebenarnya korang boleh juga datang terus ke booth mereka di MAHA 2018, Maeps Serdang Selangor.

Antara 6 pengusaha tempatan di bawah Agrobazaar Online adalah seperti:-

1) Maduplus Mart

Orang kata kehebatan khasiat madu memberi 1001 penawar kepada banyak penyakit, Bagi saya sendiri madu itu sudah cukup enak dijadikan sebagai gula tambahan dalam masakan atau minuman. Bahkan saya suka menikmatinya begitu sahaja.

Dan kalau korang ke MAHA 2018 jangan lupa untuk singgah booth 147, Agrotrade 1. Boleh dapatkan produk dari Maduplus Mart yang ada menawarkan madu asli kelulut. Ada produk sample yang korang boleh cuba dan bandingkan sendiri.

Saya juga tertarik dengan Titi Lala yang dihasilkan daripada herba Habatussauda dan juga bersama campuran madu kelulut. Kalau ada orang masalah kulit bolehlah mencubanya. Dan sebenarnya ianya sesuai untuk semua orang tidak kira usia.

Istimewa di MAHA 2018, harga produk dari Maduplus Mart memang berbaloi dan diberikan lebih banyak diskaun jika anda datang ke booth mereka ya!


2) Gold'Eaf Coffee  

Jangan lupa untuk singgah di booth A118 di Hall A, untuk melihat dan merasai sendiri kopi pra-campuran herba dari jenama Gold'Eaf Coffee .

Gold'Eaf Coffee dihasilkan daripada kombinasi dari beberapa jenis herba tempatan terbaik yang terdapat di hutan negara kita Malaysia. Dengan 1001 khasiat mampu memberi kesihatan yang baik sekaligus dapat mengekalkan kecantikan secara dalaman. Dan dengan menikmati Gold'Eaf Coffee secara konsisten, kita akan dapat lihat perubahan ketara terutama dari segi kesihatan.


Antara ramuan didalam Gold'Eaf Coffee adalah seperti non-dairy krimer, gula kabung, mengkudu, halia padi, halia bara, mahkota dewa, misai kucing, tongkat ali, ubi jaga, arabica cofee dan koko. Perghh! Memang padu ramuannya.

Untuk pengetahuan semua Gold'Eaf Coffee adalah minuman yang sesuai untuk semua peringkat umur kerana ia dihasilkan daripada herba asli tanpa mengandungi bahan kimia dan asid. Walau bagaimanapun, menikmatinya tidak boleh melebihi 5 sachets sehari.  :-)

3) Sakura Pelangi Empire 

Bagi peminat sambal pedas dan meletop-letop bolehlah singgah di booth 84 di AGROTRADE 1. Apa yang menarik jenama lokal Sakura Pelangi ini sudah berada lama di pasaran tempatan dan juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Pembungkusannya cukup kemas dan praktikal dari segi penyimpanan untuk masa yang lama. Ianya juga bukan sahaja untuk dijadikan stok makanan di rumah sendiri. Bahkan kalau dibeli buat cenderahati juga sangat sesuai dan pasti menambat hati si penerima.

Dihasilkan dari rencah tradisi yang unik dan tersendiri ternyata 7 jenis sambal dari Sakura Pelangi ini pasti menambat hati pembeli. Bak kata orang cuba sekali, pasti repeat berkali-kali!

Jom dapatkan produk keluaran Sakura Pelangi Empire ini di MAHA 2018. Ada 7 pilihan sambal iaitu sambal ikan bilis, sambal hitam pahang, sambal tempoyak. sambal tumis udang, sambal tumis penyet, sambal bilis cili api dan sambal hijau padang.

4) Sambal Aireen 

Sambal Aireen yang diusahakan oleh Evergreen Resources & Management, kita boleh dapatkan di  booth 152 Agrotrade 1. Sambal  Aireen ini boleh dimakan terus samada bersama dengan nasi, roti dan sebagainya (ikut kesukaan).

Agak unik sedikit ramuan yang digunakan, bagi saya ianya sambal fusion yang mempunyai daya tarikan rasa tempatan yang pastinya akan mendapat sambutan dari peminat sambal pedas. Antara Sambal Aireen yang boleh dicuba adalah seperti Sambal Udang Kedondong, Sambal Nenas Ikan Masin, Sambal Bilis Lobak dan Sambal Hijau Kantan.

Merah mak ngah sangat ni...sambal Aireen!!!

Passttt, ada bertuah hokeh. Mana tahu beli beria-ia Sambal Aireen kat MAHA 2018, boleh menang voucher percutian dan penginapan. Jom borong Sambal Aireen!

5). QMERA 

Orang kalau nak sejukkan badan antara amalan yang boleh diamalkan ialah minum air limau nipis yang 'fresh'. Jadi saya sangat syorkan QMERA air minuman limau nipis. Antara kebaikan yang saya boleh kongsikan tentang produk QMERA ini ialah  kandungan 'sitrik' dalam limau nipis ini sebenarnya mampu membantu untuk memberi keseimbangan PH dalam tubuh badan kita. Dan begitu juga dengan kandungannya yang kaya dengan Vitamin C boleh membantu diri kita daripada mudah terkena jangkitan selsema ataupun demam.

Bagi mereka yang sentiasa menghadapi masalah sembelit bolehlah mengamalkan minuman QMERA. Ini kerana limau nipis juga sebenarnya mempunyai sebatian yang boleh membantu merangsang rembesan pencernaan dalam perut.

 Dijual 6 botol untuk satu pek dan boleh didapati di Agro Trade 1 - Booth No. 23, Hall A - Booth Space Deal, Rumah Negeri Perak dan juga di Agro Trade 2 - Agrobazaar Online Platform


6). Perencah INNNI 

Perencah Inni telah berada di pasaran sejak tahun 1986 lagi. Ianya dikatakan ramuan rencah hasil turun menurun dari dapur istana dan kini boleh dirasai seluruh masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Lebih menarik perencah ini dikatakan dapat menaikkan selera dengan memantapkan lagi rasa daripada resepi tradisional timur ke resepi makanan barat. Selain itu juga ianya boleh dijadikan sebagai perapan untuk pelbagai jenis daging dan makanan laut. Bagi saya sendiri segala bahan yang digunakan memang 100% halal dan menyakinkan saya inilah yang terbaik untuk ramuan hidangan buat keluarga.

Korang boleh dapatkan di MAHA 2018 di Booth 162 Agrotrade 1. Harga sangat berpatutan ditawarkan tau!!!


 Jom ramai-ramai kita ke MAHA 2018.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Agrobazaar Online boleh layari :-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2981

Latest Images