Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Haruman Syahirah Vitalis Mystique Yang Mempersona | Ditawarkan Untuk Masa Yang Terhad

Vitalis Mystique Eau De Cologne' wangian terbaru dari Syahirah yang mampu melonjakkan rasa cinta dan menggamit ingatan yang indah. Wangian yang cukup sempurna aromanya menjadikan saya juga teruja bila pertama kali mencubanya.

Berkesempatan menghadiri ke majlis pelancaran haruman Syahirah Vitalis Mystique di Damansara Petaling Jaya tidak saya lepaskan. Untuk melihat sendiri wangian esklusif yang mampu memberi inspirasi dari kehangatan ibu kota Honolulu Hawai Amerika Syarikat.

Secara imaginasinya jika kita berada di Honolulu, kita adalah bebas dan boleh menjadi diri sendiri. Seperti bebaskan diri untuk menikmati aktiviti yang menarik di Pulau Oahu, Pantai Waikiki mahupun Taman Botani Lyon Arboretum. Begitu juga jika kita berjiwa seni maka Honolulu Museum of Art boleh dituju. Bahkan keindahan 'Diamond Head' spot kawah volkonik antara yang harus kita pergi dan lihatnya sendiri. Nah! Semua elemen ini diterjemahkan didalam balang kaca Vitalis Mystique dari Syahirah.

Turut hadir ke pelancaran haruman Syahirah Vitalis Mystique adalah duta mereka yang baru dilantik iaitu Fiza Thomas dan Jasper Supayah. Untuk pengetahuan semua pemilihan kedua selebriti ini adalah ciri dalam diri mereka yang begitu aktif, berkeyakinan dan ceria. Menurut Fiza Thomas sebagai pemain teater muzikal beliau perlu sentiasa ada aura positif. Dengan Syahirah Vitalis Mystique mampu memberikan beliau ketenangan dan lebih berketerampilan.

Begitu juga dengan Jasper Supayah salah seorang pelakon yang menjayakan filem Polis Evo 2. Menurut Jasper, beliau begitu cerewet dalam pemilihan wangian. Adakalanya mengambil berjam masa lamanya untuk memilih. Namun haruman Syahirah Vitalis Mystique benar-benar menarik hati beliau ini kerana harumannya begitu lembut dan tahan agak lama. Haruman Vitalis Mystique ini juga bagus untuk mengekalkan pesona diri tidak kira masa dan di mana jua.

Saya sendiri begitu kagum dengan penampilan botol serta haruman di bawah label jenama Syahirah ini. Semuanya wangi dan benar-benar memikat hati.

Untuk pengetahuan semua terdapat tiga komposisi nota utama iaitu kemanisan buah rasberi, keharuman bunga peony serta kehangatan aroma musky yang mampu menyuntik tenaga yang berbeza sebaik sahaja semburan pertama ke atas diri kita.

Mystique EDC adalah produk terbaru dari rangkaian Syahirah Vitalis yang mana sebelum ini sudah ada di pasaran enam haruman yang berbeza aroma yang boleh dipilih mengikut kesesuaian keperibadian kita sebagai seorang wanita.

Antara haruman rangkaian Syahirah Vitalis adalah seperti Houte Couture, Femme Chic, Celebrite, Magnifique, Empress dan Dazzling!

Saya juga sempat mempelajari tentang jenis bauan wangian dan juga berpeluang membuat haruman sendiri. Bengkel ringkas ini dikendalikan oleh pakar wangian daripada Givaudan. Seronok dan menarik!

Tadaaa!! Wangian Love by Ayuarjuna :-) Saya memilih bahagian bawah (bottom) wangian sandal wood, digabungkan dibahagian tengah campuran wangian strawberi dan vanilla. Serta percikan aroma di bahagian atas (to) adalah bauan bunga daisi! Sangat wangi dan manis baunya. Memang kena dengan personaliti saya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Rezeki menang hadiah sempena dengan peraduan di instagram, rezeki alhamdulillah.

Jangan lupa untuk dapatkan haruman Syahirah Vitalis Mystique EDC Edisi terhad yang bermula dari November sehingga Disember 2018 bersempena dengan sambutan Tahun Baru yang bakal menjelma tidak lama lagi. Boleh dapatkannya di pasaraya dan rangkaian farmasi terkemuka pada harga RM19.90 sahaja.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935