Karnival Yer End Zakat anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah berlangsung dengan meriahnya di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Untuk pengetahuan semua karnival ini berlangsung selama dua hari iaitu 1 Disember dan 2 Disember 2018, yang bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.
Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran kewajipan berzakat terutamanya zakat harta. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti keagamaan dan santai bagi mengajak lebih ramai umat islam untuk bersama-sama menyertai serta menghayati terutama program ceramah dan sebagainya.
Nak dapat kain selimut secara percuma, ikuti caranya di atas ya!
*Penebusan selagi stok masih ada tau!
Jom ramai-ramai kita mengimarahkan lagi program yang diadakan di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Bawa keluarga dan war-warkan kepada rakan-rakan untuk singgah di Karnival Yer End Zakat yerrppp..
Bayar zakat, Hidup lebih berkat!
