Salam Jumaat hari penuh barakoh,
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebagai orang Islam adalah berkewajipan memberi nasihat yang baik lagi berfaedah kepada saudaranya sesama Islam daripada masa ke semasa, lebih-lebih lagi dalam perkara yang ada kaitan dengan Islam. Adalah kita perlu saling mengingatkan tentang amal kebajikan dan kewajipan akan dilimpahi rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat. Antaranya mendirikan solat, berZAKAT dan berbuat baik sesama manusia. Islam juga sangat menggalakkan setiap umatnya agar berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat dan negara.
Keterangan lanjut boleh layari portal PPZ - MAIWP iaitu www.zakat.com.my ataut hubungi talian zakat 1300-88-5757
![]()
Dan lebih menarik, PPZ- Maiwp telah melancarkan Kempen Tabung Didik Zakat. Yang mana suka saya kongsikan input dari PU Azman (video di atas) yang mana ada memberi penekanan tentang kesedaran 3 perkara melalui kempen ini kepada anak-anak kita.
1. Satu pendidikan kepada anak-anak tentang kesedaran melaksanakan salah satu daripada 5 Rukun Islam iaitu membayar zakat.
2. Memupuk kesedaran tentang keprihatinan membantu kepada 8 golongan orang asnaf seperti:-
- Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
- Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
- Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
- Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
- Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
- Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
- Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
- Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
3. Memberi motivasi kanak-kanak yang sedang belajar mengumpul kekayaan yang mana ada sebahagian kekayaan itu perlu dikeluarkan.
Jadi bagaimana caranya untuk dapatkan Tabung Didik Zakat Ini?
Jadi bagaimana caranya untuk dapatkan Tabung Didik Zakat Ini?
- Pertamanya korang kena buka akaun zakat dengan serendah RM10
- Ibu Bapa/penjaga boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP
- DanTabung Didik Zakat akan diberikan secara PERCUMA.
Keterangan lanjut boleh layari portal PPZ - MAIWP iaitu www.zakat.com.my ataut hubungi talian zakat 1300-88-5757
Jom ddik anak-anak kita untuk belajar dan faham mengenai zakat dari kecil.
'semai zakat , tuai berkat'
