Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Percutian 3 Hari 2 malam di Grand Lexis Port Dicksons

$
0
0
Tahun 2018 banyak meninggalkan kenangan manis dan juga pahit buat saya dan keluarga. Pahit sangat tu takdelah. Cuma di awal tahun saya terpaksa melepaskan kareer yang saya sayang untuk fokus pada keluaarga. Kehidupan Akid yang naik turun dekat asrama. Yana PT3 dan Anaqi SPM. Untuk tahun 2018 ini juga kereta kesayangan banyak buat hal yang mengejutkan. Akhirnya, gear box rosak dan masih tersadai di bengkel.


Hmmmmmm

Tapi sejenis saya adalah manusia yang malas memikirkan masalah dan bersikap negatif dengan ujian hidup. Harus move on, so saya memilih untuk merehatkan minda dengan pergi bercuti. Mujur ada voucher penginapan yang boleh digunakan. Jadinya percutian kali ini untuk tidur dan sarapan pagi bersama keluarga selama 3 hari 2 malam memang ditaja, alhamdulillah :-)

Dan saya memilih untuk bercuti bersama famili di Grand Lexis Port Dicksons. Ini merupakan pertama kali saya menginap di sini. Walaupun begitu tidak dinafikan saya sudah beberapa kali ke Port Dicksons cuma mengianp di hotel yang berlainan.

First impression bila sampai sini. WOW. Memang kagum dengan kecantikan dan persekitarannya yang  bersih. Apatah lagi fasiliti dan jenis bilik yang ditempah memang memenuhi citrasa anak-anak. Muka bahagia jer memasingkan bila dapat tidur hotel idamankan, hakhak.

Bilik kitaorang. Takdelah jauh sangat ke dalam. Dekat juga dengan lobi utama utama dan tempat parking kereta.

Muat tau kitaorang tido satu famili kat sini. hahahahah. Tido melintanglaaaaa. Air cond dia sejuk terok. Dedet la, pembawaan orang kutub sangat.

Bahagian mini kitchen. Port kegemaran saya terutama ketika nak feelingfeeling 'me time', makan biskut cicah kopi pun dah terasa besarnya nikmat. Datang sini memang sudah siap bawa maggi, roti dan keropok. Makanan ringgan yang boleh alas perut kalau lapar. Kaedahnya.

Depan bilik air ada disediakan sinki so kalau nak keluar secara ekspress setakat gosok gigi jer dulu memang tidak nafikan kitaorang memang gigih beratur depan sinki tunggu turn.

Ada sebuah bilik tandas dnn juga sebuah bilik mandi. Okla. Sederhana sahaja saiznya tapi sudah cukup memadai. Gambar bilik mandi lupa lak nak snap errkk tak penting, heheh.

Paling mengujakan ada 'indoor pool'. Yang mana kalau bercuti ke mana sahaja, kolam mandi memang menjadi tarikan utama. Tapi bila dah ada kolam dalam bilik memang syurga dunia betulla buat anak-anak.

 Perkara pertama yang dibuat lepas check-in adalah mandi kolam. Begitu juga perkara terakhir sebelum 'check-out' iaitu mandi kolam juga. Nampak tak betapa terujanya mereka dengan air dan kolam, hahahah.

Itu belum diambil kira waktu mandi yang boleh pada bila- bila masa sahaja. Malam haripun mereka duk melenjan mandi. Tapi saya memang dah kasi 'warning'. Mandi boleh tapi tak boleh lama.

 Di antara ruang katil dan TV,  ada cermin di permukaan kaki yang boleh kita lihat pemandangan laut di bawah. Merasalah tengok keadaan air berombak, waktu air pasang dan surut...

Banyak juga fasiliti yang disediakan di sini. Ada yang memang FOC dan ada yang perlu dibayar (ada caj). Antara yang menarik perhatian saya seperti sewa basikal. Untuk 1 jam adalah RM10. Menunggang kuda untuk kanak-kanak, memanah, pusat permainan indoor, bilik sauna, spa, pusat karaoke dan banyak lagi.

Di bilik permainan tingkat 2 bangunan utama. Kebanyakan games kalau nak main kena bayar untuk dapatkan token.

Penat gelak beria masa kitaorang anak-beranak main pingpong. Sebab gaya main memang belasah jer, ala-ala main badminton kesudahannya.

 Memanah. Antara aktivtii feveret anak-anak. Kalau tak silap 24 anak panah untuk harga RM18.

Biarpun ada kolam mandi di dalam bilik tetap juga bermain di kolam di luar yang disediakan oleh pihak hotel. Apa yang menarik untuk kolam di sini, ada kola khas untuk kanak-kanak. Siap ada gelongsor air juga. Berdekatan dengan kolam mandi si sini ada bilik sauna. Boleh guna secara percuma tapi kenalah daftar terlebih dahulu.

Apa yang lebih seronok, sepanjang ke bilik kita akan dapat lihat laut yang cantik. Paling best dapat mendengar hembusan angin laut. Memang menyegarkan minda, boleh hilang kekusutan fikiran. Serius.

Sarapan untuk 2 hari pun best dan sedap. Banyak pilihan. Dan pastinya saya dan famili memang puas hati beruti di sini. Siap berangan nak repeat lagi di tahun 2019. Doakan ya!

Sampai jumpa lagi Grand Levis Port Dicksons!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935