Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Bengkel Bento Box Bersama Milo 2019

$
0
0
Tidak dinafikan anak-anak memerlukan tenaga yang secukupnya bagi memastikan mereka kekal aktif dan bertenaga setiap hari di sekolah. Untuk belajar dan bermain pada tempoh yang agak panjang memerlukan mereka sentiasa bertenaga bagi terus kekal fokus.

Namun tidak dinafikan faktor seperti lambat bangun ke  sekolah, tidur agak lewat malam sebelumnya dan kehidupan yang kadang-kalanya kelam kabut di waktu pagi hari  menyebabkan anak-anak kita tidak sempat bersarapan sebelum ke sekolah.

Sebagai alternatifnya, anak-anak juga perlu diberi bekalan makanan ke sekolah. Selain daripada dapat memastikan anak-anak kita mendapat pemakanan yang lengkap dan berkhasiat. Kita juga dapat menyediakan makanan yang mereka gemari. Namun demikian, tidak dinafikan tidak semua anak-anak berminat membawa bekal ke sekolah. Jadi sebagai ibu, kita perlu berbuat sesuatu dalam usaha mereka mahu membawa dan menikmati makanan yang dibekalkan.

Antaranya sebagai ibu kita boleh menyediakan Bento Box mengikut kreativiti sendiri. Dan saya telah  menyertai Bengkel Bento Box bersama MILO untuk mendapat lagi informasi pemakanan berkhasiat serta mempelajari 'food arts' dalam menyediakan Bento Box.

Bengkel ini turut dihadiri dengan jemputan yang terdiri dari ibu-ibu yang merupakan personaliti TV, selebriti sukan, ahli Kelab Bento. media cetak dan juga pengamal media sosial. Masing-masing hadir bersama anak yang mana akan meneyertai juga Cabaran Membuat Bento Box paling kreatif.

Menurut Angeline Lim, Senior Brand Manager of Nestle Malaysia, anak-anak yang bersekolah memerlukan tenaga sebanyak 1500 kalori setiap hari. Jadi sebagai ibu kita perlu mengambil berat tentang keperluan makanan yang sihat bagi memastikan mereka mendapat bekalan tenaga yang secukupnya.

Menurut kajian yang telah dijalankan anak-anak yang tidak bersarapan sering keletihan sepanjang waktu pembelajaran, tidak fokus ketika belajar, tidak aktif ketika bersukan dan sering mendapat gred yang tidak memuaskan. 

Saya juga banyak mempelajari tentang penyediaan pemakanan lengkap dan sihat daripada Georgen Thye (Dietitian and founder of Georgen Cooking) .

Untuk pengetahuan semua satu hidangan pemakanan lengkap perlu ada 1/2 sayuran dan buahan , 1/4 protein dan 1/4 karbo + bijirin. Boleh rujuk pada gambar diatas.

Lebih kurang 1/4 adalah saiz satu genggam tangan. Ini adalah mengikut nisbah keperluan yang perlu oleh badan setiap hari.

Selain itu adalah digalakkan perlu ada sekurang-kurangnyanya 5 warna makanan dalam setiap hidangan. Ini adalah cara terbaik untuk menarik minat anak-anak menikmati makanan berkhasiat setiap hari. . Terutama warna sayuran dan buahan! Dan sebenarnya untuk satu hidangan buahan sangat membantu meningkatkan imunisasi badan dan membantu sistem penghadaman.

Mr Georgen juga telah membuat demonstrasi 2 jenis hidangan lengkap. Dan paling best, saya juga dapat belajar teknik “food art” dari ibu kreatif Samantha Lee. Di mana kita boleh berekspresi seni dalam menghasilkan hidangan yang kreatif dan menarik hati terutama kepada kanak-kanak.

Gambar dari FB Milo Malaysia

Pelbagai hasil kreatif Bento Box yang menarik berjaya dihasilkan oleh semua peserta. Memang agak sukar untuk anak-anak (peserta) dan juri sendiri membuat pemilihan. Semuanya sangat cantik! 

Saya sendiri tidak menduga dapat menghasilkan Bento Box, heheh. Apa yang menarik selain daripada kita dapat menyediakan hidangan terbaik untuk anak. Melalui bengkel membuat Bento Box ini juga membolehkan saya lebih banyak berkomunikasi dan memahami tentang selera anak. "Bonding time" yang sangat berharga untuk ibu dan anak pastinya.

Inilah Bento Box hasil kerja bersama saya dan Amani. Pada mulanya memang saya tidak ada idea untuk menghasilkan rekaan seni Bento Box ini. Tapi soalan pertama yang saya tanya pada anak, "Amani suka karektor apa?" Amani dengan pantas menjawab "Princess!!"

Tadaaa!!!! Dengan roti bijirin bersama tuna. Dan juga telur serta buah-buahan kegemaran Amani iaitu beri dan strawberi. Paling penting ada minuman MILO untuk tenaga agar lebih fokus di sekolah.

Siapa sangka Bento Box yang dihasilkan ini berjaya mendapat hadiah saguhati. Yeay!!! Dapat hadiah 'gift card' bernilai RM100 serta beg sekolah MILO yang sangat cantik. Pastinya Amani paling gembira, satu pencapaian dan kepuasan baginya yang bersungguh-sungguh membantu saya menyediakan Bento Box ini.

Gambar dari FB Milo Malaysia

Tahniah juga kepada semua peserta Bento Box bersama MILO 2019. Moga kita jumpa lagi untuk bengkel seperti ini pada tahun depan :-)

Keterangan lanjut mengenai MILO dan aktiviti terkini boleh layari www.milo.com.my dan www.facebook.com/milomalaysia :-)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935