Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2974

Memang Best Permainan Dari Happy Go KL

$
0
0
Waktu bersama anak adalah waktu sangat berharga. Melihat mereka membesar depan mata adalah momen yang sangat bermakna. Jadi apabila berpeluang menghabiskan masa bersama mereka pastinya saya akan mencari dan memperkenalkan aktiviti yang dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan (family-bonding, gituhhh).

Dan saya telah memilih permainan dari Happy Go KL. Apa yang best permainan yang diperkenalkan memang boleh dimain bersama satu famili. Kualiti dan rekabentuk memang terbaik menjadikan permainan ini bertambah menarik. Terdapat dua permainan dari Happy Go KL iaitu Lizards and Ladders dan Games on the go.

Permainan Lizards and Ladders ini boleh dimain sehingga 5 orang. Konsepnya seperti dam ular tapi ianya memperkenalkan mekanisme sedikit berlainan apabila terdapat bonus iaitu kad durian. Saya sangat suka jenis karektor haiwan yang digunakan iaitu tenggiling, burung enggang, harimau, cicak dan pelbagai lagi. Yang mana ke semua haiwan yang diperkenalkan adalah haiwan yang memang cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia.


Memang seronok bila dapat bermain sama. Apatah lagi permainan ini sangat mudah difahami cara permainannya. Bayangkan Ameer yang berusia 5 tahun pun mahir bermain permainan ini bersama adik beradiknya yang lain.

 Seterusnya permainan Games on the go Apa yang best tenatnag permainan ini sebenarnya ianya menguji daya pemikiran kita. Di mana kita perlu ada strategi dan teknik untuk memenangi permainan. Namun kadang-kala ianya bergantung kepada nasib juga, hehehe.


Saiznya agak kompak, jadi memang mudah untuk kita bawa ke mana sahaja. Secara tak langsung permainan ini boleh dimain bersama ahli keluarga di mana sahaja kita berada. Tambahan pula kad ini memang cantik dengan lukisan karektor haiwan yang cukup popular di Malaysia. Menarik bukan?

Korang boleh dapatkan permainan ini di https://happygokl.com/games/ tau!

Untuk keterangan lebih lanjut tentang Happy Go KL dan aktivitinya, bolehlah layari:-
info@happygokl.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2974

Latest Images

Trending Articles