Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Floral, Fun & Bunch Bersama Illy Ariffin dan Tanamera

$
0
0

Saya rasa macam lama giler tak lepak dan jumpa dengan awan-kawan blogger. Rindu juga tapi sebab kekangan masa, selalu tak sempat jpin mana-mana acara 'gathering'. Tapi bila rakan blogger paling sweet yang pernah Ayu kenal ni iaitu Illy Ariffin anjurkan acara Floral, Fun & Bunch bersama beliau dan Tanamera memang terus excited nak join. Sebabnya kebetulan tarikh dan waktu acara itu diadakan memang saya free dan rasanya rugi kalau lepaskan peluang ini untuk berkumpul dan bertemu dengan blogger lain. Dan sebenarnya ini adalah penganjuran kali ketiga aktiviti #Bloomingwithilly. Untuk yang pertama dan kedua tu memang saya tak berkesempatan untuk sertai sekali. So, nampak tak keterujaan diri tu macam mana, heheheh.

Temanya adalah floral. Sebenarnya saya ada banyak giler baju bunga-bunga tapi hari kejadian macam tak logik baju bunga-bunga saya semuanya tak jumpa, hahahahahhaa. Sebab pagi-pagi dah keluar rumah nak kena setelkan perkara berkaitan sekolah anak. So, sebelum pergi ke acara pukul 11 pagi tu terus pinjam baju mak, hiks. Sebab tu pakai baju ala-alam 'makcik' sangat tak cheerful langsung. Tapi jenis saya kan 'ehh-belasah' jer janji ada bunga kat baju, hahahahaha. Adoihai.

 Dah namanya gathering memang ada acara makan-makan. So, untuk acara kali ini aktiviti akan-makan di Two Sons Bistro Starling Mall. Tq Tq to Tanamera (especially Elaine dan Catherine Tanamera yang sangat friendly, memang best giler dapat kenal mereka berdua secara personal) belanja kitaorang makan sedap-sedap. Sebenarnya ada pelbagai hidangan yang ita nikmati di hari kejadian. Memang tak sempat nak ambil gambar sebabnya kitaorang sibuk betul berborak. Macam-macam kitaorang kongsi cerita dari personal, keluarga sehinggalah kepada produk natural Tanamera yang obviously semua blogger yang datang memang pengguna produk Tanamera.

Oh ya! Ini hidangan yang saya nikmati iaitu Salmon Steak. Sedap dan berkhasiat, seiring gitohh!!

Saya tak tahu apa nama hidangan ini. Ini yang dinikmati oleh Elana Kong. Nampak macam makanan diet, hahahahahahaha. Dan rupa hidangan memang tempting kan...

Yang bestnya bila dapat gather blogger-blogger ni, kita banyak berkongsi perkara yang dapat manfaat diri. Kadang-kadang bila dengar pengalaman dari seseorang mampu juga meningkatkan motivasi diri. Ini yang best, bila dapat berkumpul dan berbual mesra bersama rakan blogger yang mempunyai latarbelakang yang lebih kiurang atau berbeza. Banyak yang saya belajar tentang perbezaan kepuasan,obses dan keinginan seseorang itu dalam sesuatu perkara. Hmmm...banyak sebenarnya kalau nak diceritakan tapi itulah yang saya dapat simpulkan.

Part paling best, lepas makan dan borak-borak kami terus ke outlet Tanamera Starling Mall (berhadapan dengan Two Sons Bistro). Masuk sahaja ke dalam outlet Tanamera memang bau wangi herba yang sangat menenangkan jiwa. Serius!!! Ni realitinya. 

Sempat juga melihat 10 barangan terbaik yang sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Untuk pengetahuan semua produk Tanamera adalah dihasilkan ramuan semulajadi (natural). Sebab itu kebanyakan produknya memang telah diuji mampu menjadi remedi dan juga sesuai untuk mereka yang amalkan gaya hidup didalam persekitaran yang sihat.

Produk set selepas bersalin Tanamera memang menjadi feveret saya. Rasanya saya telah guna set ini dari zaman anak nombor 4 lagi. Apa yang menarik tentang set selepas bersalin Tanamera ini ianya didatangkan juga dengan bengkong, minyak dan pelbagai lagi.

Inilah bengkongnya, nampak kemaskan ikatannya. Rasanya ramai ibu-ibu diluar sana cukup selesa menggunakan bengkong Tanamera seepas bersalin.

Sekarang set lepas bersalin ini ada promosi tau. Siap diberikan produk khas untuk kanak-kanak secara PERCUMA. Memang berbaloi sangat :-)

Terdapat juga pure essential oil. Bagus untuk terapi ni. Ada pelbagai pilihan aroma yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keinginan.

Hibiscus Body Scrub Tamanera ni feveret Illy. Katanya kalau lepas guna, satu bilik air akan bau wangi giler. Hahaha. Ni yang saya juga excited nak mencubanya.

Lihat pada kualiti dan bentuk sabun memang boleh digunakan untuk satu tempoh yang lama. Jimatkan :p

Ada juga ya sabun mandi dalam bentuk serbuk....Wah! Pertama kali saya melihatnya, hehe.

Produk VCO Tanamera ni memang feveret saya sejak dulu lagi. Saya memang amalkan penggunaannya sejak sebelum dan selepas besalin. Dan sebenarnya penggunaan produk ini bukan hanya ketika mengandung sahaja. Ini kerana VCO ini memang kaya khasiat yang tidak saya nafikan terlalu banyak kebaikannya yang mampu memberi 1001 manfaat. Saya sendiri suka guna minyak ini untuk urutan lembut di anak-anak saya. Terutama di bahagian tumit kaki yang kasar, kalau kita secara konsisten sapu VCO Tanamera memang akan menjadikan tapak kulit kaki lebih lembap dan lembut.

Saya suka dengan aroma dari produk Tanamera Kidz. Baunya cukup tenang dan sesuai untuk kanak-kanak. Bau seakan minyak telon tetapi tidak terlalu kuat. Itu yang best sebenarnya. Paling penting ramuan yang digunakan selamat dan berkesan. Kalau anak korang ada enzema sangat disyorkan untuk mencuba produk ini tau.

Banyak lagi sebenarnya produk Tanamera. Tapi saya 'highlight' yang mana mencuri perhatian saya ketika berkunjung ke outlet Tanamera. Korang boleh lihat sendiri produk best mereka samada di outlet Tanamera mahupun daripada laman sesawang www.tanamera.com.my

Tanamera juga ada menawarkan khidmat spa dan urutan ya. Kita boleh pilih jenis urutan yang diinginkan mengikut pakej yang ada ditawarkan. Harga pun cukup menarik dan berbaloi. Boleh 'walk-in' di outlet-outlet Tanamera tapi sangat digalakkan pelanggan untuk membuat temujanji awal terlebih dahulu. Ini mengelakkan tiada kekosongan tempat ketika hadir untuk mengurut. Saya sendiri hendak mecuba urutan di sini satu hari nanti.

Terima kasih Illy Ariffin dan Tanamera (terutama Catherine dan Elaine) atas jemputan. Seronok dapat berkumpul dan bertukar-tukar fikiran dalam majlis santai seperti ini. Bagi saya sendiri  ini adalah 'me time' yang saya perlukan dalam melarikan diri buat seketika pada rutin setiap hari iaitu tuntutan masa saya pada keluarga dan masyarakat. Moga dapat bertemu lagi di acara-acara lain bersama Illy dan blogger-blogger yang lain. Dan pastinya produk Tanamera tetap menjadi salah satu kegemaran saya dari dulu sehingga bila-bila!

Pssst: TQ for the goodies bag yang ada produk Tanamera, nanti saya guna dan kongsikan di sosial media. Cikedaut gais nanti yerppp.

Muah Muah.

xoxo,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932