Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-Kanak Yang Sedang Membesar

$
0
0
Walaupun saya bukanlah dari golongan atlet tapi saya sangat pentingkan aktiviti sukan dalam kehidupan kanak-kanak. Bagi saya bersukan bukan sahaja boleh menjadikan hidup kita lebih aktif, bahkan pada masa yang sama memberi banyak kebaikan kepada dalam diri.



Anak saya Yana antara yang memang suka bersukan. Mewakili peringkat MSSD untuk perlawanan Bola Jaring :-)


Walaubagaimanapun tidak dinafikan tidak semua anak-anak cenderung untuk bersukan. Ada sesetengah kanak-kanak lebih suka aktiviti yang lebih kepada suasana sunyi sepi atau bersendirian. Golongan anak jenis serius dan pendiam lebih ke arah seperti ini.


Walaupun bermain kayak agak mendebarkan. Tetapi suami saya memang suka melakukan aktiviti sukan kayak bersama anak-anak.

Terdapat juga sebilangan ibubapa yang memang tidak menggalakkan anak mereka untuk bersukan atau beraktiviti di luar. Ini mungkin mereka berasa bimbang tentang keselamatan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka terutama dari segi aspek keselamatan.

Sebenarnya dengan bersukan memberi banyak kebaikan dalam diri kanak-kanak. Antaranya kebaikannya seperti:

1) Membentuk Daya Pemikiran Kreatif

Umumnya memang tidak dinafikan dengan aktiviti bersukan ianya akan melibatkan hubungan antara sistem saraf dan otak. Kedua bahagian ini akan bekerja secara bersama.Contohnya melalui pegangan bola di tangan, berinteraksi dengan minda untuk melontarkan ke arah yang disasarkan.

Selain itu juga melalui aktivti bersukan juga dapat membantu kanak-kanak untuk mencabar daya pemikiran mereka. Di mana anak-anak akan cuba menyelesaikan masalah dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan diri sendiri dan masa yang telah diberikan.

2) Mengajar Erti Semangat Berpasukan dan Kepimpinan

Jika kartun animasi 'Wonderpets", sering melaungkan 'Apa yang penting kerjasama...apa yang penting kerjasama'...Tida dinafikan 'kerjasama' adalah sangat penting untuk menjayakan sesuatu usaha. Dan salah satu caranya ialah bersukan. Contoh seperti permainan tarik tali. Kemenangan adalah bergantung kesungguhan dan semangat bersatu hati menarik tali sehingga tertumpasnya pihak lawan. 

Kebanyakan permainan sukan memang memerlukan sokongan antara satu sama lain. Tidak kira samada sesama ahli pasukan mahupun dengan jurulatih mereka. Selain itu dengan bersukan juga dapat membentuk sifat kepimpinan. Mereka dilatih untuk memimpin pasukan dan sentiasa berkerjasama untuk menjayakan acara atau permainan yang disertai. 

3) Menerapkan Keyakinan Diri dan Disiplin Yang Tinggi

Saya selalu ingatkan kepada anak untuk sentiasa ada keyakinan dalam diri dalam semua perkara dalam hidup. Percaya tentang kebolehan diri. Secara tidak langsung melalui bersukan sebenarnya mampu melonjakkan jati diri kanak-kanak apabila mereka berjaya menyelesaikan setiap tugasan atau arahan yang diberikan dengan sempurna. 

Tidak nafikan melalui bersukan juga dapat membentuk displin dan meningkatkan personaliti diri. Contohnya melalui kekerapan latihan sukan yang digemari menjadi rutin maka dapat mendidik anak-anak kita untuk lebih bertanggungjawab mematuhi arahan. Sekaligus komitmen mereka membentuk displin yang diri dalam diri kanak-kanak tersebut.

Saya memang suka anak-anak bersukan tidak kisah samada 'indoor' mahupun 'outdoor'. Jadi apabila berkesempatan membawa anak-anak saya KidZania memang saya suka libatkan mereka dengan program sukan yang telah dianjurkan.

Untuk pengetahuan semua, KidZania Sport telah diadakan bermula tahun 2017 lagi. Tujuan ianya diadakan selain daripada menggalakkan anak-anak untuk bersukan ianya juga bersempena dengan acara-acara sukan tertentu yang sedang berlangsung. Sebagai contoh untuk tahun 2018, bersempena dengan Bola Sepak Dunia. Sepanjang kempen KidZania Sport terdapat pelbagai acara sukan diadakan sebagai aktiviti tambahan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ketika mereka datang beraktiviti di KidZania.


Sukan Futsal antara menjadi kegemaran anak-anak jika ke KidZania bersempena dengan KidZania Sport

Antaranya seperti Foosball, Futsal, Memanah, Permanian Game Bola dan banyak lagi. Pastinya kanak-kanak yang menyertai program yang diadakan pasti teruja, ini kerana mereka bukan sahaja boleh bermain dunia pekerjaan bahkan dapat bermain acara sukan yang mereka gemari di KidZania.


Acara memanah di KidZania Sport!

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur,
layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi
Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 malam, Isnin
hingga Ahad.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933