
Waktu cuti persekolahan adalah waktu terbaik untuk kita menghabiskan masa bersama dengan anak-anak dengan aktivti yang bermanfaat dan menyeronokkan. Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah membawa anak-anak untuk menyertai Karnival Cuti Sekolah di The Mines Shopping Mall Selangor.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula daripada 15 Mac sehingga 31 Mac 2019. Antara aktiviti yang pasti ditunggu oleh pengunjung cilik seperti kemunculan karektor Upin Ipin pada 23 Mac, Sambutan Hari Bumi (Earth Hour Celebration) dan banyak lagi. Terdapat juga promosi penebusan hadiah menarik seperti tiket wayang TGV dan banyak lagi.
Seperti berada di fun-fair, namun ianya berada didalam pusat membeli belah. Di dalam kawasan tertutup dan lebih selesa terutama buat anak-anak kecil. Pelbagai permainan yang boleh dicuba disini dan jika bernasib baik kita juga berpeluang memenangi hadiah menarik.
Ada pelbagai permainan di sini yang boleh dicuba. Dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur ya!
Karousel antara permainan yang sangat dinantikan oleh kanak-kanak. Seperti berada di kota keriangan fantasi, menaiki kuda yang berpusing dengan diringi muzik memang memberi keseronokan kepada mereka.
Sesuatu yang menarik untuk aktiviti cuti sekolah yang terbaik!
