Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Pusat Robotik Robothink Menyediakan Program Terbaik Untuk Anak

$
0
0
Pusat Robotik Robothink telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia. Program edutainment  yang berdasarkan silibus STEM ini sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat berokjektif untuk memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar dalam menggunakan set robotik .

Cawangan pertama Robothink terletak di Centrepoint Bandar Utama dan dijangkakan akan membuka 50 lagi cawanagan Robothink di seluruh negara.

Saya sebenarnya berkesempatan membawa anak-anak untuk menyertai kelas percubaan di Robothink. Dan saya memang teruja untuk berkongsikan dengan semua pengalaman saya bersama anak ketika berada di sana. Anak saya diberi peluang untuk membina robot dalam pelbagai saiz, bentuk dan fungsi. Lebih menarik untuk setiap rekaan blok robot adalah hasil daripada kajian yang berterusan dalam mempertingkatkan keberkesanan proses penyelidikan. 

Di pusat robotik ini juga kita akan dapat lihat susun dekorasi yang simple dan minimalis. Ianya memberi suasana pembelajaran yang sangat kondusif dan selesa. Kita akan dapat lihat hasil robot yang pernah dihasilkan oleh pelajar dahulu. Dan juga set-set pemasangan robot yang akan digunakan sepanjang pembelajarandi Robothink.




Banyak pilihan diberikan dalam set pembinaan robot untuk anak-anak. Dan ianya adalah bergantung kepada umur dan juga 'skil' pemasangan yang dimiliki setiap kanak-kanak. Ini kerana setiap potensi didalam diri kanak-kanak adalah berbeza.

Robothink menyediakan 3 program yang berbeza kepada mengikut tahap umur. Antara 3 program tersebut adalah:-

  • Robothink Junior Programme
Program ini khas untuk anak yang berusia 5 sehingga 7 tahun. Ianya menggabungkan robotik dan 'coding' dengan perisian yang mudah difahami. Terdapat 3 tahap dengan 12 topik pembelajaran untuk setiap tahap.

  • Robothink Robotic Programme
Program khas untuk pelajar 8 tahun ke atas. Dalam program ini pelajar boleh memilih lebih daripada 100 model binaan dalam pelbagai bentuk, saiz, fungsi dan tahak kesukaran (cabaran). Pelajar tidak perlu membina sesuatu model lebih dari sekali.Terdapat 6 tahap dalam program ini dengan setiap satunya diisi dengan 12 topik pembelajaran.


  • Robothink Coding Programme
Dan ini adalah program khas untuk anak yang berusia 8 tahun ke atas juga, Ianya merangkumpi pembelajaran pengaturcaraan (programming) dan bahasa komputer. Didalam Robothink Coding Programme ini juga akan menumpukan kepada topik 'coding' yang lebih kompleks dan memerlukan lebih banyak penglibatakan perkakasan (hardware) robotik. Ianya memberikan proses pembelajaran yang menyeronokkan dan memerlukan latihan praktikal.


Bertambah seronok, anak-anak kita boleh melihat dan belajar mengendalikan robt dengan bantuan teknologi komputer yang melibatkan perisian (software) dan perkakaksan (hardware)



Contohnya, robot bermain bola. Dan kita boleh bersaing dengan pihak lawan. Dan siapa yang lebih cekap mengendalikan robot ini ianya akan memberikan kejayaan sumbatan 'gol' ke pintu gawang pihak lawan.

Ini adalah pengujian terhadap robot dari segi kelajuan dan pergerakan. Ianya seperti "kereta remote control" tetapi sebenarnya adalah robot. Agak menarik kerana kita boleh memilih pergerakan dan aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan perisian yang telah disetkan.

Dan saya paling suka kelas ini. Di mana anak-anak diberi peluang untuk membina robot mereka sendiri merujuk kepada manual yang diberikan.

Yang bagusnya anak-anak akan belajar berdikari dan mencuba untuk menyelesaikan masalah mereka dalam membina robot yang dihajati.

Dan sebenarnya ada tenaga pengajar yang akan membantu mereka sepanjang proses pembelajaran di sini. Namun anak-anak ini tetap dididik untuk berani memcuba dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Sekaligus membina keyakinan dalam diri mereka.

Projek yang dihasilkan oleh Afiq dan Ameer. Setelah selesai membian robot mereka perlu menguji samada robot yang dipasang tersebut berfungsi dengan baik atau sebaliknya.


Dan ini adalah hasil pemasangan robot Amani. Biarpun agak lambat sedikit jika dibandingkan masa pemasangan Afiq dan Ameer, namun yang dibanggakan Amani mampu menyiapkannya sendiri. Sesuatu pencapaian yang boleh diberikan kredit untuk beliau yang pertama kali membina robot sendiri.

Ok kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Robothink boleh layari:-


XOXO;

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935