Selesa dipakai semua bangsa
Anggun klasik sentuhan seni
Koleksi Adryssa memikat jiwa
Taburan manik indah sekali
Cantik digaya di hari raya
Lambang budaya terserlah pekerti
Berpeluang menghadiri ke majlis pengenalan koleksi pakaian bersempena Lebaran 2019 dari Adryssa Atelier X Serina RTW memberi pengalaman cukup manis buat saya. Melihat kepada keindahan pakaian yang ditampilkan terutama dari segi rekaan dan fabrik, meletakkan jenama fesyen ini setaraf dengan jenama gah yang sedia ada di pasaran.

Kebanyakan koleksi dari Adryssa Atelier diinpirasikan daripada baju melayu tradisional. Bak kata pepatah lama tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, itulah fesyen baju melayu tradisi walaupun melalui pelbagai inovasi namun ianya tetap menjadi inspirasi dalam setiap rekaan. Ini kerana baju rekaan ini sentiasa mendapat permintaan :-)
1. Sakura Fall
2. Warisan
3. Andalusia
4. Azalea & Eridalea
5. Adryssa Luxe
Bertemu dengan pemilik jenama Adryssa Atelier iaitu Encik Norman Anwar. Beliau orang kuat dalam setiap rekaan fesyen, pemilihan fabrik dan juga aksesori hiasan di atas pakaian. Seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu.
Saya cukup teruja melihat kepada aura Serina Redzuan yang begitu semangat dalam memperkembangkan minatnya dalam bisnes. Jika dulu pemilik susuk badan ini bukan hanya mempunyai perniagaan makanan, kini beliau menapak ke satu lagi bidang iaitu fesyen.
Ini juga antara hasrat Serina yang inginkan lebih banyak pilihan pakaian 'ready-to-wear' untuk mereka yang bersaiz besar XL sehinggalah 4XL. Kolaborasi antara pihak Adryssa dan Serina akhirnya dapat menghasilkan koleksi pakaian yang cukup menarik, 'up-to-date' dan paling penting ianya ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.
Sepanjang acara pertunjukan fesyen, kami bukan hanya dapat mencuci mata melihat rekaan pakaian terkini dari Adryssa bahkan kami juga telah dihiburkan dengan nyanyian secara live oleh 3 penyanyi jemputan yang hebat.
Penyanyi Ezlynn yang juga merupakan salah seorang rakan baik Serina turut hadir sebagai tetamu jemputan dan beliau juga berbesar hati menyampaikan lagu terbarunya iaitu Goyang. Kemantapan vokal tidak dapat dipertikaikan lagi dan penyanyi genit bersuara lantang ini telah membuat persembahan pembukaan.
Kenalkan Laila Sania yang baru berusia 17 tahun. Saya memang nampak potensi adik ini kerana beliau berjaya membawakan 3 buah lagu dengan baik. Sangat terhibur dengan persembahan dan Laila Sania antara pelapis penyanyi muda yang bakal mewarnai industri seni tanah air.
Finally persembahan yang sangat dinantikan oleh semua iaitu nyanyian dari Sharifah Zarina. Menyampaikan lagu Langit Ke Tujuh, lagu yang cukup 'legend' pastinya sangat ditunggu oleh tetamu yang hadir. Seperti Ezlynn, Puan Sharifah Zarina juga antara artis yang begitu rapat dengan Serina Redzuan. Kiranya mereka hadir ke majlis ini selain untuk menghiburkan tetamu ianya juga sebagai tanda sokongan kepada rakan baik mereka sendiri.
Dan suka untuk saya kenalkan 5 koleksi terbaik dari Adryssa Atelier X Serina RTW iaitu:-
2. Warisan
3. Andalusia
4. Azalea & Eridalea
5. Adryssa Luxe
Setiap koleksi tersedia eksklusif hanya 14 pasang sahaja dan bermula dari saiz S ke 4XL. Kebanyakan harga pakaian adalah bermula dari RM439 sepasang.
Koleksi Azalea Regal berwarna biru ini memang cantik!
Simple yet elegant!
![]()
![]()
Koleksi Azalea & Eridalea
Koleksi istimewa yang dibawakan oleh pemilik dan pereka fesyen di Adryssa Atelier. Kurung moden dengan perincian sulaman bunga dan manik di fabrik. Manik yang digunakan lebih berkualiti dan mahal. Memang cantik bila digayakan terutama di hari raya! Harga yang ditawarkan adalah diantara RM439 sehingga RM699.
Koleksi Adryssa Luxe
Ini merupakan koleksi esklusif yang sesuai untuk majlis formal dan keraian tertentu. Setiap perincian di kain adalah manik dan 'feathers'. Untuk menghasilkan setial pakaian didalam koleksi ini sebenarnya memang mengambil masa yang agak lama. Ini kerana perincian bukan hanya kepada pemilihan manik, bahkan tekstur dan pemilihan warna manik harus menepati aan bersesuaian dengan gabungan warna latar fabrik. Ini bagi memberi impak seri kilauan manik yang mampu menaikkan seri pada wajah pemakai.
Untuk koleksi ini kita boleh beli mahupun sewa. Harga adalah bermula dari RM1200 ianya bergantung kepada rekaan pakaian. Dan kita boleh membuat ukuran khas untuk mendapatkan potongan yang tepat dalam setiap busana yang dipilih.
Untuk melihat koleksi menarik boleh juga layari di:-
https://www.instagram.com/adryssaatelier/
Lawati ke butik dengan temujanji:-
Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana
Koleksi Sakura
Koleksi ini adalah inspirasi daripada fesyen Asia dan Timur. Ini terutama kita dapat lihat kebanyakan adalah potongan kurung moden dan juga terdapat rekaan leher seperti pakaian cheongsam. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik yang boleh kita pilih. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah diantara RM199 sehingga RM439.
Ini adalah rekaan yang memang mencuri hati saya. Sangat lembuk fabriknya dan sebenarnya jika kita menggayakan pakaian ini sudah tidak perlu dipdankan dengan apa-apa aksesori kerana corak di pakaian sudah menyerlah pemakaian si pemakai.
Koleksi Andalusia
Koleksi ini adalah inspirasi daripada artifak dari kesenian Islam negara Sepanyol sewaktu zaman kerajaan Moor. Dengan menampilkan rekaan baju bersama taburan manik dan labuci yang diimport khas dari luar negara. Ianya juga adalah hasil buatan tangan yang direka dari inspirasi keindahan Kota Alhambra. Harga adalah bermula dari RM439 sehingga RM599
Nah! Mereka yang berbadan comel juga tidak akan kalah untuk bergaya. Dengan pelbagai rekaan menarik di Adryssa Atelier mampu memenuhi citarasa semua.
Koleksi Warisan
Seumpama 'perempuan melayu terakhir', kecantikan bukan hanya perlu diukur pada paras rupa bahkan lebih kepada kesopanan sesorang perempuan dalam menggayakan busana. Dan untuk koleksi Warisan, rekaan bajunya lebih kepada klasik seperti potongan pesak gantung. Terdapat 7 warna ditawarkan dan untuk setiap satu warna hanya 12 helai sahaja. Jadi ianya memang esklusif. Harga yang ditawarkan untuk setiap pakaian adalah RM439.

Koleksi Tun Fatimah yang sopan bergaya, sangat cantik dan selesa :-)

Sejuk mata memandang. Begitu manis dan santun dalam berpakaian. Memang ciri-ciri wanita melayu menjadi idaman.
Koleksi istimewa yang dibawakan oleh pemilik dan pereka fesyen di Adryssa Atelier. Kurung moden dengan perincian sulaman bunga dan manik di fabrik. Manik yang digunakan lebih berkualiti dan mahal. Memang cantik bila digayakan terutama di hari raya! Harga yang ditawarkan adalah diantara RM439 sehingga RM699.
Lihat sahaja keperincian manik yang dipasang pada bahagian bahu di salah satu rekaan baju. Memang sangat cantik dan kemas!
Ini merupakan koleksi esklusif yang sesuai untuk majlis formal dan keraian tertentu. Setiap perincian di kain adalah manik dan 'feathers'. Untuk menghasilkan setial pakaian didalam koleksi ini sebenarnya memang mengambil masa yang agak lama. Ini kerana perincian bukan hanya kepada pemilihan manik, bahkan tekstur dan pemilihan warna manik harus menepati aan bersesuaian dengan gabungan warna latar fabrik. Ini bagi memberi impak seri kilauan manik yang mampu menaikkan seri pada wajah pemakai.
Untuk koleksi ini kita boleh beli mahupun sewa. Harga adalah bermula dari RM1200 ianya bergantung kepada rekaan pakaian. Dan kita boleh membuat ukuran khas untuk mendapatkan potongan yang tepat dalam setiap busana yang dipilih.
Memang cantik-cantikkan rekaan dari koleksi ini. Tampil mewah dan bergaya di majlis istimewa pastinya meninggalkan momen yang berharga :-)
Untuk rujukan semua ya!
****
Ini hanyalah sebahagian koleksi yang sempat saya kongsikan bersama korang. Ada banyak lagi pilihan koleksi dengan pelbagai warna yang boleh dipilih. Paling penting ianya adalah rekaan esklusif yang hanya menawarkan 14 helai sahaja untuk setiap rekaan. Dan saiznya bermula dari saiz S sehinggalah 4XL.
Untuk tempahan dan pembelian pakaian ianya akan mengambil masa 3 hari bekerja kecuali untuk koleksi Adryssa Luxe yang memerlukan tempoh masa 3 minggu. Ini adalah disebabkan kerja pengukuran, jahitan manik untuk koleksi ini mengambil masa agak lama kerana ianya memerlukan kerja jahitan yang lebih terperinci. 50% bayaran deposit dikenakan untuk tempahan ini.
https://www.instagram.com/adryssaatelier/
Lawati ke butik dengan temujanji:-
Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana
Untuk pembelian dan pertanyaan boleh juga terus hubungi ke no telefon dibawah ya!