Nate' Bistro restoran yang terletak di Ara Damansara di sebelah belakang bangunan pusat membeli-belah Citta Mall ini sememangnya sentiasa menjadi tumpuan pengunjung. Lokasi kedainya agak strategik dan terdapat banyak parkir disediakan berdekatan dengan kawasan restoran. Untuk hari biasa, restoran ini beroperasi seawal 7 pagi sehingga 8 malam. Dan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Namun untuk bulan puasa nanti akan dibuka setiap hari, khas untuk ramadhan buffet.
Dan baru-baru ini saya bersama rakan yang lain berkesempatan menghadiri preview juadah berbuka puasa yang bakal ditawarkan sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Apa yang menarik selain daripada keluasan restoran yang cukup luas dan selesa. Turut ditawarkan 50 juadah hidangan selera kampung yang hebat dan enak mampu memenuhi gastronomi masyarakat Malaysia
Selain itu, sepanjang bulan ramadhan juga akan disediakan surau khas untuk lelaki dan perempuan. Kita juga boleh solat berjemaah disini kerana pihak restoran juga turut menjemput imam bagi mengimamkan solat.
Sejujur dan seikhlasnya, saya memang sangat sukakan hampir semua makanan yang dicuba. Ini kerana walaupun hanya 50 juadah (bagi saya sudah banyak) sahaja namun dari segi RASA memang terbaik. Hidangan selera kampung yang ditawarkan memang benar-benar menyelerakan apatah lagi kebanyakannya adalah lauk pauk melayu tradisi yang memang menjadi pilihan sejak dulu lagi.
Antara hidangan yang mencuri perhatian saya seperti:-
Asam pedas ikan pari
Kari daging
Ayam goreng berempah
Ayam masak kicap
Sambal Udang
Rendang ayam
Gulai lemak labu
Gulai ikan patin
Kari ayam
Paru goreng bercili
Siput sedut masak lemak
Sayur goreng jawa
Gulai terung
Daging dendeng
Rojak dan ikan masin
Pelbagai jenis ikan bakar
Segala macam sambal yang memang padu kalau dinikmati bersama ikan bakar!
Pelbagai jeruk sebagai pencuci mulut
Terdapat pelbagai kuih tradisi yang boelh kita cuba. Paling say asuka kuih lopis, kuih koci dan kuih kole kacang. Memang feveret sejak dulu lagi.
Terdapat juga buah-buahan sebagai manisan mulut.

Pengat pisang yang sedap!!!
Minuman panas dan sejuk.
Di bahagian luar juga dibuka beberapa booth untuk masakan panas seperti murtabak, roti john dan pelbagai lagi.
Murtabak disini antara yang tersedap pernah saya nikmati. Isi dagingnya yang padu dan ramuan rasa didalamnya cukup sempurna.

Disediakan juga kawasan khas untuk mereka yang merokok. Jadi untuk perokok selepas berbuka bolehlah ke tempat khas yang disediakan.
Memang menikmati sepinggan ini tidak cukup tau. Hampir semua hidangan disini ingin dirasai. Semuanya sedap-sedap.

Keterujaan saya dengan hidangan selera kampung yang hebat ditawarkan di Nate' Bistro. Saya sangat rekomen untuk korang datang berbuka di sini, terutama jika hendak berbuka bersama keluarga mahupun rakan taulan. Banyak piilihan lauk pauk yang enak dan sememangnya kita akan berpuas hati dengan rasa dan pilihan juadah yang ditawarkan.
Harga yang ditawarkan adalah RM65, untuk pembelian voucher sebelum bulan puasa harga voucher yang ditawarkan adalah RM55 (jimat RM10). Untuk kanak-kanak bawah 7 tahun adalah PERCUMA.
Sebarang pertanyaan lanjut dan pembelian voucher boleh layari :-
https://www.instagram.com/nate.bistro/ atau hubungi terus ke talian 0376802840
Jom berbuka di Nate' Bistro!!
