Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Lebih 40 Hidangan Hebat di Buffet Ramadhan di Me’nate Steak Hub

$
0
0
Menikmati hidangan Me'nate sememangnya mengingatkan saya terus pada ayat 13 surah Ar-Rahman.."Maka nikmat Tuhanmu manakah yang harus kau dustakan"

Serius! Kesedapan teruk hidangan daging premium di Me'nate Steak Hub itu tiada bandingannya. Apatah cara masakan dan teknik yang betul menjadikan hasil hidangan yang terakhir begitu superb. Tidak hairanlah mengapa dan kenapa jenama Me'nate Hub Steak ini cukup popular di bibir-bibir peminat masakan daging. Kualiti setanding dengan harga yang ditawarkan tau.
Dan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan menawarkan promosi ramadan yang cukup istimewa buat pelanggannya. Untuk tahun 2019 pihak Me'nate masih mahu mengekalkan bufet ramadan untuk berbuka puasa dengan harga yang masih sama pada tahun sebelumnya dengan pilihan lebih 40 menu hidangan dari pelbagai jenis makanan yang begitu menyelerakan. Serius banyak pilihan menu tau korang! Memang rambang mata nak pilih hidangan mana yang hendak dirasai dulu ketika waktu berbuka.

Ayam golek, perghhhh...cantik betul kejadiannya

Dibakar dan dipanggang panas-panas hidangan dagingnya..

Selesa dengan konsep tradisi, Me’nate tetap menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian. Walaubagaimanapun saya tetap rasakan buffet ramadhan Me'nate ini begitu istimewanya kerana adanya Kambing Golek khas untuk para pelanggan yang datang berbuka. Seperti saya memang akan mencari masakan daging shabu yang dihiris nipis, dinikmati begitu sahaja sudah memberi kepuasan di jiwa.

Antara masakan barat yang wajib korang cuba bila berbuka di Me'nate adalah seperti hidanagn berikut:-

Lamb Shabu- feveret!!

Ribs

Beef Meatball in Creamy Pepper Sauce

Fettuchini and Mushroom Carbonara

Penne Creamy Chicken Pesto

Spaghetti Arabiata

Spaghetti Beef Aglio and Olio

BBQ Chicken Wing

Deep Fried Chicken Drummet with Ranch Dressing

Chillean Black Mussel with Tomato Sauce

Potato Salad

Pelbagai jenis pizza dan salad yang menggiurkan :-)

Sememangnya semua hidangan barat yang ditawarkan memang benar-benar menyelerakan!!

Selain menu masakan barat,  Me’nate juga ada menawarkan menu makanan tempatan yang sentiasa diinginkan ketika bulan ramadhan. Antara hidangannya seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow digoreng panas -panas dan pelbagai lagi. Korang kena cuba nasi tomato di Me'nate memang sangat sedap! Dua kali saya menambah ya!!


Nasi tomato

Ayam masak merah

Acar timun

Dalca

Papadom

Gulai Kambing

Masakan panas-panas, mee goreng dan kue teow goreng

Laksa Penang


Tidak dilupakan hidangan pencuci mulut seperti kek, kuih-muih tempatan dan buahan. Memang wajib ada sebagai pelengkap hidangan. Kuih tradisi yang agak sukar didapati kini boleh didapati di Me'nate istimewanya di sepanjang bulan ramadhan ini.


Kek dan kuih-muih tempatan

Buah-buahan segar





Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef profesional yang cukup  berpengalaman. Apa yang penting setiap pilihan menu yang ditawarkan adalah memenuhi gastronomi citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.

Oh ya korang! Pakej Bufet Ramadhan ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran.

Esklusif buat pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me'nate, boleh membuat tempahan hidangan pada jam 8.30 malam ke atas. Ini kerana Restoran Me'nate tetap meneruskan tawaran hidangan ala carte seperti hari biasa.



Antara hidangan ala-carte yang boleh dicuba seperti berikut :-









Kelainan dan keistimewaan RAMADAN 2019 kali ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana 1 set boleh dimakan 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan dan setiap pakej tersebut boleh dinikmati seisi keluarga.

Jangan terkejut sebab terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan pelanggan untuk set hidangan ini akan diberikan akses secara PERCUMA ke hidangan bufet pemanis mulut. Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya tetap mengekalkan kualiti  daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate. Pelanggan yang biasa dan pernah menikmati hidangan di Me'nate pastinya akui tentang kehebatan cara daging dipilih dan dimasak.

Disediakan juga minuman panas dan sejuk untuk pelanggan-pelanggan yang datang berbuka di sini,
Minuman panas seperti kopi 'O' dan teh 'O'

Minuman sejuk seperti air bandung dan air jagung.

ABC tidak pernah dilupakan. Sering menjadi tumpuan sebagai pemanis mulut.

Saya memang sangat rekomenkan untuk pelanggan yang berkeluarga untuk membawa ahli keluarga ke sini dan rasai sendiri pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak. Sekali-sekala kita raikan dengan penuh rasa cinta berbuka puasa dengan masakan terbaik bersama keluarga. Ini sememangnya meninggalkan momen yang cukup bermakna dan istimewa.


Ramadhan tahun ini sebenarnya lebih meriah. Ini kerana Me’nate telah melantik dua selebriti yang terkenal di Malaysia sebagai IKON ME’NATE. Perlantikan ini adalah bertujuan untuk membantu mempromosikan PAKEJ RAMADAN BUFET dan FAMILY PLATTER. Ikone Me'nate 2019 adalah Shukri Sahar atau dikenali sebagai Shuk Raja lawak dan penyanyi serta pengacara Elly Mazlein atau popular dengan gelaran ‘Kak Lina Pompom’. Ramai juga peminat menggelarkan mereka papa dan mama. Cute kan, heheheh.


Untuk pengetahuan semua pemilihan dua selebriti ini adalah disebabkan keserasian mereka apabila bekerja bersama. Oh ya! Saya juga sempat menyaksikan kehebatan Syuk bergandingan Kak Lina Pom Pom menunjukkan skill mereka didalam sesi memasak masakan makanan barat secara live. Memang kelakar dengan aksi sempoi dua Ikon Me'nate ni. Kejang perut duk gelak bila menyaksikan karenah mama dan papa ni.

Nak war-warkan juga sebenarnya Me’nate juga menjemput sekiranya ada syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Me’nate sepanjang bulan ramadhan ini. Contohnya kalau nak diadakan seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya. Ada diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat. Kiranya ini salah satu kerjasama bagi melaksanakan projek CSR, berkongsi dengan rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Kalau korang teringin nak berbuka di Me'nate, korang boleh pilih untuk berbuka samada mana-mana 5 cawangan Restoran Me’nate Steak Hub yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta di selatan negeri iaitu Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Setiap restoran boleh menempatkan sehingga 300 pax untuk satu-satu masa kecuali untuk cawangan Ampang hanyalah muat untuk 150 pax sahaja.

Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa. Jadi kita tidak perlu risau untuk menunaikan kewajipan solat dan pada masa yang sama dapat berbuka puasa bersama orang yang tercinta.

Wajah ceria wanita bahagia,
Bila dapat berbuka di Me'nate,
Pelbagai juadah memikat selera,
Nikmat berpuasa hilang segala letih!

Keterangan lanjut boleh klik pada pautan sosial media Me'nate Steak Hub :-)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935