Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Bob Rock Apparel Menawarkan Pelbagai Rekaan Baju Untuk Plus Size

$
0
0
Shopping is therapy! Terutama shopping baju, hiks. Tapi untuk mereka yang berbadan besar kadang-kadang memang stress untuk mendapatkan baju yang sesuai dengan saiz. Ini kebanyakan di pasaran banyak menawarkan baju potongan hanya sehingga XL. Tidak ada banyak rekaan yang mencakupi sehingga saiz 6XL. Ini menyebabkan mereka yang bertubuh besar terpaksa menempah baju mereka di kedai jahit dan ianya memakan kos yang agak tinggi. 

Namun sebenarnya terdapat satu butik yang memang menawarkan pakaian 'ready made' untuk mereka yang bertubuh besar. Iaitu Butik Bob Rock Apparel yang terletak di Plaza Shah Alam yang telah mula beroperasi sejak tahun 2013. Menurut pemilik butik ini yang dikenali sebagai Puan Lily, beliau memulakan perniagaan pada awalnya dengan hanya menjual beg tangan rekaannya sahaja.

Dan Bon Rock Apparel merupakan produk kedua yang dijual memandangkan beliau merasakan perlunya ada butik yang menawarkan khas untuk mereka yang berbadan besar. Pada mulanya butik ini hanyalah memfokuskan pakaian khas untuk lelaki sahaja. Namun atas permintaan pelanggan setianya, beliau mula menjual pakaian untuk wanita bersaiz besar pada tahun 2016. Dan koleksi wanita adalah dibawah label Lovelily.

Memang terdapat banyak rekaan menarik dengan begitu banyak pilihan warna pakaian yang ada ditawarkan disini. Bagi saya sendiri harga yang ditawarkan cukup berpatutan juga. Tambahan pula, material yang diguna dalam setiap rekaan pakaian di sini adalah diimport khas daripada Bangkok. 

Antara yang mencuri perhatian adalah baju kebarung ini. Dijual pada harga lelong RM99 bagi saya ianya memang cukup murah dan berbaloi. Bertambah cantik jika kita padankan bersama aksesori  seperti dokoh.

Ini juga rekaan kegemaran saya.  Walaupun kataya dari koleksi lama tetapi ianya tetap cantik. Harga yang ditawarkan adalah RM79 sahaja.

Ada pelbagai warna yang boleh terpilih. NAmun begitu koleksi ini hanya tinggal beberapa saiz dan warna sahaja.

Untuk mereka yang meminati rekaan kain lace. Bolehlah dapatkan pakaian ini. Siap ada kain lining didalamnya ya!

Dipadankan dengan kain bercorak batik, memang cantik.

Kain tidak jarang memang selesa untuk digaya.

Ini merupakan koleksi baju kurung melur. Rekaan baju bertemaan 'evergreen' yang tidak dilapuk zaman. Saya sangat suka dengan material yang digunakan iaitu cotton satin.

Untuk baju kurung Melur ini ada beberapa pilihan warna dengan rekaan corak bermotifkan bunga yang berlainan.

Jahitan baju dia memang sangat kemas.

Terdapat juga pakaian kasual dengan pelbagai rekaan yang cantik dan praktikal. Jika di pasaran biasanya baju kemeja/blouse untuk mereka yang plus size agak pendek tetapi di Bob Rock Apparel ada menawarkan yang jenis panjang dan labuh.

Salah satu pakaian kasual yang saya cuba dan memang berkenan!

Kain baju ini adalah dari chiffon. Dengan kepelbagaian warna memudahkan kita membuat pilihan. Sesuai untuk dipakai ke pejabat, keluar berjalan, bertemu rakan dan sebagainya.

Selain baju terdapat juga seluar panjang yang boleh dipilih seterusnya dipadankan dengan kemeja/blouse yang kita pilih.


Terdapat juga aksesesori seperti beg tangan, dokoh, kerongsang , skarf dan pelbagai lagi dijual di sini.

Pelanggan juga boleh mendapatkan baju melayu bersaiz besar di Bob Rock Apparel. Ditawarkan pada harga RM169 setiap satu.


Dihasilkan daripada cotton twill. Kainnya tidak terlalu tebal dan tidak panas jika dipakai sepanjang hari dan mudah digosok.

Antara yang mendapat permintaan yang tinggi di sni adalah kurta. Kurta Adam Long Sleeve ini diual pada harga RM129 setiap satu.




Kebanyakan pakaian kemeja lelaki disini dihasilkan daripada Oxford Cotton. Iaitu material kain yang sangat mudah digosok dan tidak mudah renyuk. Jenis kain ini memang terletak kemas di badan  dan memberikan keselesaan sepanjang hari kepada si pemakai. Menariknya di butik Bob Rock Apparel juga terdapat banyak koleksi kemeja dan blouse yang dijual dengan pelbagai rekaan corak menarik dan warna.

Terdapat juga t-shirt dan seluar khakis samada panjang mahupun pendek dijual di sini.

Oh ya! Ada juga baju couple juga. Bolehlah pakai 'matching-machong'sedondon dengan pasangan masing-masing ya!

Terdapat juga tanjak yang boleh kita pilih di sini. Harga dalam RM80 setiap satu untuk material separuh songket. Manakala RM90 untuk material keseluruhan songket.

Bilik fitting juga ada disediakan untuk pelanggan yang ingin mencuba pakaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan pembelian.

Kini mereka yang berbadan besar juga boleh bergaya,
Dengan  pelbagai pilihan pakaian menarik memenuhi citarasa,
Di Bob Rock Apparel semua jenis pakaian ada,
Harga berpatutan penjimatan berganda!

Untuk pembelian secara atas talian dari website, korang boleh gunakan kod RAYA19 untuk potongan sebanyak RM10 daripada jumlah keseluruhan pembelian. Memang berbaloi!

Untuk pembelian secara online, boleh dibuat di:-

Sosial Media Bob Rock Apparel:-


Alamat Butik Bob Rock & LoveLily
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.
+603 - 5513 3588 (Shop)
+6011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ)

Jom!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932