MYTHEO mula diperkenalkan oleh syarikat "fintech" iaitu Money Design di Jepun. Pada tahun 2016, Money Design telah melancarkan servis robo-khidmat (robo advisor) yang pertama iaitu ("THEO") di Jepun, di bawah peraturan Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun. Dan kini terdapat lebih 60,000 pelabur Jepun mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan dengan kendalian lebih daripada USD300 juta dalam jumlah aset di bawah pengurusan mereka.
Manakala Silverlake Group, peneraju inovasi digital yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang kewangan, pasaran modal, pengurusan dana, pembayaran, dan perkhidmatan ekonomi digital di Malaysia dan seluruh Asia.
Gabungan kedua organisasi ini membentuk GAX MD, sebuah usaha sama yang direka untuk menyesuaikan perkhidmatan pelaburan THEO untuk rakyat Malaysia (dan dikenali sebagai "MYTHEO") dan memperkenalkan inisiatif pelaburan yang boleh disertai setiap rakyat Malaysia bagi mendapat lebih kebaikan.
Dengan minima RM500 sahaja sebagai komitmen untuk kita menyertai pelaburan di platform MYTHEO. Di mana MYTHEO akan membuat analisis keperluan klien dan seterusnya membina portfolio pelaburan untuk mereka. Ini boleh dilaksanakan melalui 3 cara iaitu:-
Keterangan lanjut boleh layari www.mytheo.my
![]()
MYTHEO merupakan servis pelaburan secara digital dilesenkan di bawah Persuruhanjaya Sekuriti Malaysia. Di mana pengurusan pelaburan digital ini dapat memastikan pelaburan yang dibuat oleh pelabur mengikut strategi pelaburan secara global.
Turut di hadir majlis pelancaran MYTHEO di Malaysia adalah Mr Tomoyoshi Hirose (Co-Founder and Vice Chairmain of Money Design Co., Lyd), Goh Peng Ooi (Founder and Chairman of Silverlake Group) dan Tan Sri Dato' Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid (Chairman of GAX MD Sdn Bhd).
"While the maximise every precious monet at work and play, this digital solution services ease of mind by helping users manage the nitty-gritties of investment in a data-driven manner. Hence MYTHEO's value proposition, 'Invest In a Moment' is poised ti change the way Malaysians think about investing and life savings".
Ronnie Tan, CEO GAX MD Sdn Bhd
- Investment Profiling - Dengan menjawab 5 soalan mudah (personalized portfolio)
- Investment Begins - Membuka akaun dan membuat deposit (Diversied investment of over 25 ETFs across the world)
- Auto Rebalancing - Relaks dan hadapi keseronokan hidup (Monthly re balancing to keep your portfolio on optimize propositions).
Inovasi teknologi MYTHEO ini dapat membantu pelabur secara digital melalui kapabiliti e-pembayaran (e-payment), pengesahan biometrik (biometric recognition), voice activation commands, chatbox dan analisis data (big data analysis).
