Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING DENGAN VARIAN NENAS DAN TEMBIKAI MEMANG OHSEM

$
0
0
Sebagai salah seorang pembuat keputusan pembelanjaan keluarga, saya sentiasa berbincang dengan suami apa yang terbaik untuk anak-anak. Selain daripada pendidikan, pemakanan, kami juga sangat mementingkan perkara yang berkaitan dengan kebersihan dan penjagaan diri. Ini kerana dengan mengambil berat tentang penjagaan diri secara tidak langsung dapat mengelakkan anak dari mudah untuk dijangkiti dengan penyakit.


Dan saya telah menemui siri penjagaan diri yang sangat wangi dan dapat melindungi diri sepanjang hari iaitu sabun mandian terbaru dari SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING! Best giler produk terbaru dari Safi ni tau. Istimewanya rangkaian gel mandian anti-bakteria ini dirumuskan dari kombinasi sensasi menyejukkan dan juga manfaat buah-buahan semulajadi. Sekaligus ianya dapat melindungi , menyegarkan bahkan dapat memanjakan kulit tubuh badan kita setiap hari. 

Sebagai jenama Halal No.1 Malaysia, produk Inovasi terbaru SAFI adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation Centre) iaitu makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia yang berpusat di Malaysia.

SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING sememangnya sangat menyokong gaya hidup aktif saya sekeluarga dengan memberikan pelindungan antibac harian dan membasmi kuman dari kulit dengan berkesan sehingga 99.99%. Dihasilkan dengan formulasi bahan “mesra kulit” SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING adalah rangkaian gel mandian antibakteria bebas sabun, bebas alkohol, bebas paraben dan mempunyai kadar pH yang seimbang. Memang terbaik!

Rangkaian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING diinspirasikan dari sensasi rasa sejuk dari buah Tembikai dan Nenas. Ianya dapat merumuskan kombinasi manfaat kesihatan dan kecantikan bahan semulajadi sekaligus dapat memberikan perlindungan antibakteria optimum dan memelihara kulit tubuh badan. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Gel mandian antibakteria SAFI dapat memberikan kesegaran sepanjang hari dan menyuntik keceriaan selepas seharian sibuk dengan aktiviti yang sangat  memenatkan. Paling penting ianya amat sesuai dengan cuaca panas terik di Malaysia! Dan seperti anak-anak saya apabila mereka seharian di sekolah beraktiviti tentunya memerlukan mandian segar sekembalinya mereka dari sekolah.


Terdapat 2 variasi gel mandian yang sangat saya rekomenkan iaitu SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING FROSTY WATERMELON dan SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING FROSTY PINEAPPLE . Ramuan dari dua buahan tropika ini mempunyai nota haruman sangat lembut dan dapat memberi manfaat anti-oksidan semulajadi untuk tubuh badan kita.


RANGKAIAN GEL MANDIAN SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY WATERMELON

Produk ini mengandungi anti-oksidan semulajadi, kadar pH seimbang , bebas alkohol, bebas paraben  dan bebas sabun. Ianya selamat digunakan untuk semua jenis kulit ya! Rangkaian gel mandian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY WATERMELON ini dihasilkan dari kombinasi nota haruman floral dengan kesegaran rasa buah tembikai. Memang tidak boleh bayangkan betapa syoknya mandi dengan menggunakan mandian ini.

Secara kesimpulannya SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY WATERMELON dapat :-

  • Memberikan perlindungan antibac harian untuk seisi keluarga
  • Membasmi sehingga 99.9% kuman* (Berdasarkan hasil ujian in-vitro)
  • Diperkaya dengan manfaat ekstrak Tembikai & Lemon yang mana ianya berfungsi sebagai anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas
  • Diperkaya dengan manfaat ekstrak Lemon & madu yang bukan sahaja kaya dengan manfaat anti-bakteria, ia juga menyegarkan, melembapkan dan melembutkan kulit



RANGKAIAN GEL MANDIAN SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY PINEAPPLE

Seperti varian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY WATERMELON,  gel mandian  SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY PINEAPPLE mempunyai anti-oksidan semulajadi, punyai kadar pH seimbang, bebas alkohol, bebas paraben dan bebas sabun.

Rangkaian gel mandian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY PINEAPPLE  memberikan rasa sensasi haruman dan kemanisan sitrus buah Nenas yang begitu menyejukkan, menyegarkan. Saya sendiri selepas menggunakan gel mandian ini terasa begitu segar dan lebih bersemangat. Sekaligus ianya dapat menceriakan diri setelah seharian sibuk dengan komitmen kerjaya dan melalui hari yang mencabar.

Secara kesimpulannya SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY PINEAPPLE dapat :-

  • Memberikan perlindungan antibac harian untuk seisi keluarga
  • Membasmi sehingga 99.9% (*berdasarkan hasil ujian in-vitro)
  • Diperkaya dengan ekstrak Nenas, Raspberry & Kelapa yang terkenal dengan manfaat anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit daripada radikal bebas
  • Diperkaya dengan kombinasi 3x ganda manfaat anti-penuaan bahan semulajadi yang dapat mengekalkan keremajaan kulit


Secara peribadi saya memang menyukai kedua varian gel mandian ini. Selain daripada faktor manfaatnya yang tidak dapat disangkal kehebatannya, saya juga sangat suka dengan aroma kedua buahan ini yang mampu menyuntik rasa kesegaran dan sekaligus memberikan terapi dalam diri. Paking best! Waktu 'me time' saya ketika mandi menjadi lebih bermakna dan sempurna.

Rangkaian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING ini terdapat dalam pek botol 1kg dan dijual pada harga RM18.50. Manakala untuk pek eko isian semula 850g dijual pada harga RM12.50. Ianya boleh didapati disemua pasaraya besar, pasaraya, farmasi dan juga platform e-dagang rasmi LAZADA – SAFI MALAYSIA di www.lazada.com.my/shop/safi .

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia .

Ayuh serta saya dalam memperkasa dan bina keyakinan diri  bersama-sama dengan berkongsi kisah kulit sihat. Caranya mudah sahaja dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta tanda pagar  (hashtag) #SAFIANTIBACSHOWERCOOLING dan #SAFISKINSTORY


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935