Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

5 Sebab Kenapa Korang Kena Rasa Sendiri Nasi Burung Sos Limau Merecik

$
0
0
Nasi Burung Sos Limau Merecik?
Lihat sahaja pada nama sudah tertarik :-)

Pertama kali saya mendengarnya, saya tidak dapat bayangkan bagaimana gabungan sos limau bersama nasi dan daging burung disatukan salam satu suapan. Bukan biashe-biashe pastinya.

Jadi atas perasaan ingin tahu, saya telah mencuba sendiri Nasi Burung Sos Limau Merecik hasil air tangan dari Puan Sheeda, selaku pemilik asal idea resepi ini. Apa yang boleh saya kongsikan ada 5 sebab kenapa korang semua kena rasa sendiri Nasi Burung Sos Limau Merecik ini.


1. Rahsia Utama Kesedapan Terletak Pada Sos Limau

Sos Limau hasil air tangan Puan Sheeda ini memang terbaik. Menurut Puan Sheeda pada asalnya sambal ini digesek bagi menghasilkan tekstur cili seperti yang diinginkan. Namun apabila permintaan semakin tinggi, beliau tidak mampu untuk menggesek terlalu banyak cili jadi beliau sendiri telah mengkaji dan mencari alternatif lain sehingga terhasilnya tekstur cili yang lebih cantik dan enak. Namun begitu untuk menghasilkan sos limau ini juga memerlukan teknik penyediaan tradisi bagi mengekalkan keaslian rasa asal sos limau ciptaan Puan Sheeda ini.


Gabungan pedas, masam manis memang cukup sempurna. Dan untuk pengetahuan semua, atas permintaan pelanggan tetap Puan Sheeda turut menjual sos limau didalam botol dan ianya didatangkan dalam dua saiz botol. Untuk saiz besar harganya RM20, manakala saiz kecil RM15. dan kita boleh gunakan sos ini dalam masakan ikan stim Thai dan pelbagai lagi.

2. Daging Burung Diperap dengan Rempah Ciptaan Istimewa dan Paling Penting Ianya Halal.



Mencari sesuatu yang HALAL itu adalah WAJIB bagi orang Islam. Untuk pengetahuan korang, pembekal daging burung yang dipilih memang melakukan proses penyembelihan mengikut syariat Islam dan pengusaha ladang ini juga merupakan salah satu usahawan industri lokal yang cukup berpengalaman dan berjaya.

Saya juga suka dengan keenakan rasa daging burung yang seimbang dari segi rasa dan keranggupannya. Kiranya kalau nak makan dengan meratah daging burung begitu sahaja pun boleh juga.

3. Bukan Nasi Biasa, Resepinya Rahsia

Pada asalnya saya sangkakan ianya adalah nasi putih biasa. Tapi rupanya nasi istimewa yang resepinya rahsia. Apa yang saya tahu rasanya memang enak. Seperti nasi ayam tetapi bukanlah secara total seperti nasi ayam. Ada rasa herba di situ. Kalau korang nak tahu rasanya, kenalah cuba sendiri.

4.  Esklusif Untuk Penghantaran Sahaja


Untuk pengetahuan korang Nasi Burung Sos Limau Merecik ini memang esklusif. Ketika entri ini ditulis ianya masih dijalankan melalui penghanataran dari rumah. Sinonim dengan nama produk hidangan ini yang sepertimana telah didaftarkan di MyIPO iaitu  DELI NBR ringkasan kepada  Delivery Nasi Burung Sos Limau Merecik.

Jadi ianya memang esklusif, kita nak nikmatinya kenalah order!


5. Harga Mampu Milik dan Pasti Memenuhi Citarasa Semua

Harga yang ditawarkan untuk satu set Nasi Burung Sos Limau Merecik ini ialah RM14. Harga ini meliputi set lengkap dengan sos limau, salad dan timun, nasi istimewa serta seekor burung puyuh yang siap digoreng garing. Jadi untuk tempahan lebih daripada 10 bungkus tiada caj penghantaran yang dikenakan. Namun ianya bergantung kepada jarak lokasi dan masa tempahan dibuat.

Samada hendak menikmatinya secara sendiri atupun bersama rakan. Boleh juga membuat tempahan untuk sebarang acara keraian.DELI NBR sedia menerima pesanan.

Gabungan yang cukup sempurna, memikat jiwa dengan kehebatan rasanya!

Keterangan lanjut ataupun ingin membuat tempahan boleh hubungi:-

Tel : 013-447 1009
Whatsap : 017-312 6765

Facebook : https://www.facebook.com/DeliNBkitchen/
Instagram : https://www.instagram.com/delinbrkitchen/


Buat Puan Sheeda sekeluarga terima kasih atas jemputan,
Moga Nasi Burung Sos Limau Merecik sukses menjadi sebutan,
Hidangan istimewa uniknya sos menambah kelazatan,
Sekali cuba pasti teringat-ingat kesedapannya dalam ingatan!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935