Membeli hartanah seperti rumah kediaman merupakan satu pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang. Apatah lagi membeli pada harga diskaun istimewa yang memberi lebih banyak keuntungan. Bercerita mengenai diskaun istimewa, pihak PKNS telah melancarkan Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 bermula dari 26 Julai 2019 sehingga 4 Ogos 2019 di Atria Lagenda Kompleks PKNS Shah Alam.
Apa yang menarik sepanjang tempoh pameran ini, pihak PKNS menawarkan diskaun tambahan yang berjumlah RM5,500 kepada 55 pembeli terawal. Bilangan 55 adalah simbolik kepada Ulangtahun PKNS yang ke 55 tahun.
Majlis pelancaran Koleksi Hartanah PKNS 2019 telah dilaksanakan olehh YNhg Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain.
Selain itu untuk kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) diberikan diskaun sehingga 20% . Manakala duti setem Memorandum Pertukaran (MOT) akan diberikan secara PERCUMA. Memang berbaloi! Bagi pembeli yang sudah memiliki rumah PKNS sebelum ini, mereka akan diberikan diskaun tambahan yang cukup istimewa.
Program Koleksi Hartanah kali ini, PKNS telah berkolaborasi bersama dengan pihak Maybank dalam pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer. Di mana program Skim Smart Selangor First Home Buyer ini menawarkan bantuan pinjaman daripada Maybank 90% dan kerajaan negeri 10% . Pembiayaan 100 peratus dan juga ditawarkan kaedah faedah yang rendah untuk 8 tahun yang pertama.
Skim ini adalah terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) yang dibangunkan oleh pihak PKNS dan Anak Syarikat OKNS yang terleta di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak. Untuk pengetahuan semua permohonan hanya boleh dibuat di Maybank Seksyen 14 Shah Alam.
Bagi mereka yang menghadiri ke pameran di Kompleks PKNS ini, bolehlah ke kaunter Maybank yang dibuka di sini bagi mendapatkan perkhidmatan semakan kelayakan pinjaman perumahan. Apa yang perlu dibawa hanyalah 3 bulan slip gaji dan pengunjung boleh membuat semakan kelayakan mengikut kediaman yang ingin dibeli.
Untuk pameran kali ini, Kumpulan Anak Syarikat PKNS ada juga menawarkan Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS dibawa jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS yang mana harga adalah bermula daripada RM185,000. Dengan tawaran rumah kediaman pada harga yang cukup berpatutan serta beberapa tawaran menarik, pihak PKNS menyasarkan nilai jualan RM60 juta boleh dicapai.
Terdapat begitu banyak pilihan kediaman samada rumah teres, rumah bertingkat, apartment dan sebagainya. Kita boleh datang ke sini untuk melihat sendiri harga kediaman yang ditawarkan.
Jadi pada mereka yang mencari-cari rumah kediaman, jangan lupa untuk berkunjung ke pameran Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 di Kompleks PKNS Shah Alam.
Buat pilihan bijak, dapatkan penjimatan yang banyak!
