Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Restoran Sisik Klang Menawarkan Hidangan Seafood Gaya Masakan Melayu

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bandar Klang sememangnya sangat terkenal dengan makanan seafood. Dan antara restoran yang sangat saya rekomenkan untuk masakan seafood yang sedap adalah Restoran Sisik yang terletak di Bandar Botani di hadapan betul-betul pusat membeli-belah GM Klang (GM Klang Wholesales City).

Untuk pengetahuan semua Restoran Sisik  atau nama dahulunya adalah Restoran Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Dari nama kita sudah jelas bagaimana pengasas restoran ini yang berasalkan daripada Pahang begitu ingin memartabatkan masakan melayu asli terutama dari segi ramuan dan cara masakannya.


Oh ya! hidangan seafood di sini korang boleh pilih samada nak nikmatinya bersama nasi putih panas mahupun nasi lemak sisik buluh perindu. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nasi lemak berwarna hijau dibungkus didalam daun pisang dan dimasukkan dalam batang buluh dan dikukus.

Macam kuih lepat, hehehe. Tapi ianya nasi lemak. Memang padu dari segi rasa dan aromanya!

Ya ampun! Punyalah segar-bugar ikan-ikan di sini. Paling penting terdapat banyak pilihan jenis ikan yang ditawarkan. Begitu juga dengan saiz jadi korang boleh pilih ikut jenis ikan yang digemari dan bilangan ramai yang ingin nikmati hidangan ikan tersebut.

Selain itu terdapat juga udang, sotong, kepah, lala, ketam dan pelbagai lagi.

Antara hidangan seafood gaya masakan melayu yang telah saya cuba seperti:-

Sotong bakar berempah dengan perapan istimewa.

Ikan siakap stim 

Ikan bakar tempoyak (pais). Hidangan ini memang win. Korang kena cuba memang sedap :-)

Ikan masak masam manis.

Assam Pedas Ikan. Ini antara hidangan yang mendapat permintaan tinggi di Restoran Sisik. Serius! Memang sedap.

Kepah goreng bercili

Dan juga masakan lala 3 rasa.

Udang goreng ranggup dengan sos kicap istimewa

Tomyam seafood

Dan banyak lagi. Semuanya sedap-sedap. korang kena datang datang cuba sendiri.

Oh ya! Rasanya tidak lengkap hidangan jika tiada sayuran dimakan bersama.

Apa yang menarik di Restoran Sisik menawarkan pelbagai jenis ulaman kampung seperti daun pegaga, petai, timun, daun kadok dan pelbagai lagi.

Ditawarkan juga dalam bentuk set. Dan sekiranya jika kita hendak nikmati sayur goreng panas-panas, boleh juga kita order di sini.

Antara masakan sayur yang popular adalah kangkung goreng belacan.

Selain daripada masakan seafood, korang juga boleh nikmati steamboat kat sini. Wah! Macam-macam ada tau dalam set steamboat yang ditawarkan.

Steamboat ni adalah berkonsep layanan diri yang mana kita boleh sediakan hidangan seafood bersama ahli keluarga atau rakan dan seterusnya menikmati bersama-sama.

Kuah yang dinikmati bersama steamboat. Perghh!! Merecik betul. Rasanya ala-ala kuah oden tau. Gabungan rasa tomyam dan asam pedas. Memang sedap noks.


Untuk satu-satu masa restoran ini boleh menempatkan sehingga 600 orang ya! So, kalau korang nak buat tempahan untuk majlis ekslusif, jamuan dan sebagainya tidak akan ada masalah.

Restoran ini beroperasi setiap hari bermula dari 8.00 pagi sehingga malam. Namun untuk masakan asli melayu kita boleh dapatkan dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Manakala makanan berasaskan hidupan laut (seafood) bermula jam 5.00 petang sehingga 12.30 tengah malam.

Nak makan telor ikan mayong, telur sotong, asam pedas dan pelbagai lauk tradisi melayu bolehlah datang dari jam 8.00 pagi sehinga 4.30 petang. Untuk steamboat dan hidangan bakar seafood samada tempoyak (pais) atau bakar berempah bolehlah datang ke Restoran Sisik dari jam 5 petang sehingga 12.30 tengah malam.

Saya dah cuba,
Memang teruja,
Hidangan enak belaka,
Masakan melayu istimewa!


Keterangan lanjut boleh layari pada pautan sosial media Restoran Sisik di:-
www.facebook.com/restoransisik

Untuk tempahan dan pertanyaan:-
019-2263004 ataupun 016-2240474
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933