Cendol Kampung Hulu sememangnya cukup popular sejak ianya mula diperkenalkan pada Ogos 2017. Bermula di Melaka dan seterusnya membuka cawangan di Muar dan kini Cendol Kampung Hulu kita boleh rasainya sendiri di Aeon Big Mid Valley.
Berada didalam salah sebuah pusat membeli-belah yang cukup gah di Malaysia, pembukaan cawangan ketiga Cendol Hampung Hulu disini pastinya memberi keterujaan terutama kepada peminat pencuci mulut viral ini. Seperti saya yang sering melihat perkongsian mengenai keenakan cendol ini di paparan sosial media masa ke semasa tentuya menjadi tidak sabar untuk mencubanya sendiri. Ini memandangkan saya belum berkesempatan mencubanya di Melaka mahupun di Muar sana.
Ais kepal kelapa dikisar begitu halus. Melihat sahaja rupa air yang dikisar sudah dapat memberi gambaran betapa lembutnya rasanya apabila ianya cair di mulut. Apa yang menarik sepanjang proses penyediaan cendol ini, pekerja Cendol Kampung Hulu sememangnya sangat cekap. Bagaimana prosesnya dibuat daripada mula sehinggalah menjadi satu air cendol yang diinginkan, persekitaran tempat kerja sangat bersih, cara kerja yang teratur dan sistematik.
Selain itu, Cendol Kampung Hulu juga menawarkan pelbagai jenis topping buahan segar. Dan ke semua buahan ini dipotong apabila menerima tempahan daripada pelanggan. Ini bagi memastikan buahan yang dinikmati tetap dikekalkan kesegarannya terutama apabila dinikmati dengan cendol tradisi yang cukup istimewa.
Saya juga cukup teruja dengan keenakan rasa ais krim yang lembut teksturnya diletakkan bersama buahan sebagai topping paling atas. Gabungan ais kepal kelapa yang dikisar halus bersama cendol, gula melaka, lambakan kacang merah dan juga ais krim serta buahan menjadikan ianya pencuci mulut yang cukup sempurna dinikmati pada bila-bila masa sahaja yang kita suka.
Saya telah mencuba hampir semua jenis Cendol Kampung Hulu dan jujurnya memang saya sangat rekomenkan "Korang kena cuba semua, hehe". Cuma topping buah mangga sahaja tidak sempat merasa disebabkan buah mangga kehabisan ketika saya terjah baru-baru ini. Untuk hari-hari biasa sememangnya semua buahan memang ada jadi kita mempunyai begitu banyak pilihan untuk memilih.
Cendol Kampung Hulu Bersama Durian
Apabila raja buah bergabung tentulah meletup!! Durian yang digunakan adalah dari D24 ataupun IOI kerana dua jenis durian ini bukan sahaja memiliki tekstur yang sangat tebal bahkan rasanya lemak-lemak manis. Gabungan rasa ini bersama dengan set cendul memamg tidak menghampakan. Korang kena cuba sendiri!
Cendol Kampung Hulu bersama Dragon Fruit
Ini adalah pertama kali saya mencuba buah dragon fruit bersama cendol. Memang puas menikmatinya apabila melihat pada saiz buah yang diberikan memang agak banyak sesuai dengan portion cendol yang ditawarkan. Buah ini yang mempunyai tekstur isinya seperti isi tembikai, manakala dari segi rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Gabungan daripada ciri-ciri unik ini menjadikan ianya begitu sesuai menjadi ramuan pencuci mulut seperti cendul. Datang sini, sila cuba cendul topping buahan dragon fruit yerpp.
Cendul Kampung Hulu bersama Kelapa Laut Madu
Kalau korang nak sejukkan badan. Saya memang rekomen yang ini. Buah kelapa laut madu ini memang cukup popular sebagai minuman yang dapat membantu menyejukkan badan. Jadi jika nak ubah selera kita nikmatinya bersama cendul. Rasa kenyal manis-manis kelapa madu bersama cendul memang enak.
Cendul Kampung Hulu bersama Longan
Buah longan juga ada ya! Feveret anak-anak saya ni :-)
Cendul Kampung Hulu bersama Cocktail
Cendul Kampung Hulu bersama jagung
Cendul Kampung Hulu bersama buah kabong
Cendul Kampung Hulu (regular)
Bagi yang suka biasa tanpa sebarang topping buahan, boleh order Cendol Kampng Hulu Regular. Masih lagi sedap, ini kerana resepi Cendul Kampung Hulu bukanlah biashe-biashe. Memang istimewa.
Harga Cendul Kampung Hulu yang ditawarkan di sini ya!
Pilihlah yang mana korang suka,
Penyejuk tekak pembuka selera :-)

Yerppp...
Follow social media Cendul Kampung Hulu untuk sebarang informasi terkini:-
https://www.facebook.com/cendolkampunghulu/
https://www.facebook.com/cendolkampunghuluaeonbig/
https://www.instagram.com/cendolkampunghulu/
