Pho Street restoran yang cukup popular dalam menawarkan pelbagai jenis hidangan makanan (street food) Vietnam, hari ini telah melancarkan satu kempen menarik bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-62. Kempen "We Are Pho Everyone" ini menawarkan promosi hidangan yang cukup hebat yang sememangnya sangat dinantikan peminat masakan Vietnam.
Sebelum saya kongsikan tentang hidangan hebat yang perlu korang rasai sendiri di Pho Street, mari kita cuci mata dengan keindahan dekorasi restoran ini. Serius! Sangat cantik dan kemas. Ini terutama elemen-elemen deko yang digunakan umpama kita berada di jalanan negara Vietnam.
Klasik dan autentik. Suntikan pada pengcahayaan yang sederhana terang menjadikan seluruh ruang di sini nampak luas dan cantik.

Pilihan warna di setiap ruang juga menarik. Saya paling suka dengan feature wall di sini yang memaparkan aktviti masyarakat dan kesibukan bandar Vietnam setiap hari.
Jika kita ingin meraikan seseorang seperti sambutan hari kelahiran dan sebagainya. Ada juga sudut yang esklusif untuk kita raikan acara istimewa bersama yang tersayang.
Menurut Ms. Sow Keng Foo (Penolong Pengurus Pemasaran Pho Street), hidangan yang disediakan di Pho Street semuanya menggunakan ramuan segar dan mereka sangat berhati-hati dalam memilih bahan bagi memastikan kombinasi rasa dan aroma sentiasa mencapai tahap yang terbaik. Setiap masakan yang disediakan akan dipantau selia oleh chef eksekutif, bagi memastikan hidangan yang disediakan begitu autentik dan benar-benar mengikut resepi asli dari Vietnam.
Yerp!! Berbalik kepada menu hidangan istimewa yang ditawarkan bersempena dengan kempen "We Are Pho Everyone" antara yang korang boleh cuba adalah seperti:-
Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs
Memang puas hati dengan rasa udang segar serta 'rice noodle' dan juga daun herba. Dicicah bersama kuah kacang istimewa.
Crispy Spring Roll
Ini antara feveret saya. Rasa daging padu didalam intinya dan begitu ranggup spring roll di luar. Makan panas-panas dan cicah dengan nuoc cham memang terbaik.
Pho Beef Combination
Istimewanya bersempena dengan Kempen "We Are Pho Everyone", untuk satu mangkuk Pho Beef Combination ini akan ditawarkan harga RM0.62 sen (harga asal RM19.90) bermula daripada jam 11.30 pagi sehingga 1.30 tengahari pada 8 September di semua 6 cawangan Pho Street. Manakala bermula dari 9 Sepetember sehingga 16 September 2019, harga semangkuk Pho Beef Combination diberikan diskaun RM6.20 daripada harga asal.
Roasted Lemongrass Chicken with Fragrant Rice
Bagi yang menggemari nasi bolehlah mencuba set ini. Di mana ayam telah diperapkan bersama serai dipanggang dan dinikmati besama nasi dari beras wangi dan sos lada hitam.
Dari kiri Passion Fruit with Basil Mojito, Vietnamese Three Colour Dessert dan Vietnam Coffee (hot/cold)
Kopi Vietnam Pho Street memang terbaik dan rasanya betul kaw-kaw!
Jom kita raikan semangat muhibah bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-62 dengan menikmati hidangan 'street' yang hebat dari Vietnam dari restoran Pho Street.
Untuk keterangan lanjut dan promosi terkini boleh layari:-
