Restoran China Treasures terletak di Sime Darby Convention Centre sememangnya cukup popular dalam menawarkan sajian masakan cina. Dan biasanya restoran ini juga menjadi tumpuan untuk acara makan besar bersama keluarga.
Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke-62 tahun ini, Restoran China Treasures turut menawarkan promosi hebat kepada pelanggan-pelanggannya. Promosi "All You Can Eat" yang menawarkan 64 jenis dimsum dan 15 jenis makanan jepun ini pastinya mampu membuka selera. Ditawarkan pada 2 sesi setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti umum, iaitu pada jam 12pm-2.30pm dan 6pm-8.30pm.
Harga yang ditawarkan RM79++ (seorang) dan menariknya jika korang hadir berpakaian yang mempunyai warna jalur gemilang seperti merah, biru, kuning dan putih akan diberi tambahan 31% diskaun.
Dim sum sememangnya enak dimakan panas-panas. Jadi apabila kita sampai disini, barulah membuat tempahan dimsum apa yang kita inginkan. Sebab promosinya adalah "All You Can Eat" jadi kita boleh order sebanyak mana yang kita mahukan. Namun ianya juga datang dengan bersyarat. Semua hidangan yang ditempah perlu habis, jika tidak korang akan dikenakan denda kerana membazir, hehehe.
Pelbagai jenis sushi yang menarik. Untuk hidangan Jepun terdapat 15 jenis semuanya. So, korang boleh pilih mana yang ingin dinikmati.
Ada tempura juga tau! Sedap banget!!
Feveret saya semestinya. Terutama jika dinikmati ketika masih panas-panas.
Dan dalam promosi All You Can Eat, hidangan utama yang korang kena cuba haruslah dimsum. Terdapat 64 jenis dimsum yang boleh dipilih. Semuanya sedap-sedap tau!
Memang sedap dan menyelerakan. Antara inti dim sum yang paling gemari ialah isi udang :-)
Hidangan ini memang wajib korang cuba. Memang sedap! Terutama dinikmati dengan rendaman kuah ala-ala kicap jeoun.
steamed rice roll with shrimp
Dan yang ini memang feveret saya. Menambah 2 kali tau sebab sedap giler. Memang rekomen kat korang untuk mencuba juga.
radish cake
Salted Skin Fish
Saya tak ingat nama hidangan ini. Tapi diluarnya sangat ranggup.
Dan ini isi didalamnya. Not bad!
salted egg charcoal bun
Durian bun
Durian pancake
Ini memang sedap giler. Isi durian D24 segar didalamnya. Rasa sejuk-sejuk manis memang memikat jiwa.
All You Can Eat - Nikmat mana yang harus kau dustakan???
Kebersihan dan susun atur restoran ini memang kategori A.
Lihat sahaja ruang makannya yang cukup luas dan esklusif.
Atau di bilik khas istimewa buat mereka yang membuat tempahan dan permintaan untuk menikmati hidangan di sini secara privasi.
Jom kita makan dimsum dan makanan jepun bersempena dengan promosi "All You Can Eat" di:-
China Treasures
Sime Darby Convention Centre1A Jalan Bukit Kiara 1,
60000 Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi: