Sebagai seorang yang sangat gemarkan makanan yang dijual di tepi-tepi jalan (street), memang saya begitu teruja apabila diberitahu tentang pembukaan Chapayom di Central i-City yang begitu berdekatan dengan rumah. Dan Chapayom ada menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman lokal yang biasanya kita jumpa di 'street' Thailand.
Ke semua air yang ditawarkan di sini merupakan air minuman yang sememangnya cukup popular di negara Thailand. Tapi yang lebih menarik, air miuman yang dipesan kita boleh membuat permintaan istimewa dengan menambah 'topping' yang digemari seperti 'bubble' atau boba dan juga jelly. Psst: Untuk promosi sempena Merdeka topping adalah percuma yerpp..
Antara air minuman yang sentiasa menjadi permintaan pelanggan adalah seperti:-
Thai Milk Red Tea
Thai Milk Rose Tea
Thai Milk Green Tea
Thai Lime Red Tea
Thai Black Coffee
Dan sebenarnya ada banyak lagi minuman yang menarik. Seperti Thai Mocha, Thai Milk Coffee dan sebagainya.
Feveret saya tentulah Thai Milk Red Tea dan Thai Choco! Memang sedap, cuma untuk minuman Thai Choco coklat dia memang pekat.
Selain daripada minuman, korang juga boleh mencuba pelbagai hidangan makanan ala-ala di street Thailand. Antaranya seperti:-
Thai Imported Noodles (fishballs and crabsticks)
Ini memang sedap! Dengan kuah tomyam yang padu rasanya dinikmati bersama mee, bebola ikan dan jejari ketam. Makan panas-panas memang terbaik.
Seronok bila dapat makan berkongsi seperti ini.
Mango Somtum
Saya suka dengan rasa udang kering, masam-manis hirisan buah mangga, hirisan buah tomato, kacang tanah tumbuk dan sedikit percikan rasa pedas.
Mango Sticky Rice
Saya suka denan cara persembahan hidangan makanan ini. Nampak kemas dan teratur. Paling menarik warna pulut itu juga cantik.
Pulut mangga memang menjadi feveret my Yara. Dia boleh makan semua pulut mangga ni tau! Hahaha.
Jackfruit Sticky Rice
Kalau korang nak cuba kelainan, bolehlah order Jackfruit Sticky Rice. Buah nangka yang diletakkan pulut didalamnya dan kita nikmati bersama santan. Memang sangat direkomenkan!
Tidak dilupakan Thai Lok Lok. Sejenis snek Thailand yang sedap dinikmati bersama sos ataupun kuah oden.
Outlet Chapayom yang terletak di LG Central i-City ini turut menyediakan ruang makan (meja dan kerusi) bagi pelanggannya datang untk menikmati makanan dan minuman di situ. Sangat selesa samada kita datang makan seorang mahupun bersama keluarga dan rakan.
Oh ya! Bagi korang yang datang berbelanja di sini, dengan membayar lebih daripada RM30 bolehlah menyertai cabutan bertuah. Di mana hadiah yang ditawarkan adalah 1 gram solid gold. Dan ada 10 pemenang :-) Mana tahu rezeki datang minum dan makan di sini dapat ganjaran emas, heheh. Peraduan ini adalah sehingga 16 September 2019.
Untuk lebih info boleh layari:-
Jom korang singgah Chaayom Central i-City!
