Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

#NUH2019 Bersama Dr Azizan


Pada 30 Ogos 2019 yang lepas, saya berkesempatan menyertai pembukaan untuk Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Program hebat ini berlangsung selama 3 ini bermula dari 30 Ogos sehingga 1 September 2019. Apa yang menarik lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura menyertainya. Memang meriah dengan kehadiran peserta seawal pendaftaran dibuka 7 pagi lagi.

Adapun objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini adalah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan lagi tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Untuk pengetahuan semua program anjuran  Dr Azizan ini telah berlangsung selama 11 tahun  dengan tujuan yang sama, efeknya didapati semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu kita meningkatkan tahap pendapatan. Namun yang demikian, jika kita sedar ramai juga yang menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.

Kesannya ramai usahawan kita hari ini  tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang terpaksa  gulung tikar, mengalami kerugian dan paling menakutkan merek aperlu menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diimpikan.
Melihat pada permasalahan ini. RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai usahawan baru yang perlu dibantu. Rentetan daripada Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaannya. Beliau juga pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa dan tidak dinafikan sering gagal dalam perniagaan beliau. Dan mengikut strategi apa yang perlu dibuat dalam hidup Dr Azizan telah berjaya. Dan dengan kejayaan yang telah dibina, beliau ingin membantu lebih ramai orang lain untuk berjaya seperti beliau.

Untuk pengetahuan semua ketika Dr Azizan gagal dalam bisnes memang agak teruk sehinggakan beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.
Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.

Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu.

Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi.


Berlangsungnya program ini adalah bertepatanm dengan tarikh Malaysia merdeka dan sambutan Maal Hijrah bagi masyarakat Islam. Merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.

Lebih manis bila Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Hafiz Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk kami bantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.

Tidak kira usia, bangsa dan agama. Masing-masing yang berkeinginan untuk ubah hidup pasti akan menghadiri ke program "Nak Ubah Hidup" bersama Dr. Azizan. Perkongsian yanng mantap dan padat penuh bertenaga dari ikon usahawan Malaysia ini memang sangat dinantikan oleh semua.

Apa yang dapat disimpulan program konsert  ini sememangnya padat dengan ilmu yang mampu  memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir.

Korang boleh juga sertai program Nak Ubah Hidup 2020, dengan melayari laman  sesawang www.nakubahhidup2020.com . Jangan lupa untuk mendaftar ya!!

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933