Shell telah melancarkan Koleksi LEGO® Shell V-Power terbaru, yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari yang diperbuat daripada kepingan bata LEGO. Koleksi terbaru yang boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara seiring dengan semangat inovasi yang memacu kemajuan teknologi dan prestasi bahan api Shell V-Power.
Koleksi LEGO Shell V-Power yang dihasilkan melalui kolaborasi dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO ini memperkenalkan enam jenis model baru yang menjanjikan keseronokan kepada pelanggan dengan hanya mengisi bahan api atau berbelanja di Shell. Koleksi ini termasuk empat buah kereta ikonik Ferrari, set Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO, dan set Stesen Shell seperti yang terdapat di Litar Fiorano, iaitu litar lumba persendirian milik Ferrari Scuderia di Maranello, dengan patung mainan Saintis Shell LEGO.
“Melalui Koleksi LEGO Shell V-Power, kami dapat menarik minat orang ramai – termasuklah para pemandu, peminat perlumbaan kereta, penggemar barang mainan, kanak-kanak dan juga orang dewasa – untuk sama-sama menjadikan Shell sebagai stesen kegemaran mereka. Bagi kami aktiviti membina kereta mainan ini akan menjadi lebih bermakna jika dikongsi bersama. Visi kami adalah supaya para pelanggan dapat mengukuhkan ikatan sesama mereka ketika memasang set LEGO,”
“Kebanyakan pengguna tentu pernah bermain dengan LEGO semasa kecil. Ambillah peluang ini untuk menyusun semula set LEGO bersama rakan-rakan, seperti zaman kanak-kanak anda. Sempena musim cuti sekolah tidak lama lagi, tentu ada ibu bapa yang mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak melalui aktiviti memasang kereta Ferrari serta set permainan LEGO,”
Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.
kredit pic: Nannie Isa
Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau pembelian minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90.
Para pemandu turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 & HX7 (4 liter), dan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter).
Bersempena dengan cuti sekolah, memang anak-anak kita akan teruja apabila kita berikan set lego Shell untuk mereka berusaha membina dan berkreativiti.
Melalui komponen yang mudah dipasang bersama bantuan manual yang diberikan, sememangnya waktu bermain ketika waktu cuti sekolah mereka menjadi lebih seronok.
Ketekunan, sabar dan belajar mematuhu arahan cara membina antara kunci asas kejayaan dalam membina lego ini :)
Cantikkan apabila siap di pasang :)
Ok, kita boleh bermain bersama-sama...
Secara sepakat dan gembira!
Video cara pemasangan lego kereta Ferrari :)
Koleksi LEGO® Shell V-Power
*Sedikit info
Koleksi edisi terhad ini meraikan Perkongsian Teknikal selama 60 tahun antara Shell dengan Scuderia Ferrari ke arah keunggulan prestasi. Shell telah bekerjasama dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO selama lebih enam bulan untuk menghasilkan kereta dan set mainan yang baru. Model kereta dalam koleksi baru ini sekali lagi menampilkan motor tarik ke belakang paling kecil yang pernah dihasilkan oleh Kumpulan LEGO. Model ini direka khusus untuk Shell bagi menggerakkan kereta sejauh lebih 2 meter dengan satu tarikan.
Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016 atau sementara stok masih ada.
Antara koleksi Lego Shell:- set stesen Shell dengan patung mainan Saintis Shell LEGO; Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO; kereta Ferrari F12berlinetta; kereta Ferrari 512 S; kereta Ferrari F138; dan kereta Ferrari 250 GTO.
Para pelanggan juga digalakkan untuk berkongsi gambar-gambar koleksi LEGO Shell V-Power dan detik-detik indah bersama orang tersayang dengan menggunakan hashtag #ReadySetBuild.
Shell turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov) di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat dan menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik.
