Siti Khadijah (SK) jenama yang cukup terkenal dalam mengeluarkan busana gaya hidup muslim di Malaysiaa. Selai itu SK turut menawarkan telekung yang bercorak inovatif, motif dan berkualiti premium.
Untuk pengetahuan semua SK telah menganjurkan Kampong Siti Khadijah bermula dari 22 Oktober sehingga 28 Oktober 2019 dari jama 10 pagi sehingga 10 malam di Alamanda dan juga AEON Mall Kota Bharu Kelantan.Perkampungan yang berkonsep kampung tradisi ini turut menawarkan pelbagai permainan warisan lama seperti ceper dan batu seremban. Untuk pengetahuan semua, tahun 2019 merupakan tahun ke 10 SK ditubuhkan. Jadi bersempena dengan 10 tahun penubuhannya terdapat pelbagai promosi menarik ditawarkan sepanhan Kampong Siti Khadijah berlangsung. Antaranya diskaun sebanyak 50% untuk telekung-telekung yang terpilih. Manakala potongan sebanyak 70% untuk aksesori dan pakaian daripada label SK.
Paling menarik sebanyak 8000 hadiah PERCUMA menanti Famili SK yang hadir ke Kampong Siti Khadijah. Ini adalah sebagai tanda penghargaan pada mereka yang sentiasa menyokong jenam aini. Oh ya! Ada cabutan bertuah juga ya. Antara hadiah yang menjadi dambaan tentulah barangan kemas daripada Habib Jewel yang bernilai RM5,000.
Jangan lupa untuk terjah Kampong Siti Khadijah bermula 22 Oktober sehingga 27 Oktober 2019 di Alamanda dan AEON Mall Kota Bharu :-)
