Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Eve Confidence dan Eve Elegance Wangian Untuk Wanita Sejati Dari AVON

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Wangian memang dapat membina keyakinan diri. Bahkan bukan itu sahaja ianya juga dapat menyingkap pesona dan keanggunan kita tanpa sedari. Terbaru AVON telah memperkenalkan dua haruman dari Siri Eve iaitu Eve Confidence Eau de Parfum  dan Eve Elegance  Eau de Parfum.

Eve Confidence Eau de Parfumdihasilkan daripada nota manis melur harum yang diulit dengan kemewahan anggur hitam dan kayuan manis oak. Setiap semburan mampu memberikan anjakan keyakinan dan menyerlahkan keberanian dalam diri wanita.

Eve Elegance  Eau de Parfum dihasilkan daripada bauan lembut kelopak bunga jasmin, ledakan memukau delima segar dan juga bauan ambar yang cukup memukau. Haruman yang boleh menaikkan lagi persona personaliti yang bukan sahaja dapat dilihat tetapi akan sentiasa diingati.

Saya telah mencubanya sendiri kedua wangian ini dan sejujurnya memang ada kelainan kedua haruman yang diperkenalkan. Seperti Eve Confidence Eau de Parfum , haruman agak 'strong' bertenaga tetapi terselit bauan yang lembut menggambarkan pemakainya adalah seorang wanita. Memang saya menyukainya!

Eve Elegance  Eau de Parfum, sepertimana yang kita ketahui antara nota haruman yang digunakan adalah bunga jasmin. So, agak lembut harumannya terutama dikombinasikan bersama dengan bauan buah delima (fruity). Untuk ke jamuan esklusif, santai waktu malam saya akan memilih haruman ini.

Keduanya boleh didapatkan di butik-butik kecantikan Avon ataupun wakil penjual yang sah bermula dari 1 November 2019. Keterangan lanjut boleh layari www.shop.avon.my.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933