Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2974

Hada Labo+ Sensitive Hydrating Untuk Mereka Yang Mempunyai Kulit Sensitif

$
0
0
Pernahkah tak korang mengalami kekeringan kulit, terasa ktegang, merengsa, gatal-gatal atau kemerahan? Sekiranya korang mengalami semua ini, kemungkinan korang mempunyai kulit sensitif tau.


PUNCA KULIT SENSITIF
Kulit sensitif sebenarnta  boleh disebabkan oleh faktor luaran seperti cuaca, pencemaran udara dan pendedahan kepada sinaran UV yang berlebihan. Ia juga boleh disebabkan juga oleh faktor dalaman seperti tekanan, alahan dan perubahan hormon. 


Apa pun puncanya, kita boleh melindungi dan menjaga kulit kta dengan menggunakan rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating yang baru. 

 Dengan formula perlindungan tiga kali keberkesanan, produk ini mempunyai tiga ciri seperti  di bawah:


 Melindungi

Mengandungi Lesitin, Squalene dan Shea Butter yang membentuk kristal cair bionik yang tidak kelihatan sebagai lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam mengekalkan kesihatan kulit.


 Menguatkan dan Merawat

Mengandungi Phytosterols dan Ceramide yang membantu untuk melicinkan, melembutkan dan juga menguatkan serta merawat perintang kulit.


 Melegakan Kemerahan

Mengandungi Alpha Bisabolol dan Gingerol untuk menenangkan serta melegakan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.

Hada Labo+ Sensitive Hydrating terdiri daripada Pembersih Wajah, Losyen, Susu dan Krim. Dan ini semuanya diformulasikan dengan formula perlindungan yang boleh memulihkan keseimbangan dalam kulit korang :-)

Antara produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating  seperti berikut:-

Hada Labo+ Sensitive Hydrating Cream (50g) – RM78.90

Hada Labo+ Sensitive Hydrating Face Wash (100g) – RM29.90

Hada Labo+ Sensitive Hydrating Milk (90ml) – RM59.90

Hada Labo+ Sensitive Hydrating Lotion (170ml) – RM69.90


Dalam ujian pengguna menggunakan Krim Hada Labo+ Sensitive Hydrating pada kulit yang sensitif dengan kemerahan kulit, pengurangan yang amat ketara dalam melegakan kemerahan dan kerengsaan dilihat dalam tempoh hanya 4 jam selepas dipakai. Hasilnya menunjukkan keberkesanan krim dalam mengurangkan kemerahan kulit.

Oh ya! Semua produk Hada Labo, rangkaian Hada Labo + Sensitivity Hydrating juga mengandungi ramuan hebat iaitu Hyaluronic Acid yang boleh membantu menghidratkan dan mengembalikan kelembapan kulit.Selain itu dengan formulasi pH seimbang dan bebas daripada wangian, pewarna, alkohol dan minyak mineral menjadikan produk ini selamat digunakan.

Jom cuba Hada Labo+ Sensitive Hydrating !

“SEMPURNA X RINGKAS”
Untuk kesempurnaan dan kesederhanaan mutlak

#HadaLaboPlusRange
#HadaLaboSensitiveHydrating
#HadaLaboSkinSolutions
#HadaLaboMalaysia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2974

Latest Images

Trending Articles