Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Isu Sedondon.....

$
0
0
Suka saya nak kongsikan guntingan dari satu artikel yang dikongsi oleh Kak Ina KL di FBnya baru-baru ini. Artikel yang ditulis dengan kemas mengenai  ISTERI BULI SUAMI - tapi saya suka highlight isu ini sebagai ISTERI BULI SUAMI di musim-musim aidilfitri, kihkih.

Antara isu yang dipertengahkan adalah SEDONDON...

Saya memang perasan, kebanyakan pasangan memang suka berpakaian sedodondon. Dari zaman dowang bercinta cintun, di hari perkahwinan hinggalah dah beranak pinak. Kebanyakannya memang suka pakai baju sama.

Masa zaman saya belajar dulu, ada satu couple (kawan satu kolej kediaman), setiap kali saya jumpa mereka berdua mesti pakai baju yang sama, lagi ekstrem dowang siap pakai design baju yang sama. Memang kalau tengok cara mereka berpakaian benar-benar dalam mood "in love" lautan dalam Selat Melaka. Nampak bahagia berlapis2..tapi sudahnya dengar citer, tamat belajar masing2 kahwin dengan orang lain...erkk...

Tapi takdelah semua akan berkahir seperti itu kan...aishhhh alehai mulot...

Yang wajib sedondon waktu menikah dan bersanding...
Tak pernah lagi saya jumpa orang yang menikah dan bersanding, pakai lain2 kaler. Melainkan dowang tu pergi menikah kat Siam, tu kes lain..Sebab namanya kahwin lari so baju nak buat menikah pun asal sompek yang dapat dibawa ketika berlari, huhuhu...

Dan isu sedondon ni bukanlah perkara aneh untuk pakaian di pakai di hari-hari biasa. Memang kebanyakan pasangan suka untuk bergaya dengan warna yang sama biarpun pakaian untuk pergi kerja. Cam naluri dowang tu kuat untuk berpakaian ala2 sama warna ibarat "biarpun kita berada di mana sahaja kita tetap sehati sejiwa"...ok loyaaaa muntah hijau...

Salah ke?

Tak salah pun?

Kannnn....


Bila time raya lagi meriah, sedondon bukan setakat pasangan somi isteri bahkan termasuk pakej sekali anak-anak pun join sekaki. Lagi ekstrem jika adik-beradik sepupu sepapat, masing2 dah keluarkan kenyataan rasmi tentang tema kaler berpakaian untuk tahun itu. Gegeh setiap keluarga cari baju warna sama. Dah rasa boleh buat pakaian rasmi untuk mana-mana acara perkahwinan tahunan, hiks. Lagi menarik, sudah ditetapkan setiap hari raya yang ke berapa dengan warna berbeza...nak tampil kesepaduan katanya...

Selalunya yang paling beria untuk warna sedondon ini adalah pihak perempuan. Tapi ramai jer lelaki (somi) yang suka juga berpakaian sedondon dan tidak pernah kisah pemilihan warna yang diutarakan oleh pihak perempuan (isteri). Bagi saya sendiri pula, berpakaian sedondon seisi famili terutama di pagi raya, memang nampak meriah.

Cuma...

Takdelah merasakan WAJIB pakai sedondon..
Kalau berpeluang pakailah sedondon, hahaha..

Dan my laki memang jenis takdelah suka sangat pakai sedondon, konon cam pasukan boria @ pasukan tarian cak lompang...

Tapi...

Dia jenis yang tak kisah sangat, kalau dah ada yang itu (sebab bini sediakan). Lenjan jugaklah pakai. Tak pernah jadi isu besar pun. Agak rugi bila perkara-perkara remeh terutama tentang warna sedondon menjadi pokok perbalahan dalam hubungan keluarga.

Betul idok?


*gambar selingan :p
Meriahkan....


Hahahahahahaha



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936