Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

So Dim Sum, So Yummy

$
0
0
Peminat hidangan Dim Sum pasti teruja apabila kini Restoran So Dim Sum telah dibuka di tingkat 3 Central i-City Shah Alam. Untuk pengetahuan semua Restoran So Dim Sum menawarkan pelbagai jenis autentik dim sum halal pada harga yang cukup berpatutan. Ianya disediakan oleh chef yang cukup berpengalaman menggunakan ramuan yang halal sahaja.

Saya cukup suka dengan konsep dekorasi yang dipertengahkan, 'sederhana dan santai'. Dengan warna-warna lembut menjadi taruhan dalam setiap sudut Restoran So Dim Sum Central i-City. Susunan dan perletakan meja makan juga sangat kemas sekaligus memberi pilhan untuk kita memilih mengikut bilangan ahli keluarga/rakan yang datang bersama.

Hidangan ditawarkan adalah ala-carte jadi kita boleh memilih dim sum yang benar-benar ingin kita nikmati. Jadi tidak akan ada pembaziran berlaku.. Harga makanan yang ditawarkan di sini bermula dari RM4 dan ke atas. Jadi kita boleh pilih apa hidangan yang ingin kita nikmati dan ianya tertera dengan jelas harga yang dikenakan di dalam buku menu.  

Oh ya! Dim Sum di sini semuanya dimasak secara 'fresh' setiap hari tau. Ini untuk menjaga kualiti dim sum sekaligus memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang.

Antara menu di So Dim Sum yang korang boleh cuba:-) Ada dim sum stim dan goreng, nasi dan mee dan juga minuman.








 Macam-macam ada. Semuanya sedap!


Review : Dim Sum dan pilihan makanan lain

Prawn Cheong Fun | RM8

Antara hidangan 'hot seller' di sini yang perlu korang cuba. Memang sedap dan 'portion' agak besar dan banyak. First time saya cuba hidangan seperti ini dan memang saya rekomen untuk semua untuk mencubanya. Saya cukup suka denga rasa cili paste yang rasanya ada sedikit campuran udang kering.

Beancurd Roll | RM6

Sedap. Isi didalam agak tebal dan padu.

 Chicken Siew Mai | RM6

Peminat dim sum yang mempunyai rasa isi ayam, kena cuba yang ini. Nikmati ketika panas bersama sos khas untuk dim sum, memang terbaik.

Blackpepper Siew Paper | RM6.50

Untuk sedikit rasa percikan pedas lada hitam, hidangan dim sum wajib menjadi pilihan.

Prawn Roll | RM6
Prawn Roll memang sangat lembut. Saya sangat sukakan tekstur isi didalamnya.. Kemanisan udang memang terasa.

Cheesy Siew Mai | RM7

Kalau ditanya pendapat mana yang leagi sedap - goreng atau stim? Bagi saya untuk stim, rasa dim sumnya lebih lembut tapi gorengan rasa dim sum lebih garing.

Fried Cheesy Siew Mai | RM7

Ini pun sangat sedap!! Sebab mungkin saya peminat keju. Pertama kali saya makan dim sum berkeju dan rasanya sangatlah padu..padu padu..

Fried Mentaiko Siew Mai | RM7

Fried Prawn Roll | RM6

Sedap! Sedap! Krispy!!

Chicken Wings | RM.50

Hidangan  ini biasa sahaja tapi untuk anak-anak memang dia suka. Sebab tak pedas dan garing.

SO Fried Rice | RM9.50

Selain daripada nasi goreng, mee wantan mee juga antara yang sering di oreder oleh pelanggan. My Yara memang sangat sukakan rasa nasi goreng ini. Dia seorang saja hadap satu pinggan ini ya!

 Xian Pian | RM6

Ini adalah teh bunga yang sememangnya menjadi feveret saya dan anak-anak. Minum panas-panas dan ianya sangat bagus untuk kesihatan. Tiada gula hokeh. Apa yang best untuk set teh ini, ianya 'free flow, jika habis boleh minta tambah lagi yer.

Honey Lemon Tea | RM4.20
Milk Tea | RM4.20

Muka kekenyangan dan kepuasan setelah balun beria dim sum seisi keluarga, hehehe.

Kebersihan: 5/5
Harga : 4.5/5
Rasa: 5/5
Layanan : 5/5
Overall : 5/5


Keterangan lanjut mengenai hidangan dan juga promosi, boleh layari :-



Sedap, berbaloi dan puas hati!!
Sekali makan pasti repeat lagi ke sini :-)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935