Saya percaya pada hujung tahun inilah, waktunya kita sebagai ibubapa begitu sibuk merancang dan membuat pembelian barangan anak untuk ke sekolah. Selain daripada buku sekolah dan uniform, semestinya kasut baru juga tidak ketinggalan yang perlu ada didalam senarai pembelian.
Tahun 2021 Baru Wajib Memakai Kasut Berwarna Hitam
Apabila memakai kasut putih, kita akan sentiasa mengambil berat tentang kebersihannya. Ini kerana apabila didapati kasut putih itu kotor dengan segera kita akan membersihkannya. Secara tidak langsung kita dapat mendidik anak untuk sentiasa mendisiplinkan diri denganmenjaga kebersihan (Hygiene) tidak kira di mana sahaja berada. Pastinya setiap minggu anak akan membasuh kasut putih mereka ke sekolah.
Ini kerana bagi saya sendiri 'putih' itu melambangkan 'kesucian' dan 'bersih' Jadi untuk tahun terakhir anak-anak saya bersekolah memakai kasut berwarna putih, haruslah saya mendapatkan mereka sepasang dua kasut berwarna ini. Simbolik kepada tahun akhir bersama kasut putih ke sekolah!
Jenama PALLAS Sentiasa Menjadi Pilihan
Dan antara jenama kasut sekolah yang sentiasa menjadi pilihan adalah PALLAS. Sejak kecil lagi jenama ini cukup dekat dengan jiwa. Saya masih ingat lagi, sewaktu kecil disebabkan begitu berkehendakkan kasus PALLLAS JAZZ saya begitu gigih menabung sendiri. Duit belanja harian memang saya simpan demi untuk mendapatkan kasut kegemaran. Kebetulan pada ketika itu jenama kasut ini cukup popular di kalangan pelajar sekolah.
Itu cerita ketika berada di zaman remaja :-) Dan kini saya telah mempunyai anak yang sudah ke sekolah. Menariknya, anak-anak saya turut sukakan jenama kasut sekolah yang sama dengan ibu mereka. Bagi saya sendiri kasut sekolah PALLAS sangat tahan lasak dan ianya begitu berbaloi dengan harga kasut yang ditawarkan. *Pembelian kasut yang tidak perlu kerap dalam masa setahun.
Bukan mudah ya hendak buat keputusan. Ini terutama apabila kita mempunyai anak yang ada pelbagai ragam dan citarasanya sendiri. Walaubagaimana jenis rekaan dan bentuk kasut sekolah yang diidamkan tetap perlu mempunyai 4 ciri di bawah yang menjadi sebab kenapa jenama kasut PALLAS sentiasa menjadi pilihan saya sejak dulu lagi.
Lembut Didalam (Foam sangat tebal), SELESA dan Lebih Perlindungan
Ringan, dan LEBIH SELESA
Kasut PALLAS yang saya pilihkan untuk Amani memang sangat comel dan ringan. Mempunyai ciri X-light (Lightweight)! Apabila kasut mempunyai teknologi lebih ringan ianya bagus untuk pertumbuhan kaki. Selain itu ianya sangat lembut di bahagian atas dan juga di bahagian dalam kasut. Apa yang penting kasut putih jenis ini sangat senang dicuci dan juga di kapur.
Bagi saya sendiri rekaannya sendiri sudah menampakkan ciri-ciri untuk kasut anak perempuan. Sangat cantik dipadankan samada dengan baju kurung mahupun 'pinafore'
Daya Resapan Terbaik, Tidak Panas
Kelebihan warna putih ianya tidak akan menyerap haba (kurang resapan haba). Ianya menjadikan kita akan lega/sejuk dan tidak berasa panas. Secara tidak langsung kasut ini juga sesuai untuk digunakan untuk beriadah terutama penggunaan di waktu pendidikan jasmani.
Jangan Lupa Dapatkan Kasut PALLAS
Sekarang nak berbelanja sangat mudah. Selain daripada membeli di kedai kasut dan pasaraya, korang juga boleh dapatkan kasut PALLAS ini di laman web atas talian seperti :-
Selain itu, kasut rangkaian kasut PALLAS jugs boleh didapati di Pusat Membeli-Belah AEON.
Makin bersemangat untuk kembali ke sekolah dengan kasut PALLAS yang penuh bergaya dan selesa!