
Cuti sekolah baru-baru ini saya telah menghantar Amani ke Klinik Juara anjuran Milo Malaysia. Apa yang menarik terdapat pelbagai jenis permainan yang ditawarkan didalam modul Klinik Juara. antaranya seperti hoki, bola jaring, bola keranjang, bowling dan banyak lagi.
Tapi memandangkan ianya diadakan setiap hari Sabtu jadi saya telah memilih lokasi latihan yang berdekatan dengan rumah. Dan akhirnya saya memilih bowling. Ini bukan sahaja kerana faktor jarak (latihan di Aeon Shah Alam) bahkan sukan ini sememangnya antara yang diminati Amani.
Antara kelebihan dengan menyertai Klinik Juara Bowling ini seperti:-
KEMAHIRAN TEKNIKAL
Pelajari tip-tip dan teknik yang betul daripada jurulatih profesional.
KOORDINASI TANGAN-MATA
Tingkatkan koordinasi tangan-mata anak anda melalui latihan berstrategi.
TUMBESARAN FIZIKAL
Perolehi kekuatan kardiovaskular dan otot melalui latihan dan tubi.
Ke semua peserta Klinik Juara Bowling bergambar kenangan.
Klinik Juara Milo ini diadakan berkala setiap tahun, so korang kalau nak tahu lebih informasi dan aktiviti terkini boleh layari www.milo.com.my
