Semalam merupakan hari pengumuman keputusan UPSR untuk tahun 2015.
Dan saya antara ibu bapa yang ada juga perasaan nerbes apabila anak adalah salah seorang calon yang menunggu keputusan.
Kenapa nak nerbes?
Baru UPSR punnn... fine....
Sebab saya mak, automatik apa perkara yang melibatkan perkembangan anak saya akan nerbes;
Anak sakit ke...
Anak tak balik-balik ke lepas keluar main...
Anak tak nak makan ke...
Dan banyak lagi perkara anak yang boleh buat hati kita nerbes...
Keputusan dijangka keluar 10 pagi...
Sistem sms semakan UPSR pun bermula 10 pagi...
Dan saya pukul 10 pagi, baru berjaya keluar dari opis setelah menyelesaikan perkara opis yang menimbun. Sebabnya saya berjanji pada diri saya, akan menghadiri majlis pengumuman kputusan UPSR di sekolah dan memeriahkannya bersama ibu bapa yang lain :) Tibanya di sekolah dekat 10:25 pagi.
Ada gerai menjual bunga (ala-ala konvo pulak) di depan pagar sekolah.
Dalam hati cam terfikir...
Nak beli ke?
Belek2... Tak jadi beli...
Letak balik, terus menuju ke dewan sekolah...
Dari jauh saya dah nampak Dedet duk minum air kopi feveret dier...
Dalam sibuk nak siapkan tender dan hantar servis kereta sempat pulak Dedet datang ke sekolah.
Cikgu Azlin yang paling saya hormati...
Cikgu yang telah mendidik anak saya Anaqi dan juga Adriana...
Turut kelihatan dalam gambar guru besar dan guru bahasa Inggeris Puan Ranita...
Puan Hajah memberi ucapannya sekaligus mengumumkan prestasi sekolah.
Untuk sekolah anak saya, dari segi kuantiti yang mendapat 5A UPSR agak menurun, hanya 22 orang sahaja berbanding 31 orang tahun sebelumnya. Namun peningkatan dari kualiti gred agak mendadak juga. Ramai calon yang mendapat 4A 1B.
Kesian juga saya melihat wajah Puan Pengetua, ada sedikit kecewa tapi kata-katanya banyak juga memberi perangsang buat ibu-bapa dan murid.
Antaranya;
UPSR bukannya penentu masa depan...
Kerna kita masih perlu terus berjalan... untuk capai kecemerlangan dalam hidup.
![]()
Dan saya antara ibu bapa yang ada juga perasaan nerbes apabila anak adalah salah seorang calon yang menunggu keputusan.
Kenapa nak nerbes?
Baru UPSR punnn... fine....
Sebab saya mak, automatik apa perkara yang melibatkan perkembangan anak saya akan nerbes;
Anak sakit ke...
Anak tak balik-balik ke lepas keluar main...
Anak tak nak makan ke...
Dan banyak lagi perkara anak yang boleh buat hati kita nerbes...
Keputusan dijangka keluar 10 pagi...
Sistem sms semakan UPSR pun bermula 10 pagi...
Dan saya pukul 10 pagi, baru berjaya keluar dari opis setelah menyelesaikan perkara opis yang menimbun. Sebabnya saya berjanji pada diri saya, akan menghadiri majlis pengumuman kputusan UPSR di sekolah dan memeriahkannya bersama ibu bapa yang lain :) Tibanya di sekolah dekat 10:25 pagi.
Ada gerai menjual bunga (ala-ala konvo pulak) di depan pagar sekolah.
Dalam hati cam terfikir...
Nak beli ke?
Belek2... Tak jadi beli...
Letak balik, terus menuju ke dewan sekolah...
Dari jauh saya dah nampak Dedet duk minum air kopi feveret dier...
Dalam sibuk nak siapkan tender dan hantar servis kereta sempat pulak Dedet datang ke sekolah.
Ya ampun... Memang ramai ibu bapa yang datang...
Rasanya bilangan ibu-bapa yang hadir lebih ramai daripada calon UPSR...
Masing2 menunggu dengan debaran...
Dari wajah dapat kita perhatikan...
Saya ada juga bertanyakan kepada beberapa ibu bapa yang saya kenal di situ...
Tak semak melalui sms ke?
Masing2 menggelengkan kepala...
Sambil gelak2...
Biar suprise katanya....
Kalau kita perhatikan pada kehadiran ibu bapa ke sekolah anak untuk memberi sokongan terasa macam WOW besar sangat ke penilaian UPSR itu? Kannnnn...
Tapi sebenarnya kalau kita fikir kenapa ramai ibu bapa itu hadir;
1. Sebab nak kongsi kegembiraan mahupun kesedihan anak mereka.
2. Sebab nak sama-sama memberi sokongan pada sekolah terutama pada budi guru yang telah mendidik anak mereka. Bayangkan dari Darjah 1 hingga Darjah 6, 6 tahun tu kita amanahkan guru2 ini bersama-sama kita sendiri mendidik anak tidak kiralah sama ada ianya ilmu duniawi mahupun pekerti (sahsiah).
Dalam pukul 11 pagi guru besar bersama sekumpulan guru Darjah 6 turun ke dewan. Membawa setimbun kertas berwarna putih. Sepanjang perjalanan mereka ke dewan, kami ibu bapa semua bersalam-salaman bersama guru. Nerbes katanya...
Majlis dimulakan dengan ucapan guru Bahasa Melayu tahun 6...Cikgu Azlin yang paling saya hormati...
Cikgu yang telah mendidik anak saya Anaqi dan juga Adriana...
Turut kelihatan dalam gambar guru besar dan guru bahasa Inggeris Puan Ranita...
Puan Hajah memberi ucapannya sekaligus mengumumkan prestasi sekolah.
Untuk sekolah anak saya, dari segi kuantiti yang mendapat 5A UPSR agak menurun, hanya 22 orang sahaja berbanding 31 orang tahun sebelumnya. Namun peningkatan dari kualiti gred agak mendadak juga. Ramai calon yang mendapat 4A 1B.
Kesian juga saya melihat wajah Puan Pengetua, ada sedikit kecewa tapi kata-katanya banyak juga memberi perangsang buat ibu-bapa dan murid.
Antaranya;
UPSR bukannya penentu masa depan...
Kerna kita masih perlu terus berjalan... untuk capai kecemerlangan dalam hidup.
Pengumuman dibuat dengan memanggil anak-anak yang berjaya mendapat 5A terlebih dahulu. Seterusnya 4 A, dan juga murid yang ada peningkatan drastik dalam keputusan.
Saat pengumuman...
Pelbagai reaksi saya dapat perhatikan...
Ada yang menangis...
Ada yang terlalu gembira...
Ada yang macam blur-blur bila nama dipanggil...
Ada yang terlalu terkejut sambil berlari laju dan melompat ke atas pentas...
Ada yang bersungguh bersorak melihat kejayaan nama kawan dipanggil. Siap bangun melompat untuk kawan dan hug kawan yang berjaya itu. Sampai saya perhatikan aksinya itu berulang-kali even nama dia tak dipanggil pun sampai ke sudahnya. Kagum betul saya dengan pelajar itu, sentiasa positif dan hepi dengan kejayaan rakan2nya yang berjaya.
Ok... Kenapa anak-anak kita menzahirkan reaksi seperti itu...
Sebab 6 tahun mereka survive di sekolah rendah dan ini adalah harinya...
Bukan nak tunjukkan yang dapat straight A's itu bagus...
Bukan nak tunjukkan yang dapat banyak C tu kurang bagus...
Bukan nak tunjukkan takde A tu lemah... Bukan ya...
Di sekolah anak saya, terdapat juga calon UPSR dari kategori dileksia. Mereka mengambil kertas peperiksaan yang sama juga. Ibu bapa semua hadir bersama anak-anak mereka dan menyokong apa sahaja keputusan ujian yang diterima.
Ada seorang ibu...
Anaknya dileksia...
Pencapaian 3B1C1D (kalau tak silap)...
Ibu tu hepi giler...
Sebab apa? Sebab anaknya mampu menjawab soalan biarpun dapat gred tak seberapa, sebab dia tahu kebolehan dan masalah anak dia. Saya pernah borak ngan Puan ni... Kata-katanya banyak memberi inspirasi saya sebagai seorang ibu. Saya masih ingat lagi, satu nasihat yang cuba beliau sampaikan, yang bunyinya macam ni;
"Sesetengah orang malu dengan keupayaan anak sendiri. Saya ada 4 orang anak. Nak diuji, yang no 3 ada masalah dileksia. Banyak dah pakar saya jumpa dan minta nasihat. Last2 nasihat mak cik di kampung juga yang paling mengesankan. Duk kampung tapi ilmu dalam perkongsian sebagai seorang ibu sangat hebat, Mak cik tu pesan kat saya macam ni... Mok mana tak nak anak tu 'berjaya'? Mok maner nak anok tu susah? Tapi kalau mok tu tak kenal anok dier tu, itu lagi bermasalah"
So, saya pahamkan peel anak saya terutama yang no. 3 memang amek masa. Setahun pun belum tentu. Sebab karakter akan berubah. Cuma anak dileksia ni perhatian memang kena terOver lebih. Sebab dia agak sensitif. Mujur suami dan anak-anak saya yang lain sangat supportive. Jadi, saya perhati kepada cenderungan anak . Dan sememangnya ini bukan kita boleh lakukan untuk anak dileksia sahaja, anak yang normal juga perlu...
Tanamkan sikap "survival" dan the best achievement that you want to achieve in your life. As parent kita tolong support. Macam anak dia, memang sukakan aktiviti sukan, so dia dan somi serta ahli keluarga yang lain akan support anaknya dengan dunia sukan yang ingin diceburi sampai anak dia boleh capai apa yang diinginkan...
Hmmm... Tapi semalam bila saya baca kebanyakan status FB...
Agak pelik juga... Terutama statement macam ni;
"Ala UPSR jer pun..."
"Aku dulu takde A, sekarang doktor bedah yang berjaya..."
"Kena didik anak untuk lebih berjaya dunia akhirat berbanding duniawi, bukannya perlu dibanggakan dengan skor 5A..."
Dan banyak lagi...
Sebab apa kita sering keluar statement yang sebegini?
Sebab kita membanding!
Automatik kita akan jadi paranoid...
Honestly. Saya memang ambil apa sahaja yang dikongsi sebagai motivasi dan cabaran yang bakal dihadapi. Tapi agak kelakar sedikit bila saya tengok orang yang share status sebegini anak semua bawah umur 7 tahun. Jauh lagi rasanya nak merasai "debaran seorang ibu bapa yang menunggu keputusan UPSR". Atapun mungkin mereka akan bersikap "I dont care, just cool and steady". Memang thorbaeklah...
Sebab berkongsi dalam FB kan mana ada salah dan betul...
Ekspresi masing2...
Saya selalu fikir...
Perjalanan hidup ni jauh lagi nak kita harungi...
Unless memang umur kita dipinjam takat tarikh tu, so kita akan kembali kepada Pencipta :)
Salah ke untuk seseorang ibu atau bapa untuk merasai perasaan kegembiraan berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Adakah budak yang dapat semua 5A confirm tak berjaya pada masa akan datang? Biarpun kita semua pun sedia maklum, "Banyaknya bilangan A ataupun tidak banyak A atau langsung tidak ada A boleh juga berjaya capai apa yang mereka usahakan".
Janji kita usahakan bersungguh yang terdaya...
Jadi "survivor"sebenar untuk capai impian yang lama tertanam dalam jiwa.
Saya sendiri tengok dalam dunia realiti, ramai juga yang tak berjaya di sekolah jadi usahawan terkenal, jauh lebih berjaya dan bergaya daripada orang yang bijak pandai dan makan gaji.
Tepuk dada tanyalah selera nak jadi apa...
Asalkan jadi manusia yang baik dan taat pada perintah PenciptaNya...
Dah sentiasa membahagiakan hati ibu-bapa :)
Sudah cukup membanggakan...
Berani survive atas bumi yang nyata!

Sebagai ibu bapa, kita perlu sokong apa jua pencapaian anak kita...
Walau berapa A sekalipun anak kita perolehi, waima tanpa A pun, jangan putus mengucap syukur. Sebab mereka dah sehabis 'survive' dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Dan tahun depan mereka akan memulakan dunia baru mereka sebagai murid sekolah menengah. Dan seterusnya...
Dan tak dinafikan anak-anak kita pasti akan rasa sedih bila mereka tak berjaya capai apa yang mereka inginkan. *Siyesly, saya sendiri lihat bagaimana ada kawan2 anak saya yang nampak sangat down dan sedih. Terutama mereka yang mendapat 4A1B semalam. Tapi mujur ibubapa mereka datang dan peluk mereka, ada yang cium dahi anak dan usap2 kepala anak.
Terus memotivasikan mereka...
Sebab perjalanan untuk menjadi manusia yang berjaya masih jauh lagi...
