Koleksi Raya Avon Casa Kayangan Bertemakan Songket Kontemporari dan Moden - Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, corak 'songket' itulah yang dapat kita gambarkan pada hari ini. Melihat kepada keunikan warisan tempatan 'songket' yang tidak pernah di telan zaman, Avon Malaysia telah memperkenalkan koleksi Raya tahun 2020 "Casa Kayangan" yang bertemakan songket kontemporari moden.
Antara di dalam koleksi Cara Kayangan ini seperti set kamar tidur, langsir, set hidangan, linen dan perhiasan rumah. Memang cantik dan menarik apabila ianya didatangkan dalam satu set dengan corak dan warna yang sama.
Set Kamar Tidur
Memang sejuk mata memandang. Bukan sahaja coraknya cantik bahkan fabrik yang digunakan adalah serat mikro yang sangat lembut dapat memberi keselesaan kita tidur.
Terdapat set untuk kamar anak bujang "Uda dan Dara" (single) dan juga juga set ratu dan Raja Casa Kayangan untuk (queen).
Ruang Tamu
Ruang tamu antara tetamu akan tuju dulu. Bagi penggemar dekorasi yang 'simple' sedap mata memandang dan paling penting ianya versatil tetap diminati sepanjang zaman, korang bolehlah mempertengahkan konsep songket kontemporari dan moden.
Untuk langsir sliding door Casa Kayangan menggunakan motif songket pecah bunga lapan dan tampuk manggis. dan fabriknya juga adalah dari polister bercetak. Jadi kalau kita basuh dengan mesin, kita tidak perlu menggosoknya selepas dikeringkan kerana ianya tidak akan renyuk teruk.
Apatah lagi dipadankan dengan set sofa warna cerah, memang menaikkan seri ruang tamu korang!.
Motif pucuk rebung kalau kita lihat pada cushion cover casa Kayangan ini. Fabrik polister bercetak sangat mudah untuk dibersihkan jika terdapat kotoran.
Boleh padankan dengan balang serta Table Runner yang didatangkan dengan corak bunga pecah lapan dan tampuk manggis.
Balang (cookie jar - set of 2) Casa Kayangan ini diperbuat dan dari kaca didatangkan bersama penutup kedap udara.
Ruang Makan
Untuk ruang makan ada alas meja Casa Kayangan yang sesuai untuk meja 6 hingga 8 orang. Fabrik polister bercetak juga. dan korang boleh dapatkan juga Serving Platter dan Casserole dari siri Casa Kayangan.
Terdapat dua saiz Serving Casserole iaitu 2 liter dan juga 1.2 liter. Boleh digunakan untuk panaskan masakan di dalam microwave sahaja.
Beg ini agak popular dan 'hot selling' di Avon. Dijual pada harga promosi untuk sesetengah pembelian. So korang boleh dapatkan di butik Avon berdekatan atau pembelian secara atas talian.
Dapatkan di Butik Avon pada harga menarik,
Suasana Raya lebih berseri-seri,
Dengan sentuhan corak songket tradisi!
Semua siri Casa Kayangan boleh didapati di butik Avon pada 1 April 2020 nanti yerp...
Boleh juga dapatkan secara pembelian di atas talian www.shop.avon.my