Berpeluang menghabiskan masa bersama-sama keluarga bercuti di kawasan peranginan di tanah tinggi seperti Genting Highlands memang tidak akan saya lepaskan. Apatah lagi penginapan di Hotel esklusif yang serba-serbi lengkap dengan fasiliti bertaraf dunia pastinya meninggalkan momen yang sangat manis.
Gloria Residences Ion Delemen Genting Highlands terletak berdekatan dengan Pusat Keriangan Genting (kira-kira 9 minit perjalanan). Jika bertolak dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 45 minit. Hotel dengan rekabentuk moden dan kontemporari ini menawarkan pelbagai jenis pilihan bilik dan juga fasiliti yang hebat sekaligus memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang menginap di sini.
Terletak di kawasan tanah tinggi yang dikelilingi hutan hutan (rainforest) yang lama memberi lebih rasa privasi dan esklusif. Cukup sesuai untuk mereka yang datang bercuti samada sendirian, berteman atau famili. Bahkan untuk organisasi yang ingin adakan meeting, seminar mahupun bengkel juga sesuai diadakan di sini.
Ini kerana pihak pengurusan Gloria Residence menyediakan semua kemudahan dan fasiliti mengikut keperluan pengunjung. Seperti saya yang pertama kali menginap bersama keluarga di sini dapat rasakan konsep yang diperkenalkan memang benar-benar penginapan berorientasikan keluarga (family friendly). Gaya kehidupan seperti rumah dari segi konsep dekorasi rumah (ala apartmen) dan juga hidangan yang ditawarkan di restoran dan juga kafe.
Lobi. Kemas dan teratur. Agak luas dan sangat mudah berurusan di sini. Apatah lagi kedatangan disambut dengan penuh mesra oleh penyambut tetamu yang bertugas.
Ruang lobi yang menyediakan kemudahan seperti kerusi empuk dan meja kecil. Terutama buat penginap hotel yang ingin menunggu atau melepak santai di ruang ini memang memberi keselesaan. Kemudahan parkir memang banyak disediakan, jadi kita tidak perlu risau kalau datang beramai-ramai bercuti di sini.
Satu OOTD sebelum masuk bilik. Terdapat dalam 24 tingkat dan untuk setiap aras adala lebih kurang 12 unit rumah. Terdapat 7 kategori bilik ditawarkan, antaranya seperti Studio Room, One Bedroom Suite, Two Bedroom Suite, Family Suite, Two Bedroom Executive Suite, Three Bedroom Executive Suite dan Gloria Penthouse.
Saya dan famili menginap di Three Bedroom Executive Suite . Konsep ala apartmen (seperti rumah) yang mempunyai fasiliti dapur, 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan juga ruang makan. Untuk ahli keluarga yang ramai seeprti saya, menginap di dalam bilik seperti ini memang memberi keselesaan.
Bilik Tidur
Memang tidur nyenyak ya! Ini kerana di dalam setiap bilik disediakan juga kemudahan penyaman udara (aircond). Biarpun hotel ini sudah berada di tanah tinggi namun tetap juga disediakan fasiliti ini memang terbaik!
Bilik nombor dua yang juga luas juga. Ada meja dan juga kabinet baju.
Ruang Tamu
Ruang tamu, ruang santai bersama ahli keluarga. Pihak Hotel Gloria Residences juga menyediakan kemudahan wifi untuk tetamunya.
Ruang Bilik Air
Untuk bilik saya menginap terdapat 2 bilik air. Dan bilik air utama agak luas jika dibandingkan dengan bilik air tetamu. Turut disediakan keperluanmandian seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya.
Begitu juga dengan pengering rambut dan juga 'robe'.
Saya paling teruja apabila dapat mencuba sendiri produk Rosslyn ' Hair and Body Wash' yang serius sangat wangi dan lembut baunya.
Ruang Dapur dan Ruang Makan
Kemas dan selesa.
Ini pula ruang dapur. Disediakan pemanas air, ketuhar (mirowave) untuk kita panaskan makanan, air mineral, minuman segera dan air kotak. Terdapat juga peti ais untuk kita menyimpan barang makanan atau minuman yang perlu disejukkan.
Kemudahan Lain Disediakan Di Bilik
Kabinet rak kasut yang bertutup. Jadi bilik kita akan nampak lebih kemas dan teratur, tiada kasut bersepah-sepah di hadapan pintu.
Kemudahan menggosok seperti sterika, torchlight dan sebaginya.
Sebagai muslim, saya cukup gembira apabila bilik hotel penginapan sediakan sejadah. Ini bermakna pihak pengurusan sangat 'aware; tentang keperluan tetamu yang datang menginap.
Ada penunjuk kiblat lagi :-)
Jika korang bawa benda berharga, disediakan juga peti simpanan di bilik utama.
Fasiliti Lain di Hotel
Di sini terdapat banyak tempat yang boleh korang rakamkan untuk kenangan, Ini terutama bagi mereka yang sukakan berOOTD. Ada pancuran air pancut dengan landskap yang sangat cantik.
Terdapat juga fasiliti lain seperti mini 'playground' untuk kanak-kanak bermain.
Jika menginap di hotel, antara tarikan utama tentulah kolam renang (swimming pool). Menariknya kolam di sediakan di sini, airnya tidaklah terlalu sejuk. Bayangkan anak-anak dapat bermain air dengan gembira di Genting Highlands yang sememangnya sangat terkenal sebagai kawasan peranginan yang mempunyai suhu yang dingin (seperti bercuti di negara sejuk Eropah). Kolam ini dibuka seawal pukul 7 pagi sehingga 10 malam.
Terdapat juga kolam untuk kanak-kanak.
Bagi mereka yang suka bersenam tidak kira di mana sahaja. Pastinya tidak akan melepaskan peluang menggunakan kemudahan peralatan bersenam di gymnasium di sini. Ada pelbagai peralatan disediakan mengikut dan keperluan pengguna gym itu sendiri.
Gym di sini dibuka 24 jam ya!
Kita juga boleh bersauna di sini. Ianya terletak di kawasan tandas di ruang gymnasium.
Korang boleh juiga bermain dengan permainan lain yang disediakan didalam hotel. Sememangnya kita tidak akan bosan menginap di sini kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan dan ahli keluarga yang lain.
Kalau korang sukakan cabaran. Korang boleh cabaran outdoor yang disediakan oleh pihak hotel. Ada sedikit caj yang dikenakan. Memang best terutama bagi mereka yang mengadakan bengkel bersama organisasi di sini.
Ameer yang begitu teruja untuk mencuba flying fox buat pertama kali dalam hidupnya. Hahaha.
Ada zip lanes dan pelbagai lagi. Aktiviti yang dapat menguji keberanian seseorang. Yang bestnya sambil beraktiviti kita boleh lihat pemandangan hutan disekeliling.
Terdapat juga climbing walll disediakan di sini.
Memang unik dan menarik. Sekali-sekala bercuti kita cuba aktiviti yang agak ekstrem dan sesuai dengan fizikal ahli keluarga. Petugas yang membantu sangat profesional dan terlatih jadi kita tidak perlu risau tentang hal keselamatan dan sebagainya.
Jumpa lagi di entri seterusnya!
Check it out! Laman web dan sosial media untuk sebarang promosi mengenai penginapan di Gloria Residences Genting Highlands.
Bercuti tetapi seperti di rumah sendiri,
Gloria Residences memberi keselesaan dan privasi!
