Fairy Tales, seindah namanya secantik kafenya. Terletak di ion Delemen Genting Highlands kawasan tanah tinggi yang sememangnya menjadi tumpuan kepada mereka yang datang bercuti ke sini.
Baru-baru ini ketika saya dan keluarga bercuti di Gloria Residences Genting Highlands kami sempat menikmati minum petang di sini. Apa yang menarik selain daripada lokasinya di kawasan tanah tinggi tempat percutian, dekorasi kafe yang cantik juga boleh mendatangkan rasa keterujaan.

Dibuka setiap hari dari jam 1 petang sehingga 11 malam, kafe ini menawarkan pelbagai hidangan enak terutama pencucui mulut seperti kek dan pastri. Oh ya! semua kek dan pastri di sini disediakan oleh chef mereka sendiri.
Dekorasi dia memang sangat cantik! Ala-ala english style :-)
Kafe gaya esklusif ini memang sangat sesuai kalau nak datang berdating berdua. Dengan pemandangan dan suasana tanah tinggi yang sejuk-sejuk. Kafe ini memang sangat saya rekomenkan :-)
\
Set minum berdua. NAmpak sangat esklusif bukan kan!!Sebab deko sangat cantik, banyak tempat/dinding kita boleh berOOTD di sini. Memang jadi tumpuan pengunjung bergambar bila datang ke kafe ini.
Sesuatu yang sangat manis dan indah,
Apabila dapat minum petang gaya mewah,
Di Fairy Tales Kafe cantik dengan dekorasi yang gah!
