Saya nak kongsikan dengan korang di satu lokasi penginapan di Genting Highlands yang sangat cantik dan sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan ketika datang bercuti. G-Luxe by Gloria Genting Highlands menawarkan penginapan esklusif dan privasi yang lengkap dengan pelbagai fasiliti
Cantikkan! Ruang di depan lobi hotel. Kita boleh lihat awan di depan mata. Serius! Sebab kita berada di tempat tinggi.
Port untuk berOOTD. Memang jadi tarikan untuk tetamu hotel berada di sini dan bergambar.

Bersih dan santai. Sesuai samada kita datang sini atas urusan kerja mahupun bercuti bersama keluarga.
Ruang lobi yang luas dan selesa. Boleh dijadikan kawasan menunggu tetamu atau pertemuaan klien.
Saya tertarik dengan salah satu fasiliti yang telah disediakan di lobi. Pengilap kasut. Khas untuk tetamu yang datang memakai kasut kulit :-)
Untuk G-Luxe By Gloria ditawarkan 4 jenis kategori bilik. Antaranya Executive Deluxe, Deluxe Family Suite, 2 Bedroom Deluxe Suite dan G-Luxe Penthouse.
Saya dah lihat hampir semua contoh bilik yang ditawarkan di sini. Apa yang membezakannya adalah keluasan dan cara perletakan perabut mengikut jenis bilik yang dipilih.

Contoh kamar tidur.
Ruang meja kerja.
Contoh ruang meja makan dan dapur.
Disediakan juga mesin kopi Aristo dan kapsul
Untuk bilik air, disediakan juga saiz 'travel pack' yang mengandungi ubat gigi, berus gigi, sikat dan pelbagai lagi. Sangat praktikal!

Body was istimewa diletakkan di setiap bilik air.
Antara fasiliti yang disediakan di sini seperti kafe, sauna, gym. kolam renang dan kids clum (bilik permainan untuk kanak-kanak).
Untukdi premis G-Luxe By Gloria hanya ada Midtown Kafe. Namun sebenarnya terdapat banyak pilihan kafe di bangunan penginapan yang besebelahan seperti Home, Fairy Tales dan banyak lagi.
Kolam renang di sini agak unik. Sebab airnya tidak sejuk :-)
Sauna.
. Sekiranya kita berminat untuk mengadakan kursus/seminar untuk aktiviti pejabat mahupun organisasi, disediakan juga dewan kecil yang boleh diguna.
Pemandangan dari salah satu balkoni di G-Luxe by Gloria.
Di satu sudut bahagian bawah dijadikan satu taman dinamakan "Fantasy Garden". Di mana disediakan kerusi meja untuk melepak santai buat tetamu yang inginkan ketenangan sambil melihat pemandangan persekitaran hotel.
Ada air dari bukit. sejuk dan segar!
Untuk keterangan lanjut boleh layari,
