Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Jenama SofeaRose Mengajurkan Kempen Kesihatan Mental Bersempena Dengan Hari Wanita Sedunia 2020

$
0
0
Jenama SofeaRose Mengajurkan Kempen Kesihatan Mental Bersempena Dengan Hari Wanita Sedunia 2020 - Hari Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai kaum wanita. Segala pengorbanan, jasa yang dipernah dihulurkan oleh wanita seperti ibu, isteri, kakak, adik, nenek dan sebagainya terlalu tinggi nilainya. Bersempena dengan Hari Wanita tahun ini, jenama hijab terkenal SofeaRose telah menganjurkan satu kempen kesihatan mental dengan mengajak lebih ramai wanita di luar sana untuk lebih peka tentang isu ini.

Untuk pengetahuan semua, daripada kajian yang telah dijalankan 1 daripada 3 penduduk di Malaysia menghidap penyakit mental dengan usia seawal 16 tahun. Menyedari tentang seriusnya isu ini, SofeaRose dengan kerjasama NGO BefriendersKL telah menganjurkan program diskusi dengan membawa tajuk Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan

Menurut Pengarah Kreatif SofeaRose, Farrah Aina Sofian Sauri
Ya, kami sedar dan perlu bantu. Sepertimana yang umum tahu, masalah mental kini semakin berada di tahap yang begitu membimbangkan. Jika dahulu, ia mungkin dikaitkan dengan keturunan, tetapi pada hari ini, penyakit ini semakin menular di kalangan masyarakat dunia dengan bilangan yang meningkat secara mendadak. Besar harapan kami agar penganjuran program sehari ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada masyarakat umumnya dan kaum wanita khasnya. Saya percaya, jika kami tidak mengambil endah akan tanggungjawab ini dengan bantuan kuasa media khusunya, masyarakat kita akan terus tenat dan lemas tanpa bantuan.
Tidak dinafikan jenama SofeaRose cukup aktif dalam penganjuran program CSR. Di mana jenama label SofeaRose ini pernah menjalinkan kerjasama bersama Majlis Kanser Negara, MAKNA dalam menjayakan Pinktober Day sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut secara global.

Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan
Antara ahli panel yang dijemput adalah pasangan suami isteri Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan juga Dr. Husna Zahry. Di mana moderatornya adalah Shafinaz Yunus yang cukup terkenal didalam rancangan Program Analisis.

Banyak yang dikongsikan sepanjang majlis diskusi berlangsung. Antaranya apa itu sebenarnya depresi. Dan kesan seseorang yang mengalami depresi antara lain ianya melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan (tak ada on off). Mereka yang depresi juga akan hilang minat untuk sesuatu perkara, contoh selalunya dia suka makan sekarang tak lalu makan. Dan mereka juga tidak 'function' seperti seorang individu yang boleh bersama masyarakat.

Banyak juga isu yang diperbincangkan terutama dari segi kita perlu menjadi dan berada di dalam 'support system' yang baik dalam komuniti. Sentiasa menjaga kata-kata dan juga perbuatan. Sentiasa berzikir. Sentiasa memperbaiki dan jangan cuba lari dari masalah.

Doa Yang Boleh Diamalkan
Suka juga saya kongsikan dengan satu doa yang Ustaz Don ajak kita amalkan. Adalah lebih baik jika dapat dijadikan sebagai satu amalan harian.

Doa ini dapat mengelakkan kita dari penyakit seperti yang dinyatakan dengan IzinNya.

6 Tahun Yang Sukses
Pengarah Usrusan SofeoRose Encik Muhammad Zaki Yusof

Tahniah juga buat SofeaRose yang telah memasuki 6 tahun lamanya di pasaran dan terkini telahpun membuka 2 cawangan terbaru iaitu di Central i-City Shah Alam dan Kota Bahru. Moga terus sukses di tahun-tahun yang akan datang.

Dan jangan lupa korang untuk singgah di butik SofeaRose bagi melihat koleksi pakaian raya 2020 dan shawl serta tudung rekaan terkini. Semuanya canti-cantik dan menambat hati :-)

Untuk info lebih lanjut mengenai jenama label SofeaRose, boleh layari :

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935