Hari Tidur Sedunia 2020 merupakan tahun kelima penglibatan AmLife International Sdn. Bhd. dalam menyokong gaya hidup sihat dengan memastikan masyarakat mendapat tidur yang cukup dan sempurna.
Hasil tinjauan dari kaji selidik yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 buah negara masyarakatnya mengalami masalah tidur. Bahkan Persatuan Tidur Sedunia turut mendapati menjadi trend gangguan tidur semakin meningkat dan didapati semakin ramai mengalami masalah ini.
Di Malaysia sendiri didapati lebih 53% tenaga pekerjanya mendapat kurang daripada 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam dengan sekurang-kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan kerja. Secara purata dianggarkan 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak simpton insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah berkaitan tidur.
Berbekalkan prinsip "Life, Redefined", AmLife ingin menyokong masyarakat untuk mendapat kualiti tidur yang baik dengan memberi pendidikan serta perkongsian info melalui demonstrasi dan bengkel yang bakal diadakan di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Taiwan.
PERKONGSIAN DARI PAKAR TENTANG TABIAT TIDUR
Di majlis pelancaran Raikan Hari Tidur Sedunia 2020 ini juga, AmLife telah menjemput beberapa penceramah antarabangsa untuk berkongsi infomasi tentang kesihatan tidur. Antaranya adalah Cik Rosemary Clancy yang merupakan Pakar Psikologi Klinikal di Sydney Sleep Center. Beliau juga merupakan Pakar Psikologi Berdaftar dengan Agensi Pengawalan Pengamal Kesihatan australia (AHPRA-Australia Health Practitioner Regulation Agency).
Menurut Cik Rosemary, tabiat mengambil pil tidur yang berlebihan boleh memberi kesan jangka panjang. Namun beliau ada kongsikan tabiat tidur masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:-
- 9 dalam 10 menderita 1 atau lebih masalah tidur
- 78% risau tentang kesihatan akibat tidur yang tidak sempurna
- 48% suka membaca buku, menonton tv dan mendengar radio sebelum tidur
- 59% suka bersenam, 48% mempunyai kesedaran tentang meditasi
- 46% perempuan (majoriti insomnia) lebih gemarkan solusi tidur secara natural
Encik Kerwin Chen, Pakar dan Penyedlidik Makanan turut menegaskan selain daripada persekitaran tidur yang selesa pengambilan makanan yang betul juga penting dalam memastikan kita mendapat tidur yang sempurna. Ini terutama diet yang sewajarnya diambil menerusi makanan yang disediakan di rumah.
ANCAMAN KEPADA TABIAT KURANG TIDUR
Sememangnya masalah kurang tidur ataupun tidur yang tidak sempurna boleh memberi kesan yang sangat berat. Ianya boleh mengundang kepada ancaman nyawa yang boleh membawa maut. Antaranya seperti:-
STROK (Angin Ahmar) - 4 Kali Lebih Tinggi
Menurut USA Today, mereka yang tidur kurang dari 6 jam sehari berdepan dengan risiko di serang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama
OBESITI (Kegemukan) - 73% Lebih Tinggi
Satu kajian yang telah dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang untuk menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi dikalangan orang yang kurang tidur.
KANSER - 47% Lebih Tinggi
Satu kajian yang telah dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi.
JANTUNG - 1.45 Lebih Tinggi
Kurang tidur boleh membawa kepada infarksi miokardium. HAsil kajian mendapati bahawa orang yang kurang tidur daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap sakit jantung arteri koronari.
PRODUK TERBAIK AmLife
Menyedari tentang kepentingan tidur yang sempurna ini, AmLife telah memperkenalkan teknologi terkini yang dapat membantu kita mendapatkan kualiti tidur yang terbaik. Kenalkan siri AmPower Platinum yang serba baru dan Ampower Platinum Heat Sleep Masl, AmPower Platinum Beautifly Pillow dan AmPower Platinum Blanket.
AmPower Platinum Pillow diperbuat daripada teknologi platinum eksklusif yang telah direka secara ergonomik.Melalui penggunaan harian, ianya dapat melindungi tulang belakang melalui detoksifikasi otak semasa tidur. Kita akan dapat merasai kesannya jika menggunakan secara konsisten untuk tempoh yang panjang. AmPower Platinum Pillow mempunyai 6 bahagian dan didalamnya terdiri daripada manik polimer yang mempunyai 4 jenis saiz, bentuk dan kelembutan yang berbeza. Secara tidak langsung ianya dapat memberikan kesan sokongan yang berbeza juga. Dan tidur diatasnya seperti kepala diurut-urut dengan selesa.
Ampower Platinum Blanket
The AmPower Platinum Blanket adalah 100% teknologi diperbuat di Jepun. Fabriknya ialah daripada gentian platinum dan juga kain kapas yang halus dan lembut apabila disentuh.
Amlife Hokutolite Blanket
Selimut yang dapat memberi keselesaan dan lebih tenang ketika tidur.
Untuk memberi melembap dan meremajakan kulit anda. Ianya dikatakan dapat membantu mencerahkan lagi kulit wajah agar kelihatan lebuh berseri-seri.
Zleephonin
Minuman botani ini sesuai dijadikan suplemen untuk memperbaiki mood (mood-healing), keremajaan (anti-aging) dan juga meremajakan kulit (rejuvenating).
Tahniah kepada AmLife kerana telah memenangi Sebutan Kehormatan Hari Tidur 2019 dan juga Anugerah Aktiviti Unggul 2018 di Persidangan Tidur Sedunia di Vancouver Kanada pada 22 September 2019. Sebuah acara bertaraf antarabangsa yang menghimpunakan 352 wakil rasmi dari 53 buah negara dengan menjayakan 200 Acara Hari Tidur Sedunia.
Jom dapatkan tidur yang berkualiti, untuk kesihatan serta kesejahteraan yang berpanjangan!
