Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Menyusuri Sungai Chini dan Singgah Di Perkampungan Orang Asli

$
0
0
Saya sebenarnya memang peminat kisah-kisah mistik yang menjadi lagenda terutamanya dari tanahair sendiri. Keinginan tahu yang tinggi dan pada yang sama saya merasakan kisah-kisah ini ada banyak tauladan yang boleh kita pelajari.

Kebetulan saya dan keluarga bercuti di  Pekan Pahang satu masa dulu, jadi kami sempat singgah di Tasik Chini. Oh ya! Kalau menginap di AnCasa Pekan Pahang memang ada pakej melancong ke Tasik Chini tau. Ianya memang menarik :-)

Tasik Chini bagi saya tempat pelancongan yang boleh dibangunkan. Selain daripada kaya dengan khazanah semulajadi, kawasan ini sememangnya sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti outdoor. Tasik Chini ini dikatakan seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut yang mengelilinginya, iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.
Sempat bertemu dengan Pak Andak anak jati dari Kampung Tasik Chini, beliau ada berkongsikan kisah lagenda turun temurun mengenai Tasik Chini. 

Menurut beliau, kisah mistik ini hanyalah cerita lagenda semata-mata tidak ada kebenarannya. Kisah perebutan anak raja untuk dijadikan suami oleh dua wanita. Dan pergelutan itu menyebabkan kedua wanita itu bertukar disumpah menjadi naga. Pergaduhan sering berlaku menyebabkan tasik pecah menjadi beberapa batang sungai.

Namun saya tertarik dengan sebuah lagi lagenda Tasik Chini adalah berkenaan kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ.

Misteri ini mungkin akan diperjelaskan setelah penemuan beberapa artifak seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha, tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat bahawa teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.

Sumber : negeripahang.com

Tapi serius! Melihat sendiri kawasan Tasik Chini saya dapat bayangkan satu hari ianya boleh dibangunkan menjadi kawasan tarikan pelancong luar negara mahupun masyarakat tempatan. Bukan sahaja kita dapat melihat keindahan alam semulajadi di sini bahkan kawasan ini juga boleh dijadikan tempat para peserta kursus dari organisasi untuk berprogram seperti team building dan sebagainya.

Sementara menunggu bot, kami sempat 'explore' apa yang terdapat di berdekatan dengan jeti. 
Cantikkan 'banglo' ayam. Macam rumah replika.

Afiq sempat berbasikal di situ. Seronok walaupun cuaca pagi tersebut agak terik.

Sejenis penyayang pada haiwan, Yara dan Amani memang pantang nampak kucing. Teruja betul mereka :-)

Jeti agak kecil. Untuk ke Tasik Chini kita akan menaiki bot menyusuri Sungai Chini.


Memang sangat cantik kawasan persekitaran. Sepanjang kami menyusuri Sungai Chini pelbagai jenis flora kami jumpa. Ada juga yang bertanya sungai ini ada buaya tak? Setakat ini apa yang kami nampak hanyalah biawak tapi menurut Pak Andak memang tiada buaya sebenarnya.

Terdapat di satu kawasan yang dikenali sebagai Lubag Ular. Dikatakan pernah ada ular sebenar anaconda tinggal di sini.

Pusat Penyelidikan UKM :-)


Sangat cantik! Rasa tenang disini.


Teruja sebab ada gambar naga di situ

Singgah di perkampungan orang asli Tasik Chini

Nama tempat ini adalah Kampung Cendahan. Saya perhati dalam 7 keluarga rasanya tinggal di sini,


Terdapat juga produk-produk keluaran masyarakat orang asli dijual di sini.

Yang bestnya dekat sini kita boleh mencuba menyumpit. Sebab disediakan aktiviti ini di sini juga :-)

Agak panjang juga sungai yang kami lalui. Dikatakan sebelum ini kawasan ini memang cantik dengan kehadiran bunga-bunga teratai.



Hutan bakau yang menyuntik pemandangan hijau di sini. Memang cantik!

Cantik! Refleksi air sungai di sini.

Khazanah yang dicari telah ditemui,
Di lokasi lagenda Tasik Chini,
Dapat menikmati keindahan semulajadi,
Moga terpelihara hingga bergenerasi


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933