Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Beli Ikan Talapia Segar Dari Cosmos Green Farm

$
0
0
Nikmat betul bila kita membeli ikan segar di musim PKP ni. Apa yang penting ikan-ikan yang dibeli dibersihkan terlebih dahulu sebelum hantar ke pelanggan. Dan baru-baru ini saya teringin sangat nak menikmati ikan talapia. 

Mujur kawan saya aa rekomenkan dengan Cosmos Green Farm di facebook. Terus saya order dari situ. Memang sangat mudah dan praktikal.

Harga untuk ikan talapia yang ditawarkan adalah RM18kg (400g - 600g). Minimum order adalah RM50. Caj penghantaran ditanggung oleh pembeli. Dan korang boleh hubungi Encik Norman : 013-3353134. Segala pertanyaan boleh dibuat dari hari Isnin sehingga Sabtu dari jam 10 pagi sehingga 2 petang sahaja.

Senang betul berurusan dengan pihak Cosmos Green Farm ni tau. Lihat sahaja pada ikan talapia yang saya beli. Memang nampak segar!

Segar dan bersih. Memang puas hati!

Saya sediakan 3 jenis hidangan dari ikan talapia ni tau. Ikan Bakar Talapia, Ikan Talapia Goreng Garing dan Ikan Talapia Masak Masam Manis.

Ikan Talapia Bakar
 Paling senang disediakan. Sebab ikan talapia yang saya dapat ini memang segar.

Bahan yang diperlukan hanyalah garam dan ikan talapia. Hanya lumur ikan talapia dengan garam.

Kemudian bakar ataupun gril. Ikan segar memang kita akan rasa isinya manis.

Saya juga menyediakan sambal kicap untuk dinikmati bersama ikan bakar. Bahan yang diperlukan hanyalah cili, tomato, bawang, garam, gula, perahan air limau dan kicap. Garam hanya letak sedikit sahaja kerana biasanya kicap memang dah rasa masin. Cili, tomato dan bawnag potong dadu/kecil. gaul sebati semuanya.

Ikan Talapia Goreng Garing
Ya ampun! Ini memang sedap. kalau meratah macam tu pun puas. Tapi nak lebih kenyang nikmati dengan nasi panas.

Bahan yang diperlukan sangat mudah. Hanyalah sedikit tepung gandum, garam dan kunyit. Lumur rata.

Goreng dalam minyak panas. Pastikan minyak betul panas-panas baru masuk ikan. Ini bagi mengelakkan kulit ikan terlekat pada permukaan kuali.

Ikan Talapia Masak Masam Manis
 Saya hanya tambah sos ayam masak masam manis ke dalam ikan yang telah digoreng. Hidangan ini antara kegemaran anak-anak saya.

Boleh tonton cara penyediaan soso masam manis di sini yerp!!


Selamat menjamu selera. Hidangan tengahari saya yang ohsem!

Ada sayuran dan buahan juga akan datang tau. Korang boleh lihat pada pakej yang ditawarkan oleh Cosmos Green Farm. Memang murah dan berbaloi!

So, korang boleh pilih pakej samada A, B ataupun C

Antara kawasan yang boleh dibuat penghantaran boleh rujuk pada gambar di atas ya!

Untuk keterangan lanjut boleh layari:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936