Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Raya 2020 Dalam Kenangan

$
0
0
Alhamdulillah. Tahun 2020 biarpun di musim PKP, kami adik beradik masih berpeluang untuk beraya sama. Kebetulan mak dan adik-adik tinggal dalam negeri yang sama, jadi tak ada isu rentas negeri dan sebagainya.

Dan tahun ini biarpun dalam tempoh PKP,  persiapan memang ala kadar tapi sempat juga kami rancang sama-sama untuk masak juadah raya. Seperti biasa kalau menu kami akan bincang dan rancang untuk mengelakkan pembaziran selain daripada memastikan semua hidangan yang disediakan dapat memenuhi citarasa ahli keluarga masing-masing.

Tahun ini juga pertama kalinya saya tidak beria dalam menyediakan baju raya untuk keluarga. Kebanyakan baju adalah ditaja samada pemberian mak, my adiks dan juga butik dari job yang saya dapat sebelum PKP. So memang jimat banyak di situ,

Malam raya saya dan anak-anak tudur di rumah mak. Kebetulan Mak Biq dan Uncle Pary datang, so melenjan depa main bunga api malam tu. Saya pula mula sibuk memasak rendang dan sebagainya. Pagi-pagi raya selesai bersihkan diri, sarapan pagi ala-kadar, kami semua berkumpul dan solat raya bersama. Solat raya kali ini diimamkan oleh Pary my adik ipar.

Seronok! Sebab pertama kali solat raya secara berjemaah di rumah beramai-ramai.

Ini menu pertama di pagi raya. Ekceli masa Mak Sha datang memang terus penuh meja dengan pelbagai jenis kek dah rendang dari mak mertua Ecah yang duk Kajang. Ini antara hidangan yang saya sediakan, tapi taklah semua ada juga dari Mak Biq. Antaranya seperti rendang ayam, nasi arab, kuah kacang, rendang daging, daging dendeng, ketupat palas, lemang segera, ...ehh dan banyak lagi, hahaha.

Janji kenyang dan habis semuanya :-)

Raya ini bertambah meriah, bila kita dapat makan bersama-sama satu keluarga. Berapa kali menambah pun tetap berselera.

Sesi bermaafan dan pemberian duit raya. Dari mood sedih jadi kelakar perginya. Saling usik-mengusik di pagi raya menceriakan suasana.






Walau beraya sesama kita jer, anak-anak pulun juga dapat duit raya, hahahahaha

Sempat juga celebrate birthday Amani di pagi raya. Sambut awal. Kebetulan kazen, adik beradik, pakcik makcik semua ada. So, terasa juga kemeriahannya.

Best friend ni! Yara dan Adel. Gaduh berdua pun sama kuat jugak, hahah. Selalu yang tukang lerai, nenek depalaa...

Acara wajib setiap kali jumpa adalah BBQ. Kali ini sate dan daging perap ditaja oleh Mak Sha. Memang sedap giler daging kambing perap tu. Berjus!

Kalau raya memang kena acara main bunga api. Ianya lebih kepada kegembiraan buat anak-anak sebenarnya.





Dan sempat juga Uncle Pary buat servis gunting rambut. Beratur anak buah sebab nak guna perkhidmatan gunting rambut secara percuma, hahahaha.

Apapun Raya tahun 2020, memang best! Biarpun tak ada upacara ziarah keluarga lain tetapi ianya tetap meriah. Moga kita ketemu lagi di raya tahun depan :-)

Psst: Tak raya pun kitaorang selalu juga buat gathering adik-beradik, cuma selalu plan tak jadi and yang jadiknya bila last minute plan, hahahaha.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933