Musim PKP, bila semua wajib duduk di rumah 24 jam memang penggunaan elektrik akan menjadi dua kali ganda. Apatah isi rumah yang ramai seperti saya yang mencecah 9 orang. Namun latest bil apabila Dedet pergi bayar memang cecah RM900 lebih untuk 71 hari, memang naik lebih 3 kali ganda dari biasa.
Ini bukanlah bil anggaran dari aplikasi. Jika dilihat pada anggaran untuk rumah kami lebih kurang RM600 lebih sahaja. Ini adalah bil berdasarkan meter terkini penggunaan. Di mana Dedet ambil gambar bacaan meter dan tunjukkan di pegawai pejabat TNB. Dan terus buat pembayaran di situ.
Kenapa mahal, biarpun ikutkan hanya 1 aircond yang digunakan (dipasang dari jam 11pm sehingga 7.30 am pagi setiap hari)?
Antara mungkin menjadi penyebab..
- 5 orang anak terlibat dalam kelas online, pagi hingga petang setiap hari.
- 3 orang anak jenis suka stay up sampai ke pagi (kadang-kadang). Gamers. Main game secara online. Masing-masing ada team.
- Buka router agak lama. Untuk penggunaan internet. Samada kelas online, entertainment sendiri dan juga Netflix!
- Masak beria-ia setiap hari. Penggunaan perkakasan dapur air fryer, periuk nasi, pressure cooker dan oven.
- Cleaning (vacuum) satu hari cecah 5 kali. anak ramai. Rumah cepat bersepah. So, jadi tabiat, rumah sepah cepat-cepat vakuum.
- Rumah agak luas. ada banyak bilik. Anak-anak lepak samada di ruang tamu bawah, atas dan bilik masing-masing. Jadi penggunaan kipas dan juga lampu agak banyak di situ.
- Orang kata kerap buka peti ais juga menjadi punca, hahahah
Dan mungkin banyak lagi. Tanpa kita sedari.
Tapi dedet kata, anak-anak banyak kali juga berada dalam tempoh yang lama (semua anak berada di rumah) dan main game waktu malam juga pun. Tapi bil paling mahal tak cecah RM300.
Hmm....
Tapi kalau kita dapat fahamkan takrif bacaan dari TNB, kadar yang dikenakan akan meningkat mengikut penggunaan. Problemnya, di waktu PKP bacaan bulanan bukan kiraan untuk sebulan. Ianya akan berlarutan. Jika dalam tempoh lebih 30 hari makin tinggi takrif kadar yang dikenakan. Kalau kita bayar bulanan ikut jumlah di appliasi TNB sekalipun ianya lebih kepada jumlah anggaran bayaran semata.
Jadi solusinya, lepas tengok bil dan terus bayar habis segala caj yang dikenakan.
Saya dan ahli keluarga sepakat..
- Masak bila perlu. Tak boleh mengada-ngada sikit nak makan ayam goreng, karipap dan elak masak guna air fryer, hahaha
- Kalau boleh duduk satu ruang yang sama. Bagus juga. Lebih banyak interaksi bersama adik beradik yang lain.
- Kelas online seperti biasa tapi pukul 1am semua kena masuk tidur.
- Pastikan plug yang tidak digunakan bukan sahaja off suisnya bahkan cabut dari soket.
Saya dan suami (Dedet) sebenarnya sangat optimis dengan caj yang dikenakan. Walaupun mahal tapi bila semua nak berada di depan mata. Banyak perkara yang kami dapat lakukan sama-sama. Itupun dah happy sebenarnya, heheh. Cuma lepas ni kena lebih berjimat sebab sayang juga bayar duit elektrik (benda yang tak nampakkan).
Wekk...
