Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Tempahan Kek di The Cakery Memang Berbaloi dan Sedap!

$
0
0
Tempahan Kek di The Cakery Memang Berbaloi dan Sedap! Hanya dengan sebiji kek menjadikan orang yang tersayang tersenyum riang. Pilihan kek tentunya yang terbaik dari segi kualiti dan rasa, serta ditawarkan pada harga yang berpatutan. 

Kenalkan The Cakery, kedai bakeri atas talian yang telahpun memulakan operasinya pada 8 Mei 2020 sehingga kini lebih 100 kek telah dibuat pesanan daripada pelanggan sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur.

Dan baru-baru ini saya telah membuat tempahan Kek Pandan Gula Melaka dari The Cakery. Ini bagi meraikan anak-anak saya di rumah memandangkan tidak lama lagi Yana akan kembali ke MRSM bagi persediaan SPM.

 Kami telah memilih Kek Pandan Gula Melaka kerana ianya adalah salah satu varian kek yang digemari seisi keluarga. Ternyata kek dari The Cakery memang tidak mengecewakan. Saya suka betul krim di bahagian luar, lemak-lemak dipadukan pula dengan karamel gula melaka. Memang sedap!!!

Begitu juga dengan tekstur keknya yang sangat lembut dan wangi (bau daun pandan).  Bukan sahaja golongan dewasa, bahkan kanak-kanak turut menggemarinya.

Menurut pengasas The Cakery, Kavi Vitya;

My introduction came thanks to my late grandmother who used to run a restaurant and catering business. I remember helping her with the many dishes and desserts, and that was how my love for baking and cooking began.

Our focus is health and taste. With that in mind, we use high-quality ingredients, and ensure that our cakes satisfy the taste buds of our customers.


Pelbagai jenis kek ada ditawarkan antaranya seperti Butter cakes, Chocolate cakes,
Cheese cakes, Brownies dan Cupcakes. Pelanggan boleh membuat tempahan samada untuk mengambil sendiri (pick-up) di Brickfields ataupun melalui servis penghantaran. 

Selain itu kita juga boleh membuat permintaan mengikut dekorasi kek seperti yang diinginkan bergantung kepada minat dan kesesuaian majlis yang diraikan. Buat masa ini The Cakery hanya beroperasi untuk negeri Selangor dan Kuala Lumpur dengan tempahan dalam tempoh 1 hari notis sahaja.

Antara kek/cupcakes/brownies lain yang ada ditawarkan di The Cakery seperti:-







 Dan banyak lagi...


Jom order kek dari The Cakery,
Pasti puas hati :-)

Untuk pertanyaan, keterangan dan tempahan boleh hubungi:-
WhatsApp di talian 012 750 2810.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935