Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Miraly Asam Pedas Claypot di Jasin Melaka

 Kalau korang ke Jasin Melaka, jangan lupa untuk singgah warung tepi jalan "Miraly Asam Pedas Claypot". Masakan pedas antara yang power kebanyakannya datang dari negeri Melaka, betul kan? Lokasi warung ni berdekatan dengan Penjara Industri Jasin.

Btw. Masa mula-mula dulu tengok penjara ni, selalu terfikir penjara industri ni untuk orang yang melakukan kesalahan dalam sektor industri ke? Hahaha. Sebab bangunan penjara dari luar nampak cantik, gitewww.

Rupanya bila saya tanya dengan pemilik warung ni, penjara industri ni sebenarnya menempatkan banduan yang akan dibebaskan (macam dalam setahun sebelum dibebaskan, rasanyalah). Dan banduan ini akan diberi latihan industri secara komprehensif kat sini.
Hokeh! Belanja satu gambar boss beria selfie depan warung Miraly. Warung ni diusahakan oleh penduduk kawasan situ juga. Orang lama. Saya lupa tanya nama pakcik tu. Tapi memang pekat benor gaya bahasa orang Melaka, hiks.

Peramah dowang melayan kitaorang. Warung ni mungkin orang tak perasan kewujudannya sebab walaupun ianya terletak di jalan utama ke Pekan Jasin tapi sekitarnya terdapat banyak pokok-pokok besar dan rumah kampung. Oh ya! Warung ini dibuka dari jam 11 pagi sampai 10 malam.

Masakan utama tentulah asam pedas. Ada macam-macam jenis lauk asam pedas claypot yang ditawarkan. Ada daging tetel, ikan pari, ikan kembong dan pelbagai lagi. Ada juga nasi ayam. Cuma untuk lontong goreng dan set burung puyuh ikut musim.

Nak order untuk tempahan makan-makan pun boleh tau.

Hidangan yang saya order hari itu. Sebenarnya lauk asam pedas tu memang banyak. Kiranya kalau beli 1 claypot asam pedas dan kongsikan 2 orang pun boleh. Lengkap dengan rasa pekat, pedas dan masam-manis. Memang terbaik!



Kalau ke Jasin jangan lupa singgah! Support orang tempatan berniaga. Dan paling penting sedap dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan :-)
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935